"KEMAAFAN , DENDAM YANG TERINDAH"
.
jika kamu melayaninya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta padanya,jika tidak, kamu akan dikatanya sombong.
jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya,jika tidak, dia akan kata kamu out-of-date!
jika kamu berdebat dengannya, kamu akan dikatanya keras kepala, jika kamu tetap diam, kamu akan dikata tak punya otak.
jika kamu lebih hebat daripadanya, dia akan kehilangan muka, jika dia yang lebih bijak, dia akan kata dia yang paling hebat!
jika kamu tak cinta kepadanya, dia akan cuba mendapatkan kamu,jika kamu cinta kepadanya, dia akan cuba meninggalkanmu
jika kamu beritahu masalah, dia akan kata kamu menyusahkn, jika tidak, dia akan kata kamu tidak mempercayainya
jika kamu cerewet padanya, dia akan kata kamu seperti pengasuh baginya, jika dia yang cerewet, katanya itu kerana dia prihatin
jika kamu melanggar janji, katanya kamu tak boleh dipercayai, jika dia yang ingkari janjinya, dia kata dia melakuknnya kerana terpaksa
jika kamu merokok, kamu akan dikatanya gadis liar, jika dia yang merokok, katanya dia seorang gentleman, wahhhh sengalnye......!!!
jika kamu menyakitinya, katanya kamu seorang yang kejam, jika dia yang menyakiti mu, katanya itu kerana kamu terlalu sensitif & terlalu sulit untuk dibahagiakan
.. sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.....
Wallahualam
Buat pertama kalinya dalam hidup aku diberi pengalaman menghadapi ribut. Hampir kebanyakan bumbung rumah terbang. Kilat petir berdentam dentum. Hujan lebat dan angin kuat. Semuanya berlaku petang 1 Ramadhan 1429 sekitar 2.30 petang. Situasi yang agak menakutkan penduduk sekitar berlaku lebih kurang 1 jam lebih. Keadaan menjadi reda sekitar jam 3.45 petang. Dah reda tu, aku keluar melihat keadaan di sekitar rumah aku. Keadaannya boleh dilihat dalam slide yang ada di atas.
Tak tahu lah, mungkin something wrong somewhere maka Allah memberikan alamat-Nya? atau mungkin juga petunjuk rahmat-Nya? Yang pasti aku bersyukur kerana aku berada di rumah bersama My dear ayah. Jika tidak ntahla. Petang itu , aku tak kuar langsung. Berbuka puasa dengan apa yang ada. Masak ala kadar sahaja. Selepas berbuka dan solat maghrib, aku membersihkan dapur aku yang dah dimasuki air separas buku lali. Letih jugak, buat sorang-sorang. Mula dari mengaut air, sehinggalah membasuh dan mengemop lantai. Fuhhh nasib baik dapur dan bilik air sahaja. Kalau hujan tak berhenti dalam masa sejam tu, kompem sampai ke tengah rumahlah akan dimasuki air.
Pagi 2 Ramadhan di sana sini aku dengar orang bertukang. Masing-masing membaiki bumbung rumah yang diterbangkan angin. Beberapa kampung khabarnya terlibat dengan fenomena semalam. Bukan setakat kampung aku sahaja, Kg Sg Udang, Kg Delek, Jln Yadi, Jln Hassan, Jln selamat, dan area Taman Bertek dan Telok Pulai juga mengalami nasib yang sama. Hermmm harap-harap tiada lagi ribut seperti semalamnya. Cukuplah pengalaman sejam itu. Aku sendiri terpaksa mengeluarkan RM300 untuk membaiki bumbung rumah sewa yang rosak....terdiam gak lah. Nasib baik fulusnya ada. Rumah aku sendiri alhamdulillah xde kerosakan teruk. Cuma banjir aje lah.
Aku keluar awal untuk ke sekolah. Tidak terus ke sekolah, aku pusing dulu keliling kampung. Nak tengok-tengok keadaan kampung plak.....time nih semua orang berlagak cam YB, semua pakat melawat kawasan.hehehehhe. Memang kebanyakan rumah mengalami kerosakan bumbung . Pokok-pokok tumbang menyembah bumi. Ibaratnya sujud pada pencipta-Nya.....Laillahaillaallah.....Aku selalu melihat kejadian begini di TV...kali ini Allah memberi peluang untuk aku dan penduduk kampung ini mengalaminya sendiri. Alhamdulillah tiada kedengaran kecederaan fizikal yang berlaku.
Pagi ini sesudah bersahur aku membuat post ini sementara menunggu waktu solat subuh. Semoga aku dan kita semua terus diberi petunjuk dan hidayah daripada yang Maha Kuasa agar tidak terus lalai dan sentiasa sujud kepada-Nya.