23 Ogos 2010

Terang Gelap Kehidupan

Bercahaya atau malapnya hidup yang kita jalani adakalanya bukan kehendak hati, bukan kehendak diri. Tapi tanpa kita sedar terang gelapnya hidup yang kita lalui adalah hasil tindakan diri sendiri. Tidak mahu sakit tetapi sakit hasil daripada diri yang tidak menjaga makan. Tidak mahu miskin tetapi papa hasil daripada diri yang malas untuk berusaha. Harus bagaimana? Ulat di dalam batu juga hidup? Mungkin dek kerana hama pada batu itu makanan pada si ulat. Tidakkah si ulat bergerak juga untuk mendapatkan hama itu? Erm...fikirkan. Bab begini mengapa perlu samakan diri dengan ulat? Kita punya akal...kita punya kudrat....bayangkan andai semuanya ditarik kembali.

Usah terlalu bergantung diri pada orang yang disisi. Andaikata ia pergi dahulu sebelum kita, tidakkah kelak kita juga yang kelemasan tergapai-gapai mencari kehidupan harmoni. Berdikari dan belajar dari kesilapan yang lalu. Apakah yang perlu dimalukan dengan kesilapan. Tiada seorang manusia pun yang tidak melakukan kesilapan. Tidak ada seorang manusiapun yang sempurna. Usah terlalu ditutupi kelemahan diri.Ia hanya akan menambah kelemahan yang sedia ada. Tidak ada ruginya menjadikan kejujuran itu sahabat pada hati. Usah malu untuk meminta pada yang berkuasa. Usah malu meminta kepada yang maha kaya.

Terang gelap kehidupan yang menjadi milik kita adalah hasil usaha diri sendiri. Terang...lihat bagaimana ia terang. Gelap...amati kenapa ia gelap. Setiap tindakan pasti bertemankan hasil dan akibat dikesudahannya. Bangkit dan hadapilah kenyataan.

Tiada ulasan: