28 Februari 2010

Love Is A Verb

Tajuk di atas mendapat komen terbanyak setelah sekian lama aku berada di facebook. Macam2 komen/pendapat/pandangan diutarakan. Suka aku membacanya.

Cinta bukan kata-kata tapi cinta adalah tindakan. Bacaan lanjut boleh dibaca dalam majalah Solusi Isu no. 16 -topik besarnya Ibu Bapa Derhaka. Dan aku setuju jika benar itu cinta sejati, maka cinta adalah tindakan- Love is a verb!

Apakah tindakan yang menggambarkan kecintaan kepada......??
sekiranya itu adalah,
Cinta Allah....
Cinta Manusia....
Cinta Harta....

Kita renungkan bersama....

dan untuk diri aku sendiri sedang memperbetulkan mana-mana yang tidak betul yang ada pada diri. semoga cinta yang wujud dalam diri aku adalah.....VERB.


Permata itu hampir aku temui
Mungkin juga sebenarnya telahpun berada di sini
Permata itu cahayanya aku dekati
Mungkin juga sebenarnya telahpun menerangi

Biarlah jika tidak dapat untuk kumiliki abadi
Memadai sudah andai sentiasa menerangi hati
Memadai sudah andai sentiasa menenangkan diri
Aku akan redha segala ketentuan masa depan
Sebagai bukti aku mencintai
Dan sesungguhnya Dia mengetahui
Dan sesungguhnya Dia mendengari
Dan sesungguhnya Dialah yang akan memenuhi
Rasa cinta yang ada dalam hati
Amin.

LOVE IS EVERYWHERE

21 Februari 2010

Saat hati berbicara tanpa suara

Manusia memang selalu lupa. Aku juga mungkin antara salah seorang dari orang-orang yang lupa itu. Ah...bukan mungkin lagi kot. Kalau tidak sekarang, mana tahu akan datang aku juga akan leka dengan dunia. Leka dengan segala macam perkara yang ada di dunia. Takut kehilangan segala pinjaman yang Allah berikan pada kita?? Kenapa??

Perghh walhal segalanya adalah sementara. Walhal...aku manusia biasa mana mungkin aku ini sesempurna insan semulia Muhammad SAW. Bergaji besar, berjawatan tinggi , pelajaran tinggi, ada nama dan pangkat.Itu semua ...betul...memang betul akan memberikan kita kuasa! Tapi yang berkuasa itu bukanlah satu jaminan yang kita telah sempurna. Maka dengan bangganya menobatkan semua tindakan kita itu adalah benar! Ah.....hal dunia! Manusia memang selalu lupa. Itu kenyataan!

Lihatlah dunia. Dia hebat. Dia ada kuasa. dan Dia sempurna. Benarkah ?

Laranya hati apabila berhadapan dengan situasi ini. Aku sedang di ajar lagi. Pelajaran hidup di dunia. Pelajaran yang entah aku akan lulus atau gagal. Allah sedang menguji hati aku.

Lupakan kisah ujian yang lagi mengguris hati itu. Mahu atau tidak aku perlu juga lalui.

* tamatkan kisah lara *



Lagi soal hati.....

"apabila ingin berbicara soal hati...mengapa suara tidak kedengaran"

Herm....aku ada menulis ungkapan ini. Rakan- rakan facebook tentu ade terbacanya kan?hahha

Kenapa macam tu eh. Soal hati. Maka hati sahaja yang faham. Dari mata turun ke hati...bijaknya orang-orang dulu menyusun kata :-). Pandangan mata boleh berbicara. Dan lidah kelu berbahasa. Bercerita tentang JATUH...

jatuh sayang.....

jatuh kasih....

jatuh cinta....

opsss...soal hati....masih berkira-kira untuk jatuh cinta..

tapi kalau dah terjatuh juga

macam mana?

Banyaknya faktor yang perlu diambil kira...maka itulah agaknya kenapa suara tidak kedengaran. Dan kalau tiada yang mengalah untuk memulakan bicara, makanya akan terus berlalu mungkin rasa hati itu mengikut arus masa.

dan kita perlu bertanggungjawab ke atas pilihan itu. Maka pilihlah mana yang terbaik. Soal hati, ingin memiliki atau melepaskan.

Aku hanya duduk diam.
Hatiku sedang bersuara...ada sesiapa dengar? Ada...TUHAN.


17 Februari 2010

siapa aku, dia, dan mereka??

1. Si Yatim : 683-3
6:segar bercerita tentang duit,bercitarasa mewah,pendamai,kuat boros,fight 4 justice,suka kuasai orang,penyayang
9: suka kepada kejayaan,pandai sosial,mudah dapat kawan,suka berpakaian kemas,pandai tarik perhatian org tua,suka dan bijak berkongsi,ghairah,artistik,sensitif,romantis,understanding,emosi berlebihan.
3: aktif,mudah dikenali, bersemangat tinggi(hangat tahi ayam), masalah fokus, panas baran, nafsu tinggi, suka ikut fesyen yang terbaru,kreatif,perwatakan yg menarik,egois, mengawal situasi.

2. Mama : 854-4
8: bertanggungjawab,berkira(keras kepala),perlu sentiasa ada kerja, mudah percaya orang dan boeh dipercayai, pertahankan kawan,boleh menjadi pemimpin,pandai rancang,suka membantu org lain, gila wang, cita2 tinggi
5: mencari2 peluang, bisnes minda, menjadi pemimpin,workerholic,degil,sukakan cabaran,bertenaga,bercitarasa tinggi,nafsu tinggi,bekerjasama,berfikiran jauh,berhati2, suka shoping,boros,moody, suka bertangguh.
4: suka merancang, suka nalisa,perlu fakta,k0nsevatif,berhati2,pengurus yg bagus, suka ilmu-bijak, x mudah putus asa, setia,praktikal, sukakan rutin,berkira,kedekut,suka prasangka buruk.

3. Along : 914-4
9: suka kepada kejayaan,pandai sosial,mudah dapat kawan,suka berpakaian kemas,pandai tarik perhatian org tua,suka dan bijak berkongsi,ghairah,artistik,sensitif,romantis,understanding,emosi berlebihan.
1: pwewatakannya dilahirkan utk jadi ketua,sifat kepimpinan,suka memerhati org lain,anak yg suka dipuji/memberontak.banyak idea,berdikari,berfikiran positif,pentingkan diri, sensitif, suka simpan dalam,bijak
4: suka merancang, suka nalisa,perlu fakta,k0nsevatif,berhati2,pengurus yg bagus, suka ilmu-bijak, x mudah putus asa, setia,praktikal, sukakan rutin,berkira,kedekut,suka prasangka buruk.

4. Put3 : 498-8
4: suka merancang, suka nalisa,perlu fakta,k0nsevatif,berhati2,pengurus yg bagus, suka ilmu-bijak, x mudah putus asa, setia,praktikal, sukakan rutin,berkira,kedekut,suka prasangka buruk.
9: suka kepada kejayaan,pandai sosial,mudah dapat kawan,suka berpakaian kemas,pandai tarik perhatian org tua,suka dan bijak berkongsi,ghairah,artistik,sensitif,romantis,understanding,emosi berlebihan.
8: bertanggungjawab,berkira(keras kepala),perlu sentiasa ada kerja, mudah percaya orang dan boeh dipercayai, pertahankan kawan,boleh menjadi pemimpin,pandai rancang,suka membantu org lain, gila wang, cita2 tinggi


5. Epi : 734-4
7: cerewet/sangat memilih,argue,mudah popular,up to date,six senth,jgn bagi dia marah,suka bersendiri,analytical,seni,sgt tension,berkira, kekuatan spiritual.
3: aktif,mudah dikenali, bersemangat tinggi(hangat tahi ayam), masalah fokus, panas baran, nafsu tinggi, suka ikut fesyen yang terbaru,kreatif,perwatakan yg menarik,egois, mengawal situasi
4: suka merancang, suka nalisa,perlu fakta,k0nsevatif,berhati2,pengurus yg bagus, suka ilmu-bijak, x mudah putus asa, setia,praktikal, sukakan rutin,berkira,kedekut,suka prasangka buruk.

