04 September 2009

Banyaknya nak selongkar...

Aduh....sambil memicit-micit kepalaku yang semakin berdenyut, minta direhatkan. Aku masih lagi mengadap komputer riba ini. Mengunjungi blog-blog yang terasa ketinggalan jika tidak dikunjungi. Walaupun tanpa ada sebarang komen ditinggalkan, atau jejak dibiarkan. Sambil aku ber'chatting' bersama Idah, sambil aku meneruskan penceritaan di sini.
Bunyi kenderaan semakin kedengaran, masa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Aku, sudah ada agendaku sendiri. SMS malam tadi , "anis...esok pagi tukang kasut datang" dari PK 1 aku. Sememangnya sudah ku pesan, supaya memberitahu kepadaku tentang perkara itu. Aduh....dengan mata yang minta ditidurkan semula, terasa seperti mahu aku membatalkan niat ke sekolah pagi ini. Peluang untuk tempah kasut. Kalau tidak hari ini, bila? Tidak mengapa, akan kulayani mataku seketika sebelum bergerak ke destinasi itu. Hehehehe.

Hidup. Perlu ada perancangan. Merancang. Untuk ada arah tujuan. Apa, bagaimana untuk menjadikan kehidupan seterusnya akan berlangsung dengan lebih sempurna. Kita seperti yang kerap ditemui ayat sebegini. Mungkin. Kehidupan sememangnya tidak sempurna diakui. Tapi manusia sering mengejar dan mencari kesempurnaan. Pada aku, tidak salah mencari kesempurnaan asalkan tidak keterlaluan. Carilah kesempurnaan itu berdasarkan kemampuan diri. Berdasarkan kesesuaian situasi. Biar realistik dan mampu untuk dicapai.

Berada di sini. Di dunia maya ini, semakin banyak ilmu aku temui. Dan darinya semakin banyak ilmu kehidupan yang aku ketahui, semakin banyak yang ingin aku ketahui. Apa itu? Mengapa begitu? Bagaimana untuk menghadapinya. Ah pelbagai! Terasa ruginya jika sekadar memandangnya sepi. Ingin sekali aku menyelongkar rahsia kehidupan yang penuh misteri.

Ibaratnya, seperti dapat HP baru. Setiap icon aku klik. Apa fungsinya? Bagaimana untuk menggunakannya dengan betul? Kerana...aku ingin menggunakannya semaksimum mungkin yang selayaknya. Ah....banyak lagi yang perlu aku selongkar. Apa yang ada dihujung jalan itu? Tapi, aku ingatkan diriku...laluinya dengan perlahan-lahan...satu persatu. Bermohonlah selalu, agar segalanya dipermudahkan. Mencari kesejahteraan hidup. Tidaklah semudah perancangan yang diatur.

10 ulasan:

HASNAH berkata...

Anis...alamak aii, kalah akak baca bahasa cikgu nih...ampun...

Unknown berkata...

mendung di sini
ingatkan dah dekat nak berbuka....

alamak lari tajuk

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

wuissh, bahasanya ... kena pk panjang niy...hehehe

~Insan Biasa~ berkata...

eeee Kak hasnah..bior betikkkk!!

~Insan Biasa~ berkata...

Wak Jinggo....
kahkahkah...takkan mamai lagi kot.
belajar buat lawak dari cgu one la nih...

~Insan Biasa~ berkata...

alamak....azrina,
saya salah bahasa ke ???
ooohhh tidakkkkk....!!!

myQza berkata...

ada maksud yg lain di sebalaik perkataan selongkar itu.. :)

~Insan Biasa~ berkata...

sI tEDI,
Bergantung pada tafsiran masing-masing

ONE ZABA berkata...

uhukkk...uhukkk!!! tersedak pulak minum air bandung ni. ada org ngata aku rupanya.

seminggu dua ni orang hanya merancang pasal raya je. semuanya nak sempurna untuk sambut raya nanti walaupun bajet tak berapa nak sempurna.

~Insan Biasa~ berkata...

ye ye hari raya....semoga puasa kita semua sempurna.