Sememangnya Ramadhan itu bulan yang mulia. Sejenak aku terpana semasa membaca blog seorang mualaf dan aku temui ini......
Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Mahu?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah : 216).
Kenapa Ujian Seberat Ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS. Al-Baqarah : 286).
Kenapa Hasilnya Seperti Ini?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (QS. Ali Imran : 139).
Bagaimana Aku Harus Menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan), serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (QS Ali Imran : 200).
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (QS. Al-Baqarah : 45).
Apa yang Aku Dapat dari Semua Ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (QS. At-Taubah : 111).
Kepada Siapa Aku Berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain diriNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (QS. At-Taubah : 129).
Aku Tak Dapat Bertahan Lagi!
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS. Yusuf : 12)
Soalan-soalan yang pernah singgah di kepala aku. Akhirnya aku temui jawapan yang sebenar-benar jawapan yang tidak mungkin untuk dibangkang. Ya Allah ampun kan aku kerana leka ketika berada di bumi ini yang Engkau pinjamkankan kepadaku.
Aku bersyukur kerana Allah masih sayang dan memberikan aku hidayah-Nya. Aku ini hanya insan yang lemah. Semoga aku akan terus mendapat petunjuk dari-Nya dan tidak leka dengan kekecewaan yang sedang aku hadapi....Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan