30 Disember 2009

betul itu cabaran...persoalannya...tentang keadilan....

Terkejut....terlihat nama dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan perempuan.

Cabarannya....
Mendapat ilmu baru
Mendapat pengetahuan baru
Mendapat pengalaman baru
Sungguh itu aku tidak nafikan semuanya sama sekali.
Hebatnya....mungkin bakat terpendam akan tercungkil secara tidak sengaja.
Lagi kisah tentang kebarangkalian.

Kecewanya.....
Tidak pernah tahu tentang permainan ini
Tidak pernah tahu bagaimana peraturan permainannya
Tidak pernah berminat untuk aktif dalam sebarang sukan! Ini paling sadis untuk diri aku sendiri.

Maka di mana agaknya hak-hak ini?
Hak murid untuk memperoleh jurulatih yang benar2 terlatih untuk melatih.
Hak murid untuk mendapat keseronokkan semasa berlatih.
Hak murid untuk menerima ilmu dan kemahiran yang betul dan tepat.
Apabila jurulatih yang diterima mereka 'kosong'?

Mengenangkan hak-hak itu, aku hanya berjanji untuk melakukan yang terbaik yang MAMPU aku lakukan.

Sadisnya....
Tiada pemain pelapis yang ditinggalkan.
Guru yang hebat bertukar tempat bertugas.
Guru jurulatih 'kosong'
Murid pelapis 'kosong'
Sekolah tuan rumah bagi sesi 2010...
Cuma ada 3-4 bulan sahaja sebelum perlawanan bermula....

Secara keseluruhannya melihatkan situasi jurulatih yang 'empty', situasi pemain yang 'fresh', dan situasi sekolah dalam penglibatannya yang 'banyak mata bakal melihat ke arahnya'...semacam ada sesuatu yang tidak kena di dalam organisasi. Maka di sini timbul persoalan tentang keadilan.Seawalnya bersemangat untuk memulakan persekolahan. Kerana timbul persoalan di atas maka ia mewujudkan satu tekanan. Dan apakah tekanan itu membantu membangkitkan lagi semangat atau sebaliknya? Dan apakah impaknya dihujungnya jika sudah ada kecacatan tercipta di awal persekolahan??Dan seterusnya...kesan pastinya kepada anak bangsa kita sendiri. Satu guru 40 murid. Bagaimana jika separuh dari jumlah guru keseluruhannya mengalami yang dikatakan 'ketidakadilan ' ini?...berapa ramai murid yang akan memperolehi hak yang sepatutnya mereka perolehi ketika di sekolah? Fikir....jangan sekadar serah tugas dan lepas!

Dan aku untuk tidak terus 'kosong'...'blur'....
sedang study dari garis pemula!

7 ulasan:

Guru berkata...

assalammualaikum anis...

inilah situasi di kebanyakan sekolah.
tidak mahu meletakkan kepercayaan pada orang yang sepatutnya.

asyik2 muka cikgu yang sama diberi tugas-tugas yang memberi tekanan.

samalah kita , anis.
cuma mungkin bidang tugasan yang tak sama, tetapi peristiwa yang sama

imannuha berkata...

Assalamualaikum anis!semua guru rasanya pernah melalui situasi seperti yang anis rasa sekarang!Kita "yang menurut perintah" kena terpaksa akur walau hati tak suka.....bersabar le,moga dapat buat yang terbaik nanti!!!!

eeeda berkata...

Tekanan gak tu... masalahnya jadi tuan umah..

ummi ida berkata...

salam ukhuwah.begitulah dunia guru,kita trpksa brhdpn situasi ini.Jika rasa ia blh mmbw tekanan,brsuaralah agar pihak pentadbir memahami.kalau rasa nak anggap ianya sebgai cabaran,trskn,dn carilah ilmu bdg trsbt

CITY® berkata...

selamat berbahagia dgn tugasan baru
&
selamat berbahagia di tahun baru

heeeeeeeeee

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

selamat tahun baru....

=)

ONE ZABA berkata...

bola baling ke tu...

mudah je permainannya. kuasai dulu undang-undangnya. lepas tu pengawalan bola. akhir sekali persefahaman pasukan.

selamat berjaya....