6. Eeeda : 233-3
2: mudah konfius,x blh pilih jawapan yg tepat,suka follow,jujur, suka kebersihan/keceriaan/ketenangan, banyak bersabar,hati mudah tersentuh/kasihan/simpati,mudah memaafkan,pemalu,cemburu yg tinggi,susah buat keputusan,emotional
3: aktif,mudah dikenali, bersemangat tinggi(hangat tahi ayam), masalah fokus, panas baran, nafsu tinggi, suka ikut fesyen yang terbaru,kreatif,perwatakan yg menarik,egois, mengawal situasi

7. Wak : 432-2
4: suka merancang, suka nalisa,perlu fakta,k0nsevatif,berhati2,pengurus yg bagus, suka ilmu-bijak, x mudah putus asa, setia,praktikal, sukakan rutin,berkira,kedekut,suka prasangka buruk.
3: aktif,mudah dikenali, bersemangat tinggi(hangat tahi ayam), masalah fokus, panas baran, nafsu tinggi, suka ikut fesyen yang terbaru,kreatif,perwatakan yg menarik,egois, mengawal situasi
2: mudah konfius,x blh pilih jawapan yg tepat,suka follow,jujur, suka kebersihan/keceriaan/ketenangan, banyak bersabar,hati mudah tersentuh/kasihan/simpati,mudah memaafkan,pemalu,cemburu yg tinggi,susah buat keputusan,emotional




10 Februari 2010

To cegulinn n to my bro-Fy

[CRYING AND ALONE]
tajuk gambar

komen daripada ~CeguLinn~:
Kalau benci, lepaskanlah.....
semoga tak stress lagi....

CeguLinn,
alangkah bagusnya
kalau ianya semudah itu!

Bagaimana...
Jika situasinya
seperti Iskandar
dalam cereka Nigina?
ingin lepas tapi dihalangi...

Bagaimana....
andai tersepit antara dua?
satu mati ibu
satu mati ayah

dan kepada Fy...adikku
jika terbaca ini,
maka...
fahamilah aku
fahami duniaku
aku tidak betah berada di duniamu

Fy...
I do love u
I do love your mum
I do love your epi

tapi itu tidak bermakna
aku perlu hidup dalam duniamu
kan dik??

Fy...
you have your own goal to achieve
and you know what???
i have mine....
and please let me
.......

Fy....
cita-citamu besar
hasratmu menggunung
aku di sini sentiasa mendoakan
aku ada si sini
sentiasa

tapi aku merayu kepadamu...
untuk aku berada di tempatku sendiri
untuk aku mencapai impianku sendiri

jika tidak begitu
sampai bilakah hidupku ini
hanya untuk menyempurnakan
impian orang lain??

pleaseee Fy...
benarkan aku yang telah kau anggap
seperti saudaramu sendiri
untuk terus hidup
dengan pilihanku

Fahamilah...
aku ingin hidup aman
aku ingin hidup sentosa
walaupun tidak bergelar jutawan
walaupun tidak berumah banglo
walaupun tidak berkereta mewah
walaupun tidak berpakaian berjenama
cukuplah sekadar aku hidup bersederhana
dan tidak meminta-minta..

dengan penuh ikhsan aku bermohon
benarkanlah aku memilih cara hidupku sendiri

aku ada semuanya..memadai ianya sederhana
cuma satu kurangnya...sepi
kasih sayang sebuah keluarga

cukuplah jika kekurangan itu
Fy dan family penuhi
amat memadai
segala budi lalu
tak terbalas olehku
terima kasih tidak terhingga
maaf sekiranya dunia kita berbeza
maaf seandainya impian kita tidak serupa
maaf kalau tujuan hidup kita tidak sama
but
I do care for you n your family
I do love u all




BENCI

MINAT ? TAKDE.....TAK PERNAH ADA!!!
AKU TAK MINAT LAH!
SEMUANYA JADI TEKANAN BUAT AKU!
STRESSSS TERAMAT SANGAT!!!

AKU BENCI!


08 Februari 2010

terima kasih....

