cari id yes guru sktp

11 Ogos 2010

Kelainan Ramadhan 1431


Ramadhan nan mulia tiba lagi. Dan kali ini pastinya amat berbeza untuk aku. Menyambut Ramadhan sendirian. Perlu membiasakan diri. Tapi serasa aman di dada. Sungguh terasa kelainan Ramadhan kali ini. Azam Ramadhan, untuk mendapat terawih 30 malam. Semoga Allah makbulkan. Mungkin inilah satu-satunya peluang yang aku ada yang perlu aku rebut, untuk tidak meninggalkan walau satu terawih pun. Kecuali kalau sudah ditakdirkan 'dijajah'...kena la redha. UIshhhhh...tapi semangat nih nak dapatkan 30 malam terawih.... dah bertahun-tahun aku idamkan. Aku rasa inilah tahunnya. Allahuakbar.....aku tak akan lepaskan....

2 ulasan:

arboqskii berkata...

selamat berpuasa

imanshah berkata...

marhaban ya Ramadhan