cari id yes guru sktp

13 September 2008

Aku sorang-sorang.

Fuh.....segar rasanya dah mandi ni. Untuk berbuka hari ni aku buat bubur nasi je, atas permintaan ayahanda tercinta. Lauknya kangkung goreng belacan and of course ade telur asin. Aku kalau buat bubur nasi ni, telur asin x bley tinggai. :-) Simple je hidangan petang ni. Cukuplah untuk kami dua beranak. Kuih aku beli je kat gerai depan ,kuih keria and air cendol too. Itu jelah - keluarga kecil. Teramat kecil. Kekadang dok menung sendiri. Menitis gak ayor mate ni ha. Tahun ni tahun kedua aku bayar zakat fitrah. Sejak My dear ayah dah x kuar ni sapa lagi...aku la yang buat. huhuhuhu....

Erm...ntah naper sakit plak pinggang aku hari ni...aduhai, tak larat berdiri/duduk lelama ni (em..jepon nak menyerang kot..kuikuikui). Aku ni kira beruntung gaklah tak pernah kena senggugut cam member lain tu. Dema kalau sakit tu menyerang sampai guling2 atas katil. Aku biasa sakit pinggang jerrr....

Dok terkenang my dear ayah dah tak nak kemana-mana, urusan dalam/luar rumah semua aku kena buat sorang2. Tetiba teringat zaman grade Mprm dulu, xde sesapa datang meraikan. Orang lain semua famili datang amik. Aku balik sendiri. Angkut barang sikit2. Huuuuwaaaaaa pengajian aku kat OUM pun dah nak abesh ni.....aku sorang-sorang lagi kerrrrr????!!!! tapi aku dah booking best friend aku Emmy, aku dah cakap awal2 kat dia kalau dia tak kawin lagi masa tu, and tengah xde keje ker....aku suh dia datang masa aku grade nanti. Kalau keje aku suh dia amik cuti...amacam??? heheheh but kalau dia dah kawin???? :-P LOL....maka sorang-sorang lah aku.

Aku ingatkan masa aku ade abang sayang, leh lah dia yang teman kan aku....or kot masa tu kitaorang dah kawin ker....huhuhuhuhu upenyer, x kesampaian. Sekarang ni tak sangka dia temankan awek dia yang amik dia dari aku....maklumla cantik lawa putih gebu mcm Siti Nurhaliza....(ye ke ? aku tgk mcm langit ngan bumi jer. Sorang katik sorang tinggi mcm galah. and yang katik tu abg aku ler) bukan nak mengata memang itu hakikatnya. Siapalah aku kini di mata and hatinya kan. Aku masih lagi sorang-sorang. Sampai hati dia! I am trying to focus on something else now to forget the sadness.....(syah tul ker B.I aku nih? )kuikuikui...(senyuman dalam tangisan or tangisan dalam senyuman ?)

Argghhhhh. Aku sorang-sorang. Aku tak tau nak ngadu kat sape....kat my dear ayah....x sesuai,nanti datanglah penyakit my dear ayah. Lebih fikir je nanti dia susah hati, macam2 sakit. sini sakit sana sakit. Aku gak yang susah nak bergerak kang. Nak ngadu....ngan kengkawan, deme tak paham. n aku tahu dah kompem deme suh sabar and cari jek orang baru. Kalau tu aku pun leh fikir sendiri. So nak tak nak....aku tanggung lah sorang-sorang....memang sampai hati dia!

Ahhhhh...aku sorang-sorang !

Tiada ulasan: