26 Ogos 2010

Bicara terbit mentari

Membilang hari-hari semalam, banyak waktu yang rupanya ditinggalkan sia-sia. Dan hari ini seakan berangkaian dri kisah lalu. Masih seakan sama. Hari-hari yang dilalui tanpa sedar ianya terus berlalu tanpa hasilnya. Benarkah telahan itu. Adakala ianya tidak memberikan sebuah kepastian.

Setiap laku setiap tingkah ikhlas benarkah? Setiap aksara dituruti berbaloi benarkah? Tanpa sedar semuanya kerana kasih. Dan rindu adakala bertandang menjengok rasa. Tanpa sedar cinta itu mungkin sebenarnya ada. Datang tanpa diundang tanpa disangka. Saat pedihnya rasa tatkala terdengar sebuah ungkapan untuk kekasih hati. Saat pilunya jiwa tatkala terlihat sebuah senyuman diberi untuk insan teristimewa. Saat terlukanya rasa tatkala tereja bait-bait kata untuk memuji cantiknya si dia yang bertahta.

Mengimbas hari-hari semalam, berbaloikah segalanya?

23 Ogos 2010

Terang Gelap Kehidupan

Bercahaya atau malapnya hidup yang kita jalani adakalanya bukan kehendak hati, bukan kehendak diri. Tapi tanpa kita sedar terang gelapnya hidup yang kita lalui adalah hasil tindakan diri sendiri. Tidak mahu sakit tetapi sakit hasil daripada diri yang tidak menjaga makan. Tidak mahu miskin tetapi papa hasil daripada diri yang malas untuk berusaha. Harus bagaimana? Ulat di dalam batu juga hidup? Mungkin dek kerana hama pada batu itu makanan pada si ulat. Tidakkah si ulat bergerak juga untuk mendapatkan hama itu? Erm...fikirkan. Bab begini mengapa perlu samakan diri dengan ulat? Kita punya akal...kita punya kudrat....bayangkan andai semuanya ditarik kembali.

Usah terlalu bergantung diri pada orang yang disisi. Andaikata ia pergi dahulu sebelum kita, tidakkah kelak kita juga yang kelemasan tergapai-gapai mencari kehidupan harmoni. Berdikari dan belajar dari kesilapan yang lalu. Apakah yang perlu dimalukan dengan kesilapan. Tiada seorang manusia pun yang tidak melakukan kesilapan. Tidak ada seorang manusiapun yang sempurna. Usah terlalu ditutupi kelemahan diri.Ia hanya akan menambah kelemahan yang sedia ada. Tidak ada ruginya menjadikan kejujuran itu sahabat pada hati. Usah malu untuk meminta pada yang berkuasa. Usah malu meminta kepada yang maha kaya.

Terang gelap kehidupan yang menjadi milik kita adalah hasil usaha diri sendiri. Terang...lihat bagaimana ia terang. Gelap...amati kenapa ia gelap. Setiap tindakan pasti bertemankan hasil dan akibat dikesudahannya. Bangkit dan hadapilah kenyataan.

17 Ogos 2010

aku rasa macam nie?

Ahakssss
Tengok muka tu...agak2 kenapa tu?
Marah? Tak puas hati? Cemburu?
Kenapa nak marah? Pada siapa?
Kenapa tak puas hati? Tentang apa?
Kenapa nak cemburu? Pada siapa?
Macam mana aku boleh jadi begini?
Dan macam mana nak buang rasa2 itu? Tak suka...tak suka....tak suka....Aku tak patut rasa macam tu!

Tapi ...... Itulah dia! Dan aku tak daya nak cerita! Tak daya juga untuk meluah rasa!

16 Ogos 2010

Bersabarlah sayang

Beruntung sebenarnya manusia yang diuji Allah, yang diduga Allah.

Sehari dua ini orang-orang yang aku sayang diberi sedikit ujian. Sakit. Masing-masing sakit.Itu dan Ini. Kebanyakannya sakit kepala. Semalam cik put3. Rancang nak balik ke damansara selepas berbuka, sakit kepala punya pasal.Tak jadi, akhirnya dia berehat dan tertidur di Sg Udang ni sampai ke sahur. Hari ini lagi orang yang aku kasih diuji, ujian ringan pada anggapan aku. Sakit. Idah pulak, yang selama ni sihat, ligat, ha hari ni sakit kepala sampai tak daya nak memandu. Nasib baik ada kawan yang dekat tolong hantar dan ambil dia, tak mahu biarkan dia sorang diri di rumah. Dan sorang lagi, dak fahmy pun sakit juga. Tapi lebih sikit la, sakit kepala,sakit badan, sakit sendi-sendi. Hai macam2 fahmy ni. Harap-harap kawan-kawan serumahnya dapat tengok2kan dia. Aku, alhamdulillah, sehingga saat ini aku dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah. Ya terima kasih Allah. Semoga orang2 yang aku sayang tu semuanya sabar menerima ujian kecil ini dan dapat meneruskan ibadah puasa dengan sempurna. Ya Allah.... semoga ujian itu dapat membersihkan dosa2 kecil dan semoga Kau segera memberikan mereka kepulihan agar dapat mereka menunaikan suruhanmu dengan baik.

Syyyyyyyy

pernah berada di situasi ini. mungkin lagi dan lagi dan lagi...ntah la kenapa. duk diam jek la. boley??

14 Ogos 2010

Thank You Allah

The smiling still appear....
Thank You Allah
Walaupun ada duka
Tapi
Rasa bahagia itu
Mengatasi...
I love U Allah
Thank You
Coz
U always here
Thank You Allah
Semoga impian itu nyata akhirnya

13 Ogos 2010

I'am Deleted again?

1st...add
tak accept-accept
its okay
coz aku tidak dikenali
explain
then....i'm accepted.
1st deleted...
its okay
mybe coz i'm not active

2nd...add
accepted
but just for a moment
2nd...deleted
hmmm do no why

3rd...add
again accepted
just for a month
and today
3rd....i'm deleted again!

Thinking....
maybe
just coz we are not from
the same blood?
the same mother?
the same father?
owh..kay
and now i'm accept that
its true
i'm not his sister anyway
i'm just adopted sister by his mom

so..anisah....REHDA.
Okay....i will go away from you.
But only you ..... not from the others.

coz
'the others' still standing besides me


12 Ogos 2010

Syukur Allah mendengarku


2 Ramadhan yang membahagiakan. Rasa itu terubat jua hari ini. Rasa sakit esok hilang la.hehhehe Beshhhh....Terima kasih Allah. Hari ini memberi hamba-Mu ini jalan. Terima kasih Allah. Hari ini meleraikan sedikit rasa rindu itu, walau ianya seketika.Tapi ianya membahagiakan. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah kerana mendengarku.

2 Ramadhan 1431

Akhir....inilah tarikh yang aku nantikan setiap tiba bulan Ramadhan. Tahun depan pasti aku akan lagi teruja...Alhamdulillah. Thank You Allah.Semoga aku sentiasa dalam perlindungan-Mu.

11 Ogos 2010

Kelainan Ramadhan 1431


Ramadhan nan mulia tiba lagi. Dan kali ini pastinya amat berbeza untuk aku. Menyambut Ramadhan sendirian. Perlu membiasakan diri. Tapi serasa aman di dada. Sungguh terasa kelainan Ramadhan kali ini. Azam Ramadhan, untuk mendapat terawih 30 malam. Semoga Allah makbulkan. Mungkin inilah satu-satunya peluang yang aku ada yang perlu aku rebut, untuk tidak meninggalkan walau satu terawih pun. Kecuali kalau sudah ditakdirkan 'dijajah'...kena la redha. UIshhhhh...tapi semangat nih nak dapatkan 30 malam terawih.... dah bertahun-tahun aku idamkan. Aku rasa inilah tahunnya. Allahuakbar.....aku tak akan lepaskan....

10 Ogos 2010

terimalah hakikat


Gulppp....owwwhhhh
terimalah hakikat
berdirilah di atas bumi yang nyata

REDHA
sebenarnya bahawasanya
aku dah terlambat
aku dah terlewat
aku dah terlepas

lepaskan
kerana dia bukan untukku...
pintalah yang lain
rebutlah peluang
ramadhan yang menjelang
moga Allah mengurniakan...

~TS~

Rasa itu masih ada

09 Ogos 2010

Warkah buat yang tersayang


Semakin hari semakin sayang. Maka jadilah tersayang. Maka terlanjurlah perkataan dan terlanjurlah perbuatan. Tanpa niat tanpa di sengajakan. Keakraban membuatkan kadang-kadang manusia lupa batasan. Tidak menyedari sedang menyakiti. Kerana kita sangka dia orang kita, tak apa. Silap. Orang kita, orang luar. Sebenarnya sama sahaja. Masih lagi insan biasa yang punya jiwa, punya rasa. Maka harus kita jaga.

Cerpen si bidan terjun:

"Warkah untuk yang tersayang"

Along...
Anggapanku kamulah yang paling lama bersamaku. Anggapanku kamulah yang paling memahami aku. Tapi saat kamu menyatakan keraguanmu terhadapku, aku jadi sedikit terkilan dihati. Terkilan kerana kamu tidak pernah memberitahu apakah keraguan itu. Ibaratnya kamu menganggap aku tahu sendiri apakah kesilapanku. Hebatnya aku ini sehingga tidak boleh melakukan sebarang kesilapan pada pandanganmu. Aku maafkan kamu kerana aku sedar kamu juga insan biasa sepertiku. Adakala tersilap membuat penilaian. Biarlah aku beri kamu kehebatan itu. Dan maafkan aku juga kerana belum cukup memahami kamu. Maafkan aku jika itu satu kesalahan. Apa yang aku tahu, aku sayang kamu sepertimana yang kamu pinta.

Angah...
Maafkan aku kerana perkenalan kita akan mengambil masa. Maafkan aku kerana aku belum mengenali siapa kamu dan aku tidak tahu bagaimana penerimaan kamu dan isterimu terhadap diri ini. Izinkan untuk aku bersama insan istimewa yang menjadi milikmu itu.

Alang...
Saat kau dekat denganku Alang, seupayanya aku ingin penuhi permintaanmu. Semua untuk kamu. Adakala terdetik juga dihati kalau ada insan lain yang terasa di hati. Insan istimewa itu kekal milikmu. Walau apapun kamu di masa hadapan, walau bagaimanapun keadaanmu di masa akan datang. Dia tetap darah dagingmu dunia dan akhirat. Sumpah....sama sekali aku tidak akan merampasnya dari kamu. Sama, aku juga sayang kamu sekadarnya. Aku mohon ampun dan maaf seandainya kehadiran aku menyempitkan ruang hidupmu. Aku minta maaf seandainya kehadiranku membataskan kebebasan hidupmu. Aku minta maaf seandainya kehadiranku mengurangkan kasihnya terhadapmu.Aku tidak pernah terlintas untuk itu.

Acu...
Terima kasih kerana menganggap aku seperti yang sepatutnya. Wajahmu sering membuatkan aku tersenyum dalam geram. Maafkan aku ucu jika aku tercuri waktu berharga kamu bersamanya. Maafkan aku kerana aku pernah membuatkan dia terleka kepadaku. Maafkan aku andai waktu itu kamu memendam rasa. Tapi percayalah, aku tidak terniat sedikit pun. Saat itu aku tiada sesiapapun di sisi ini, dan aku memerlukan dia menemaniku. Aku minta maaf. Acu... kamu , juga aku sayang.

Along, Angah, Alang, Acu....maafkan aku jika warkah ini tidak menyenangkan kalian. Namun inilah caranya untuk aku mohon ampun dan maaf. Maaf seandainya kehadiran aku mengurangkan kebahagiaan yang sebelum ini secara totalnya milik kalian. Maaf seandainya kehadiran aku memualkan. Maaf seandainya kehadiran aku menyesakkan. Maaf seandainya aku terlalu mengikut perasaan. Tapi apa yang aku takutkan sudah pun terluah dek kata-kata. Maka aku sedikit terkilan. Tapi sebagai insan biasa akan aku lupakan dan maafkan. Insan tidak akan pernah lepas dari melakukan kesilapan.Dan mulai saat ini aku akan sentiasa mengingatkan diri ini. Bahawa....
Aku cuma insan biasa. Aku mengemis kasih Allah. dan dengan kalian aku sekadar menumpang sementara. Tiba waktunya aku akan pergi jua. Insan istimewa itu tetap menjadi milik kalian semua sampai bila-bila. Tidak akan ada sesiapapun yang dapat mengambil hak mutlak itu dari kalian. Ianya sudah pun tertulis dunia dan akhirat.

Salam sayang untuk semua. Andai berjauhan dan bersendirian itu lebih menguntungkan semua pihak, maka izinkanlah aku berjauhan dan bersendiri. Andai berjauhan itu membuatkan kalian akan lebih menyayangi aku. Maka aku lebih rela jauh dari kalian. Andai berjauhan itu membuatkan kalian kasih dan rindu padaku. Sungguh aku pilih untuk berjauhan. Biarlah kita jauh asalkan kita akrab dihati. Biarlah aku rela menangis menanggung rindu daripada menangis menanggung duka pertuduhan.

KEHADIRANKU



08 Ogos 2010

Tiba-tiba

Sungguh ni
Entah kenapa
tiba-tiba
*
*
*
*
*
Aku teringat dirinya
Aku jadi rindu padanya



sapa?
dia ialah
)!(#&*^&#%^
~listen, then you can hear my answer~
ahaks!!
~❤ ❤ ❤ ❤ ❤~

06 Ogos 2010

terima kasih, cikgu

Tara....hari ini di sekolah
kami kami semua ini
cikgu ada cikgi adadijamu dengan makanan inisempena
hari lahir kami-kami
yang inihappy birthday
to me
to adam
to laila
to atiqah

dan specially
to k aziah
yang bawa semua makanan2 tu
tahniah sebab dapat APC 2009
terima kasih sebab sudi berkongsi majlis
dengan kami-kami anak ogos ini
ahakssss

Menantikan 2 ramadhan selepas 6 Ogos berlalu

Waktu-waktu terakhir bersama teman di Genting, meraikan??? ohoho tidak. Sekadar bercuti acara tahunan bersama kawan-kawan. 1 Ogos dan masa terus berlalu, hari ini tanggal 6 tiba juga.

dan
1 Ogos juga meninggalkan pengalaman dan kenangan yang pastinya menjadi sejarah .
Hehehhe mana nak sangka boleh jumpa insan ini. Seronoknya.
"AHMAD IDHAM"
arwah ayah pun minat gak kat saudara Ahmad Idham ni
:-D
orang popular memanglah ramai peminat kan..kan...kan...
but i'am still stuck to FA...ahakss
untuk diri sendiri

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN
SEMOGA HIDUPKU DILINDUNGI
SEMOGA HIDUPKU DIBERKATI
SEMOGA HIDUPKU DIRAHMATI
dan
al-fatihah
untuk kedua ibunda dan ayahanda
juga untuk
kekanda2 serta adindaku sekalian
semoga kalian
aman bersemadi

saat ini
untuk pertama kalinya
aku sendiri
hari ini
6 Ogos
dan kini
2 ramadhan
aku nantikan
kunjungan



05 Ogos 2010

suka@tak suka


Selepas setengah tahun bersama, ini kajian tindakan yang saja-saja suka-suka aku buat...ahaks! mengong jap....sorry tau. sapa tak suka tak yah baca.

@suka

murid 1 :
saya suka cikgu ajar mathematics sebab cikgu mengajar dengan betul dan cikgu yang paling baik dan sopan. saya sayang cikgu.
murid 2:
saya suka cikgu mengajar matematik. saya suka cikgu kerana dia baik.saya suka cikgu mengajar bahasa melayu.saya suka cikgu mengajar sistem bahasa.saya suka cikgu kerana dia tak pukul orang.
murid 3:
saya suka cikgu mengajar pj dengan betul sebab main bola sepak.
murid 4:
saya suka cikgu kerana cikgu ajar saya matematik. sebab cikgu baik, gembira, buat lawak,suka membantu dan sangai (nak tulis sayang kot) muridnya.
murid 5 :
saya suka matematik sebab saya suka dengan kerenahnya. (uiksss matematik penuh dengan kerenah hehehe) .saya suka aktivitinya.saya suka cikgu belajar dengan saya.saya suka cikgu ketika gembira.saya suka cikgu bila bermain.(sapa main? murid atau cikgu? lalalala)
murid 6:
saya suka cikgu kerana dia mengajarkan sukan. (uiks...matematik dan bm kan cikgu ajar juga?ahaks)
murid 7:
saya suka cikgu kerana dia mengajar mathematics sebab dia mengajar paling bes di dunia ini. (amboi2..leh caya ker ni?) lepas tu dia mengajar tambah darab dan tolak, lepastu dia mengajar bahasa melayu dan cikgu paling baik.(erkkkkk)
murid 8:
saya suka cikgu sebab dia mengajar saya pelajaran jasmani, sebab dia bagi saya main bola sepak dengan kawan.( kalau dah asyik merengek jer nak main bola sepak...apa tak bagi plak!)
murid 9 :
saya suka cikgu mengaja bahasa melayu, cikgu iklas, dan ahir sekali cikgu menceriakan kami semua!



@tak suka

murid 1 :
saya tak suka cikgu marah-marah pada murid-murid tahun 2 cekap
murid 2:
saya tak suka cikgu ajar pemahaman.(kuikuikui...sebab selagi deme tak jawab dengan ayat yang betul, aku ulang soalan sampai deme jawab dengan ayat yang betul.....kejam dah tu pada murid ni...ahaks)
murid 3:
saya tak suka cikgu marah kawan-kawan saya dengan garang.( dey...marah...mestilah garang).
murid 4:
saya tak suka cikgu marah sebab marah,degit (??), keras kepala, pening,moyok, rasa geram. (ni apa nak disampaikan ye??)
murid 5:
saya tak suka cikgu kerana garang.(kena tahulah sebab apa garang...awak nakal sangat)
murid 6:
saya tak suka cikgu marah kami semua kerana kitaorang bising selalu. saya pun bising sebab apa diaorang selalu bising patut kitaorang selalu kena bising.( pening aku nak paham ayat dia)
murid 7:
saya tak suka cikgu ajar matematik sebab susah.
murid 8:
saya tak suka cikgu ajar bm sebab susah.saya memang tak suka matapelajaran bm.

komen ni paling aku suka baca....macam tulus jer bunyinya-
murid 9:
saya tak suka cikgu kerana cikgu marah kami semua. siapa tak jawab soalan cikgu marah.(yelahh...time cikgu tanya kamu takde suara.time cikgu suh diam...suara kamu kelas sebelah pun boleh dengar...sapa tak marah....uhuk uhuk...). sapa belari cikgu pukul.(kalau kamu jatuh ,cikgu jugak yang kamu cari suh letak ubat kan??) dan akhir cikgu tak kasi bawak pensel nib dengan shker (tak baca buku peraturan sekolah lah tu....)

p/s : ejaan adalah berdasarkan ejaan asal murid-murid....harap maklum.keseluruhannya pandai jugaklah anak murid aku bina ayat. cuma penggunaan huruf besar kecik jer bercampur-campur. nampak mcm ramai suka aku ajar matematik dan pj berbanding bm. kantoi. kena betulkan tu cikgu! ahaks. dan nampak la yang aku ni suka marah diaorang. yelah...yelah...pasni cikgu tak marah korang lagi. tapi dengan syarat! buatlah keje yang cikgu bagi. janganlah cakap ngan kawan sebelah kuat-kuat....macam jauh sangatla kawan kamu tu. kalau cikgu tanya jawab je la. pandai cakap tapi tiba-tiba cikgu tanya kamu automatik jadi bisu. sapa tak marah! ha.....lagi satu, cuba jangan bawak benda2 larangan ke sekolah. baca balik buku peraturan sekolah.hafal kalau boleh. kalau kamu ikut semua syarat2 tu...kompem xde satu cikgu pun kat sekolah kita akan marah kamu. percayalah!

04 Ogos 2010

Apa dah jadi ?


Perjumpaan ditetapkan 9 malam.
Herm, 15-16-17-18-19...
Jumlah seluruhnya
Eh...
9 malam..? 9.05 masih gelap.
Batalkah?
Ada.....mana ada batal.
Seterusnya...
9.10-9.15-9.20...
4 muncul.
Ahli tak cukup...macamne
ops...1 lagi muncul.
Dan aku,
alahai...malu teramat
nisbahnya 4:1
Apa dah jadi???
Punat-punat canggih itu aku tekan
1-tolonglah aku...malu ni...ok ok
2-tolonglah aku...malu ni...sorry sangat2
3-tolonglah aku...sampaikan...ok ok
dan alat canggih itu bergegar
3-sorry , dah try x dapat

Akhirnya
Nisbah menjadi 4:2
Mana lagi 13 ??
Apa dah jadi??
Terima kasih 1 kerana menjadikan
4:1 kepada 4:2
Namun,
aku masih malu
kerana aku berada
dalam nisbah yang 2!

Apa dah jadi??
Siapa silap ??

Boleh tutupkah bangkai gajah
yang sudah terbongkang itu??

p/s :
apalah gunanya memartabatkan 'gelaran' itu
jikalau diri kita sendiri mengabaikan martabat yang dianugerahkan??



03 Ogos 2010

mana yang sakit ?

Ada satu waktu, mama zie sakit kaki....aku contact dia minta tolong urut. Time aku call ...tgh urut . Ada orang dah. Esok nak urut kat......ah,merata la. Herm...tuhan sedang memberikannya rezeki. Aku senangkan hati aku sendiri, walaupun sebenarnya ade tersimpan sedikit terkilan di hati.Sampai ke sudah hampeh, x terurut kaki mama zie. Mungkin juga takdir tuhan untuk tidak mempertemukan dua wanita ini.

Dan, waktu yang seterusnya tiba. Dek kerana terlalu teruja nak mengemas rumah, angkat itu...angkat ini....alih itu, alih ini. Siap semua. Aku puas hati. Baru terasa sendi di siku...sakit kalau digerakkan. sikit je sakitnya. Lama-lama bawa ke tangan. Sangat terasa kalau mengangkat barangan. Waima untuk mengangkat segayung air! Dan semalam , rasanya nak angkat semangkuk kecil air pun kalau tak betul-betul pegangnya boleh rasa sakit. Hari ini, saat aku meratakan tapak tangan dan tegakkan pergelangan tangan, sakit itu di situ pula. Hah.....tangan kanan aku semakin tidak kuat!

Sampainya hati tukang urut itu, sering menangguhkan waktu. Yelah setakat sakit tangan, upah pun ciput je....apalah sangat kan....boleh esok...esok...esok....dan entahlah esok sampai bila! Saat macam ni teringatkan ayah.....dulu arwahlah tukang urut aku.(T_T)......kalau aku mengadu sakit sikit pun, bising-bising arwah pun...akhirnya arwah datang juga sambil bawak minyak...sambil tanya...."meh sini....mana yang sakit???".....walaupun tangannya sendiri sebenarnya dah tak kuat untuk mengurut....

02 Ogos 2010

melampaukah cerita ini???.....=p

Tanggal 1 Ogos 2010, lebih dari 12 jam aku habiskan waktu di bersama kawan-kawan aku yang happening! Dan tengah hari itu aku berasa dan juga apabila semasa aku dan kawan-kawan aku di , tiba-tiba kelibat bersama anak dan isterinya datang dan duduk berhampiran meja kami. (=p belakang kitaorang je)....untuk juga. Aduhai.....tapi aku juga berasa apabila gambar kenangan aku bersama (mahal kenangan tu-bukan senang nak jumpa dan berpeluang bergambar berdua) yang dirakamkan menggunakan kepunyaan salah seorang kawan aku itu telah HILANG!!!! Gambar tak sempat sedut masuk laptop lagi weiiiiii!!!! apatah lagi dicuci......huhhuu (T_T). Tapi, nasib baik... gambar yang dirakamkan menggunakan masih ade. Nanti aku upload! sebagai bukti aku bercerita kisah benar. Ahakssss..hehehe.

***pada sesiapa yang menjumpai (kalau bukan ambilnya secara sengaja le) , kami masih berharap agar dapat memulangkan semula kamera tersebut berdasarkan nama,alamat dan nombor telefon yang terang2 memang ada pada kamera itu!!! sebab selain gambar pengarah muda itu, ada lagi gambar2 lain yang penting untuk melancarkan tugas2 yang berkaitan dengan kerjaya kami. Semoga Allah menggerakkan hati kamu untuk memulangkannya kepada yang hak.