Alhamdulillah...selesai sudah. Kenduri tahlil. Sangat-sangat berterima kasih kepada orang-orag kuat yang membantu menguruskan segala persiapan. Paman Rani, Bik Yah, Paman Rowi, Bik Mis, Rina dan Yati. Juga pada Abang Kamsah yang jadi tukang jemput . Sangat terima kasih kepada semua yang hadir dan sudi meluangkan waktu. Hampir semuanya hadir.

Kepada rakan-rakan sekerja...Kak Sal, Kak Ana, Kak Malina (loveeeeeeeeeeeee u), Huda, Nik, Zetty and Laila (loveeeeee u all too), Put3, Adam, Hasnizam, Alias dan Ustaz Sabri. Terima kasih juga kepada housemateku...Zihah.Seronoknya aku ada korang semua.

Kepada semua pakcik-makcik sedara, Wak Kasiman, Bik Ram, Wak Teh, Wak Manab, Wak Atin, Paman Juli, Bik Jun .Terima Kasih untuk semuanya.

Kepada sepupu-sepupu yang memnuhi jemputan, Kak Sue dan keluarga, Abang Atan dan keluarga, Abang Aziz dan keluarga, Kak Ru dan keluarga, Kak Lin dan keluarga, Kak Saim dan keluarga, Kak Jue dan keluarga, Abang Ramli, Kak Wok,Abang Isa, Along,dan semua kaum kerabat. Terima kasih.

Juga kepada semua jiran-jiran terdekat, terutama kepada Emol dan keluarga yang banyak membantu aku membuat persediaan awal, Yati dan keluarga, Hj Ahmad, Kak Asiah...maaf (sbb tertinggal masuk list jemputan).

Lagi sekali, TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada SEMUA YANG HADIR. Kehadiran anda semua sesungguhnya sangat bererti buat diri ini. TERIMA KASIH.

lebih manis dari pahit
maka yang manis mengatasi yang pahit

harapan masih ada

walauku tahu ia takkan jadi nyata

tak pernah menjelma

walau sudah berkali-kali bersua

yang selalunya ada

apabila tiba-tiba tidak menjelma

terasa juga sebak di dada


05 Februari 2010

Tinggal kenangan


Esok.....datangnya untuk yang terakhir kali,
Persinggahannya yang terakhir....
Siapa?
Ayah....esok sudah 100 hari aku di dunia ini tanpanya....

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku cuba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih...

Semoga apa yang aku rancang untuk hari-hari esok akan mendapat keredhaan dari-Nya.Amin.


persinggahan terakhir




03 Februari 2010

tawa hati

Hahahah....wakakakka...biar aku gelak dulu. Mungkin keletihan yang melampau atau mungkin juga kerana dek selalu dihidangkan dengan kisah pelakon lelaki - Fahrin Ahmad...maka aku jadi terbawa2 pula. Ikikiikikih...aku gelak sendiri depan skrin lappy nie.

apa dia? Aku ni adalah kategori manusia yang sangat , amat jarang bermimpi. Tapi bila mimpi ntah apa-apa. Sah bukan mimpi dari sang Pencipta. Kalau member aku dak eeeda tu asyik pelakon eja sahaja yang dimimpinya. Takpelah memang idola dia pun. Yang aku ni apa kes ntah...tiba-tiba Fahrin Ahmad tu leh muncul dalam mimpi , jadi tutor kat kelas oum aku tu. ekekekekke lawak gila untuk diri aku la. Orang lain mungkin ada menyampah kot....tak tau...tak tau...hehehe

Agaknya kalau betul pelakon tu jadi tutor, kelas penuh setiap kali tutorial . whatever ...just a dream. Tu la minggu lepas asyik kisah Fahrin Ahmad sahaja. Apa yang melanda dirinya sekarang aku no komen. Hidup dia takde kena mengena dengan aku jadi tak perlu nak pening2 fikir. Ye tak? heheh

"Cinta bukanlah kata-kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut.Tetapi cinta adalah anugerah dari Tuhan yang indah dan suci jika dapat dinilai kesuciannya secara tulus"



cerita 2 dalam 1

Kira...mari kita berkira dan mari kita berkira-kira. Haih tak tau merepek apa pagi nie. Sedang bergila-gila untuk menulis lagi.
Bagaimana yang dikatakan 'berkira'...?
dan
Bagaimana yang dimaksudkan 'berkira-kira'...?

