cari id yes guru sktp

26 Mac 2011

Kenapa ada RIAK?

Kenapa mesti ada RIAK?  Kenapa ada manusia yang tak boleh nak tengok orang lain lebih daripada dirinya. Kenapa asyik nak tunjuk yang diri tu lah yang TERbaik, TERhebat, dan TERbagus? Walhal orang sekeliling boleh menilai yang sebenarnya.....
Dia taklah baik sangat pun...
Dia taklah sehebat yang dicanang-canangkan
Dia taklah bagus sangat seperti yang dihebah-habahkan
Ibarat kata indah khabar dari rupa. Apabila tembelang pecah...bukankah itu hanya memalukan diri sendiri?

Pelik kadang-kadang dengan manusia-manusia kategori RIAK ni.
Orang berpakaian RM50 dia pun nak berpakaian RM50...hish kalau boleh biar lebih RM50.
Orang berkenderaan besar dia akan cuba berkenderaan mewah.
Orang buat majlis jamuan keluarga dia buat jamuan majlis keluarga dan rakan-rakan.
Pendek kata asalkan tiada orang yang boleh lebih daripada dia.
Walhal hakikat sebenar......dia tiada apa-apa pun yang boleh dibanggakan.
Segala yang dicanang,dihebah...sekadar untuk menutup segala kekurangan. Macam tak boleh nak terima hakikat pulak. Mungkin malu? Lagi orang menyampah ada aku rasa kalau orang yang hidup dalam kepalsuan, dalam kepura-puraan. Dalam RIAK!

Bukannya aku nak kata tak bagus kalau kita nak memotivasikan diri sendiri...
'Aku terbaik'
'Aku terhebat'
Aku sokong frasa-frasa pembangkit semangat macam tu. Tapi rasanya tak perlulah kita war-warkan pada setiap orang yang kita jumpa. Hish macam masuk bakul angkat sendiri aje. Hey....si pendengar pun berbulu jek dengar tau. Kalau orang lain yang puji takpelah.....kan? Ha itu baru betul diri tu hebat, bagus....the best! Dapat pujian.....barulah ucap terima kasih atas pujian, dan jangan pula lupa semuanya pun dari Allah.

Ntah kenapa aku boleh rasa camni ntah....
Aku nak buat kenduri kahwin.....
Dia pun mula sibuk-sibuk gak nak buat kenduri kahwin.....
Aku rasa macam tak cukup masa dah siapkan segala persiapan
Dia boleh set masa yang lagi awal dari tarikh aku...
Ekspresssss lagi.....hish tak paham aku.

Apa-apa pun semoga dia bahagia dengan cara dia. Biarkan....biarkan luncai terjun dengan labu-labunya. Asalkan tak menyusahkan aku di kemudian hari sudah!

12 ulasan:

IMANSHAH berkata...

salam

memang ramai, tapi saya paling suka orang yang CUPUB (suka cari PUBLISITI)

eeeda berkata...

Tu lah kan... nak riak tu hak masing-masing.... tapi jangan lah menyusahkan orang... ini hakikatnya tak ada... tapi pinjam sana sini.

~Insan Biasa~ berkata...

iman,
publlisiti erk....huhuhu

~Insan Biasa~ berkata...

eeeda....orang mcmni...motto dia 'biar pape asal bergaye'...

k sal berkata...

Orang yang TERLUPA tuhan tu ada dan sentiasa melihat....DIA NK TEMBERANG SAPE PUN NTAH LA DIA NK MNUNJUK KT SAPE PUN NTAH orang sekeliling yg DAH tau pun buat xtau sbb dh tau sape dia...BIARKAN C LUNCAI TERJUN dgn LABUNYA....as u said " as long as xmnyusahkn aku " SUDAH.....

arryani berkata...

org yg riak ni slalunya tamak..

tamak perhatian org lain.. wallahhuallam..

Ticer Syah berkata...

beliau tercabar ko nak kawen la kot..kuikuikui

~Insan Biasa~ berkata...

KAK SAL,
yessssssza anda benarrrrr!!

~Insan Biasa~ berkata...

kak yan,
saya rasa macamtu la....dia nak perhatian orang.

~Insan Biasa~ berkata...

syah,

huh....kalau sivuk2 nak tema cam aku gak.....compem la tu TERCABAR.....

errkkkk apesal? aku xcabar dia pun!

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum...
Kat mana2 pun ada orang mcam ni..mendongak ke langit macam tak ingat rumput di bumi.....

~Insan Biasa~ berkata...

herm ...terima kaih si mulut payau.
harap2 moga2 kita dijauhi daripada sifat begitu.

Ya Allah lindungi hamba-Mu ini.