22 Mac 2011

semalam, hari ini dan esok

Semalam.
7.10am sudah berada di perkarangan sekolah. Punch in.
8.15am tiba di SJK(C) Soo Jin, Kapar untuk menghadiri Taklimat Saringan Linus 2011.
Di Soo Jin ~ jumpa kawan lama. Satu unit MT2 semasa di MPRM.
Tan Tai Hock. Rugi plak rasa apabila ~ tiada kamera!
1.40pm berada di SK Telok Pulai.
Hanya pulang selepas waktu rehat.
Sesi perkenalan dengan PK Petang yang baru. Cik Siti Aidah.
4.30pm keluar dari SK Telok Pulai servey jalan ke SK Pandamaran Jaya.
Yup...berjaya jumpa. Beres. Pulang rumah. Teringin nak apikan dapur....Sphagetti goreng...Muaaahhh!
9.30pm dah mula tarik selimut. hahahaha.

Hari ini.
7.15am juga berada di perkarangan sekolah. Punch in juga.
Isi perut dulu di kantin. Noor Syasya Asyillah....silalah pilih kamu nak makan apa. Cikgu bayar hari ini.
heheheh peruntukan dah disediakan oleh pihk sekolah.
7.40am mula pemanduan ke SK Pandamaran Jaya untuk Pertandingan Melagukan Syair peringkat Zon B.
Singgah kantin ke? Tak perlu sebab masih kenyang. Mendaftar dan Asyillah mencabut nombor dapat tempat 3 dari 9. Bersedia ok!
9.00am pertandingan bermula. Dan keputusan akhirnya adalah seperti yang berikut:

Zon B1
  1. SK Taman Gembira
  2. SK Pandamaran Jaya
  3. SK St Anne Convent
  4. SK Pulau Indah
  5. SK Telok Gong
(untuk Asyillah yang mewakili SK Telok Pulai ~ kita cuba lagi tahun depan ye.....huhuhuhu)

Zon B2
  1. SK Bukit Rimau
  2. SK Bukit Tinggi
  3. SK Jalan Kebun
  4. SK Kg Jawa 2
  5. SK Telok Menegun
Di Pandamaran Jaya ~ jumpa sorang lagi kawan lama. Satu blok asrama semasa di MPRM.
Faridah Ismail. Rugi lagi ~ kamera tertinggal lagi. Cisss!
11.30am hantar Asyillah pulang ke rumah.
12.15pm ambil Zihah my housemate dan masuk bertugas dan seperti semalam selepas waktu rehat waktu untuk pulang.
4.00pm hantar barang rumah Kak Ju ~ depan rumah je pung! Borak2 sambil minum teh dan makan kuih.:-)
4.30pm pulang dan rehat di rumah setelah usai solat Asar.
5.45pm hubungi en. tunang yang dirindui. hikhikhik
6.10pm api dapur dihidupkan lagi ~ Mee Maggi jek hari ini. Hahahaha.
Jam berapa hari ini untuk tarik selimut agaknya????kuikuikui..

Esok.
7.20am perlu ada di SK Telok Pulai ~ Aktiviti Unit Beruniform pulak!


Letih. Aku tetap suka bertugas sesi petang aje weiiiiii........!

6 ulasan:

eeeda berkata...

La ya ke ani.. aku dengar ceta dia sambung course Bahasa Melayu tau... tadi Shah call...

~Insan Biasa~ berkata...

dia sapa eeeda? Shah call ade ape? cuba cerita terang sikit....

Granny Hani berkata...

salam cikgu,
seronok baca blog ni,teruskan menulis.

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih ...sila la datang jenguk TS selalu yea....

Fara berkata...

anak saya baru hari ni pertandingan malagukan syair daerah klang tapi tatau la dia zon apa.. ehehe... tatau la keputusan sbb say masih kat opis.. :) syoknya jadik cikgu leh tgk bakat2 kecik mcm tu :-)

~Insan Biasa~ berkata...

Pn. fara....anak puan sekolah mana?
Pertandingan melagukan syair tahun ni saya bawa lagi..kali ni di SK (A) Bukit Kemandol pula....i jam perjalanan dr SK Telok Pulai...nasib belum menyebelahi kami..huhu