Ha..silalah sudi-sudikan memberi definisi dua perkataan yang tersebut di atas. Then, kita story kemudian nanti dalam entri akan datang (insya'allah). Okay tak??

Minggu ini adalah minggu ke 5 persekolahan . Haih sekejap sahaja masa itu berlalu. Apakah kita sudah melangkah ke hadapan beberapa tapak atau masih statik di tempat yang sama? Hermmm...jom renung bersama. Dan minggu ini untuk BM aku mengajar atas tajuk 'Keluarga Saya'...adehhhhh . Teringat kat arwah. 6 hb nie dah 100 hari pemergiannya menemui Illahi. Tengok...kejap sahaja masa berlalu.

Topik tahun 2 - Keluarga Ceria : Keluarga saya. Dalam buku teks, kisah Keluarga Badrul. Siap aku buat carta. Untuk beri contoh lain. Aku buat carta Keluarga Cikgu Anisah. Hah .....ramai rupanya. Meriah sebenarnya. Cuma aku tidak berpeluang merasai 'keramaian' dan 'kemeriahan' itu. Kerana akulah Cikgu Anisah itu! Aku bercerita juga di penghujungnya inilah kisah aku....

"Eh...jadinya cikgu sorang aje lah?"....aku diam saja.

"Kamu masih ada ibu dan ayah?"...."ya.."
"Kamu ada adik beradik?"..."ya..."

Maka selagi mereka masih ada berbaik-baiklah kamu dengan semuanya. Dengar kata ibu ayah. Berbaik-baiklah dengan adik beradik yang ada. Bersyukurlah kamu masih ada mereka di sisi menemani kamu di dunia yang penuh liku. Belajarlah sesungguhnya ,menghiburkan dan menyenangkan hati semuanya. Balaslah jasa ibu ayah sebaik dan semampu kamu. Jagalah nama baik keluarga yang akan kamu bawa sehingga hujung usia. Insya'allah....Itulah Keluarga Ceria.

Errrkkk....tahan...tahan.....aku tahan jangan bagi jatuh. Nyariss!!
Pesanan sebelum loceng berbunyi :
"Balik rumah minta tolong dari keluarga kamu untuk buat carta "KELUARGA SAYA"."
"Besok kita belajar macam mana nak tulis cerita tentang keluarga masing-masing"

Dan malam tadi aku terbayang semula saat-saat aku melihat ayah untuk kali terakhirnya...meninggalkan aku tanpa pesanan terakhir. Al-Fatihah.

02 Februari 2010

The Deepest...


Hari ini dan hari-hari seterusnya, blog ini mungkin akan kekal sebagai diari hati. Diluahkan melalui perkataan-perkataan yang akhirnya menjadi frasa-frasa dan dihujungnya wujud ayat-ayat yang menjadi sebuah kisah. Kisah dari Tinta Semalam.

Pergolakan hidup akan terus berlaku dan berlaku selagi dunia belum kiamat. Itu pandangan peribadi aku. Ada macam-macam pergolakan. Dari soal kehidupan, soal hati dan macam-macam rencah yang memberi pelbagai rasa kepada si empunya diri. Dan dari situ kita diajar untuk mempelajari sesuatu darinya. Maka kita mengatakan kita sedang dan akan terus belajar melaluinya. Termasuk aku!

Hakikatnya, iman. Sekuat mana iman yang kita miliki untuk menghadapi pelbagai pergolakan itu? Ramai yang berkata-kata, menutur ayat-ayat yang membangkit semangat. Berjaya? Ya....ada hasilnya. Tapi apakah benar2 berjaya jika peristiwa itu (terutama yang memberi impak kekecewaan) memberi kesan yang paling jauh kedalam diri? Kerapnya kita akan jawab 'iya'. Cuba selidik hingga ke dasar yang paling jauh yang 'ter'kecewa itu. Sejujurnyakah jawapan yang diberi??? Lagi sekali selidiki iman yang kita ada....

Maaf ..... jujurkah maaf itu?
Marah... jujurkah telah hilang?
Dendam...jujurkah ia langsung tiada?

