"Suatu hari Cinta dan Kawan berjalan dalam kampung...Tiba-tiba Cinta terjatuh dalam telaga...kenapa? Kerana Cinta itu buta. Lalu Kawan pun ikut terjun dalam telaga kerana Kawan akan buat apa saja demi Cinta. Di dalam telaga Cinta hilang kerana Cinta itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar di cari apatah lagi di dalam telaga yang gelap.Sedangkan Kawan masih lagi tercari-cari di mana Cinta dan terus menunggu kerana Kawan itu sejati. Jadi, hargailah Kawan kita selagi kita terasa dia bererti. Walaupun kita punya couple, Kawan still paling setia. Walau kita punya harta banyak, Kawan still paling berharga."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan