16 Ogos 2010

Bersabarlah sayang

Beruntung sebenarnya manusia yang diuji Allah, yang diduga Allah.

Sehari dua ini orang-orang yang aku sayang diberi sedikit ujian. Sakit. Masing-masing sakit.Itu dan Ini. Kebanyakannya sakit kepala. Semalam cik put3. Rancang nak balik ke damansara selepas berbuka, sakit kepala punya pasal.Tak jadi, akhirnya dia berehat dan tertidur di Sg Udang ni sampai ke sahur. Hari ini lagi orang yang aku kasih diuji, ujian ringan pada anggapan aku. Sakit. Idah pulak, yang selama ni sihat, ligat, ha hari ni sakit kepala sampai tak daya nak memandu. Nasib baik ada kawan yang dekat tolong hantar dan ambil dia, tak mahu biarkan dia sorang diri di rumah. Dan sorang lagi, dak fahmy pun sakit juga. Tapi lebih sikit la, sakit kepala,sakit badan, sakit sendi-sendi. Hai macam2 fahmy ni. Harap-harap kawan-kawan serumahnya dapat tengok2kan dia. Aku, alhamdulillah, sehingga saat ini aku dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah. Ya terima kasih Allah. Semoga orang2 yang aku sayang tu semuanya sabar menerima ujian kecil ini dan dapat meneruskan ibadah puasa dengan sempurna. Ya Allah.... semoga ujian itu dapat membersihkan dosa2 kecil dan semoga Kau segera memberikan mereka kepulihan agar dapat mereka menunaikan suruhanmu dengan baik.

1 ulasan:

eeeda berkata...

Langit tak sentiasa cerah,
Lautan tak sentiasa tenang,
Mcm tu lah kehidupan ini,
Kita diuji.

'Orang yg takut pada ujian tidak layak hidup di dunia ini'