cari id yes guru sktp

01 Mei 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Saya rasa, saya tidak pernah menyertai mana-mana contest. Tapi macam menarik je contest yang blogger Imanshah anjurkan. Pertama kali beliau menganjurkan contest dan pertama kali saya menyertai contest. Hahaha ok la. Sesapa nak join boleh baca syarat penyertaan DI SINI. Saya nak mulakan sekarang.....


Cikgu
Darimu ku kenal buku dan ilmu
Keranamu dunia menjadi baru
Tabah menghadapi segala hempedu
Demi sebuah negara Malaysia yang satu

Teacher
Walaupun ada masa dicerca
Semangat tidak lentur walau mata berkaca
Terus mengajar tulis dan baca
Untuk anak bangsa yang tercinta

Sir
Cekal hatimu membina bangsa
Gagahnya sebagai generasi perkasa
Agar ada pemimpin di suatu masa
Yang dapat memelihara negara kan terus sentosa

Ustaz
Mengajar erti taat
Ilmu dunia selari akhirat
Sebagai bekalan agar tidak sesat
Memperoleh kehidupan yang penuh berkat

Ustazah
Kuat hatimu sentiasa tabah
Muqaddam AlQuran sentiasa dihebah
Sebagai penawar segala gundah
Pembentuk pemuda pemudi gagah

Encik
Perkongsian ilmu mu tidak pernah lokek
Setiap waktu setiap detik
Kejayaan demi kejayaan dipetik
Pembangkit semangat anak didik

Puan
Lembutmu penuh sopan
Ikhlas hati mu melontar harapan
Memberi impian seluas lautan
Menunjuk jalan ke arah kejayaan

Ayah Ibu
Kerana adanya ketabahanmu
Kerana adanya kesabaranmu
Kerana adanya pengorbananmu
Kerana adanya harapanmu
Kerana adanya tunjuk ajarmu
Kerana adanya doronganmu

Maka
Aku bersua mereka satu demi satu
Cikgu, Teacher, Sir
Ustaz, Ustazah
Encik, Puan
Dan akhirnya
Aku berada di persada kejayaan

Terima kasih, Ayah Ibu
Terima kasih, Cikgu

SELAMAT HARI GURU!

1. Entri yang bertajuk CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU. Bereh!
2. Dah lama dah follow blog Iman.
3. Banner yang hensem tu akhirnya menjadi sebahagian daripada TS
4. Lega xyah nak tag sesapa.
5. Siap ucapan dah.....panjang ke? xpelah. Itu luahan ori.
6. Xde plagiat langsung. Hak Cipta Terpelihara ok.....milik TINTA SEMALAM.
7. Link kat komen HS. Set.

3 ulasan:

IMANSHAH berkata...

salam

terima kasih awak..penyertan diterima

~Insan Biasa~ berkata...

:-) dengan senang hati....

Alis berkata...

blog yang bagus...jadi ngiri nih