Opsssss.....muhasabah diri terlebih dahulu sebelum menjawab! Jujurkah nasihat-nasihat, kata-kata hikmah yang telah/bakal kita kongsikan di sini . Apakah apa yang kita sampaikan itu selari dengan apa yang kita lakukan pada diri kita sendiri? Benar-benarkah kita jujur dengan diri kita sendiri? Sekali lagi kita masih insan biasa. Sesekali mengaku kesilapan rasanya itu perkara 'cool' untuk diri kita sendiri. Betul ke??

Dihujungnya...kita cuma tidak mahu menjadi "Cakap tak serupa bikin" . Itu sahaja. Maka sebelum kita mempertikaikan kejujuran orang yang berada di sekeliling kita, ada baiknya selidiki dahulu kejujuran kita terhadap diri sendiri.

Macam-macam HaL!!


Semalam....mesyuarat yang panjang. 2 jam setengah. Setengah jam akhir, membawa kepada hasil dapatan lawatan audit KPM yang seterusnya membawa kepada cerita-cerita ulasan yang 'lain-lain'.
Dalam pada itu aku teringatkan satu ujian saringan yang aku baca di blog wak Jinggo. Ujian Saringan Tiga Kali. Sukanya untuk aku abadikan 3 langkah ujian tersebut yang tidak salah untuk kita sama-sama guna pakai jika ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada kita, sebelum kita membuat 'ulasan', 'kesimpulan', atau 'penggulungan hujah'. Dan sebelum berita yang akan tersampai kepada telinga itu kita sebar2kan pula kepada orang lain yang mungkin hanya akan memporak-perandakan lagi keadaan.

1. Kebenaran
"Sudah pastikah apa yang hendak dikatakan kepada saya adalah benar?"
"tidak? ya?"
"Jadi kita masih tidak tahu apakah hal itu benar atau tidak!"

2. Kebaikan
"Apakah yang akan dikatakan kepada saya itu adalah sesuatu yang baik?"
"Tidak, sebaliknya mengenai hal yang buruk?"
"Maka, sesungguhnya berita yang ingin disampaikan itu adalah sesuatu yang buruk dan kita tidak yakin kalau itu benar!"

3. Kegunaan
"Apakah yang ingin disampaikan itu akan berguna kepada kita?"
"Tidak...?"
"Jika apa yang ingin disampaikan itu.....
TIDAK BENAR, TIDAK JUGA BAIK, BAHKAN TIDAK BERGUNA PADA KITA...
Apa perlunya pada kita untuk diperdengarkan???

Baiknya kalau kita mengamalkan 3 ujian saringan ini. makanya tidak akan mendengar dan seterusnya menyalah tafsirkan apa yang kita dengar. Kalau dah salah tafsiran...macam2 hal boleh jadi. Maka macam2 tuduhan akan terwujud dan yang salah boleh jadi betul, yang betul boleh jadi salah!


Lagi sekali aku katakan untuk diri sendiri kita boleh dengar tapi harus diingat, masuk telinga kanan dan sebelum sempat ia sampai ke otak, sila keluarkannya semula melalui telinga kanan. Jangan keluar ikut telinga kiri. Kerana umtuk melalui telinga yang satu lagi perlu melalui otak. Dan ia mungkin akan tersangkut di otak..maka itu kita dengan sendirinya akan terus memikirkan sesuatu yang sesungguhnya hanya akan memberatkan fikiran sendiri, walhal berita itu adakalanya tak bersangkutan langsung dengan diri sendiri. Haihhhhhh...
Dan macam biasa timun...menggelek luka....digelek luka...tergelek pun luka! Untuk masa ini...kita mampu lihat...perhati. Yang baik kita turuti.
yang tidak baik??? kita jadikan ingatan. CATAT! CATAT! CATAT! INGAT! INGAT! INGAT!
untuk apa?....kelak apabila tiba giliran kita berada di atas....JANGAN ULANGI segala yang kita kata , dan kita yakin itu SALAH!

Untuk waktu ini kita sedang memerhati dan belajar dari apa yang sedang kita hadapi.