05 Ogos 2010

suka@tak suka


Selepas setengah tahun bersama, ini kajian tindakan yang saja-saja suka-suka aku buat...ahaks! mengong jap....sorry tau. sapa tak suka tak yah baca.

@suka

murid 1 :
saya suka cikgu ajar mathematics sebab cikgu mengajar dengan betul dan cikgu yang paling baik dan sopan. saya sayang cikgu.
murid 2:
saya suka cikgu mengajar matematik. saya suka cikgu kerana dia baik.saya suka cikgu mengajar bahasa melayu.saya suka cikgu mengajar sistem bahasa.saya suka cikgu kerana dia tak pukul orang.
murid 3:
saya suka cikgu mengajar pj dengan betul sebab main bola sepak.
murid 4:
saya suka cikgu kerana cikgu ajar saya matematik. sebab cikgu baik, gembira, buat lawak,suka membantu dan sangai (nak tulis sayang kot) muridnya.
murid 5 :
saya suka matematik sebab saya suka dengan kerenahnya. (uiksss matematik penuh dengan kerenah hehehe) .saya suka aktivitinya.saya suka cikgu belajar dengan saya.saya suka cikgu ketika gembira.saya suka cikgu bila bermain.(sapa main? murid atau cikgu? lalalala)
murid 6:
saya suka cikgu kerana dia mengajarkan sukan. (uiks...matematik dan bm kan cikgu ajar juga?ahaks)
murid 7:
saya suka cikgu kerana dia mengajar mathematics sebab dia mengajar paling bes di dunia ini. (amboi2..leh caya ker ni?) lepas tu dia mengajar tambah darab dan tolak, lepastu dia mengajar bahasa melayu dan cikgu paling baik.(erkkkkk)
murid 8:
saya suka cikgu sebab dia mengajar saya pelajaran jasmani, sebab dia bagi saya main bola sepak dengan kawan.( kalau dah asyik merengek jer nak main bola sepak...apa tak bagi plak!)
murid 9 :
saya suka cikgu mengaja bahasa melayu, cikgu iklas, dan ahir sekali cikgu menceriakan kami semua!



@tak suka

murid 1 :
saya tak suka cikgu marah-marah pada murid-murid tahun 2 cekap
murid 2:
saya tak suka cikgu ajar pemahaman.(kuikuikui...sebab selagi deme tak jawab dengan ayat yang betul, aku ulang soalan sampai deme jawab dengan ayat yang betul.....kejam dah tu pada murid ni...ahaks)
murid 3:
saya tak suka cikgu marah kawan-kawan saya dengan garang.( dey...marah...mestilah garang).
murid 4:
saya tak suka cikgu marah sebab marah,degit (??), keras kepala, pening,moyok, rasa geram. (ni apa nak disampaikan ye??)
murid 5:
saya tak suka cikgu kerana garang.(kena tahulah sebab apa garang...awak nakal sangat)
murid 6:
saya tak suka cikgu marah kami semua kerana kitaorang bising selalu. saya pun bising sebab apa diaorang selalu bising patut kitaorang selalu kena bising.( pening aku nak paham ayat dia)
murid 7:
saya tak suka cikgu ajar matematik sebab susah.
murid 8:
saya tak suka cikgu ajar bm sebab susah.saya memang tak suka matapelajaran bm.

komen ni paling aku suka baca....macam tulus jer bunyinya-
murid 9:
saya tak suka cikgu kerana cikgu marah kami semua. siapa tak jawab soalan cikgu marah.(yelahh...time cikgu tanya kamu takde suara.time cikgu suh diam...suara kamu kelas sebelah pun boleh dengar...sapa tak marah....uhuk uhuk...). sapa belari cikgu pukul.(kalau kamu jatuh ,cikgu jugak yang kamu cari suh letak ubat kan??) dan akhir cikgu tak kasi bawak pensel nib dengan shker (tak baca buku peraturan sekolah lah tu....)

p/s : ejaan adalah berdasarkan ejaan asal murid-murid....harap maklum.keseluruhannya pandai jugaklah anak murid aku bina ayat. cuma penggunaan huruf besar kecik jer bercampur-campur. nampak mcm ramai suka aku ajar matematik dan pj berbanding bm. kantoi. kena betulkan tu cikgu! ahaks. dan nampak la yang aku ni suka marah diaorang. yelah...yelah...pasni cikgu tak marah korang lagi. tapi dengan syarat! buatlah keje yang cikgu bagi. janganlah cakap ngan kawan sebelah kuat-kuat....macam jauh sangatla kawan kamu tu. kalau cikgu tanya jawab je la. pandai cakap tapi tiba-tiba cikgu tanya kamu automatik jadi bisu. sapa tak marah! ha.....lagi satu, cuba jangan bawak benda2 larangan ke sekolah. baca balik buku peraturan sekolah.hafal kalau boleh. kalau kamu ikut semua syarat2 tu...kompem xde satu cikgu pun kat sekolah kita akan marah kamu. percayalah!

1 ulasan:

Guru berkata...

comel je...
saya suka baca entri ini
:)

terbaru dari saya : sindrom anai-anai