02 Februari 2010

The Deepest...


Hari ini dan hari-hari seterusnya, blog ini mungkin akan kekal sebagai diari hati. Diluahkan melalui perkataan-perkataan yang akhirnya menjadi frasa-frasa dan dihujungnya wujud ayat-ayat yang menjadi sebuah kisah. Kisah dari Tinta Semalam.

Pergolakan hidup akan terus berlaku dan berlaku selagi dunia belum kiamat. Itu pandangan peribadi aku. Ada macam-macam pergolakan. Dari soal kehidupan, soal hati dan macam-macam rencah yang memberi pelbagai rasa kepada si empunya diri. Dan dari situ kita diajar untuk mempelajari sesuatu darinya. Maka kita mengatakan kita sedang dan akan terus belajar melaluinya. Termasuk aku!

Hakikatnya, iman. Sekuat mana iman yang kita miliki untuk menghadapi pelbagai pergolakan itu? Ramai yang berkata-kata, menutur ayat-ayat yang membangkit semangat. Berjaya? Ya....ada hasilnya. Tapi apakah benar2 berjaya jika peristiwa itu (terutama yang memberi impak kekecewaan) memberi kesan yang paling jauh kedalam diri? Kerapnya kita akan jawab 'iya'. Cuba selidik hingga ke dasar yang paling jauh yang 'ter'kecewa itu. Sejujurnyakah jawapan yang diberi??? Lagi sekali selidiki iman yang kita ada....

Maaf ..... jujurkah maaf itu?
Marah... jujurkah telah hilang?
Dendam...jujurkah ia langsung tiada?

Opsssss.....muhasabah diri terlebih dahulu sebelum menjawab! Jujurkah nasihat-nasihat, kata-kata hikmah yang telah/bakal kita kongsikan di sini . Apakah apa yang kita sampaikan itu selari dengan apa yang kita lakukan pada diri kita sendiri? Benar-benarkah kita jujur dengan diri kita sendiri? Sekali lagi kita masih insan biasa. Sesekali mengaku kesilapan rasanya itu perkara 'cool' untuk diri kita sendiri. Betul ke??

Dihujungnya...kita cuma tidak mahu menjadi "Cakap tak serupa bikin" . Itu sahaja. Maka sebelum kita mempertikaikan kejujuran orang yang berada di sekeliling kita, ada baiknya selidiki dahulu kejujuran kita terhadap diri sendiri.

1 ulasan:

ONE ZABA berkata...

raya pun dah dekat ni. boleh la bersalam salaman & bermaaf maafan.