cari id yes guru sktp

02 Oktober 2008

Hari Raya Pertama

Aku balik beraya kat Pulau Indah. Lepas sembahyang raya ayah ajak balik Pulau.Balik Pulau yeehaaaa memang aku suka sesangat. Antara rumah yang aku pergi kat Pulau tu dah tentulah rumah adik-beradik ayah yang menetap kat Kg. Sungai Kembong. Tapi..xde gambar arrr tak teringat lak nak buat n3 nie...Then kalau dah adik beradik ayah tu of course la keturunan tok Naim.


Rumah-rumah yang kami kunjungi pagi raya tu


1. Wak Kasiman...aku panggil wak siman jer. Masa ni sempat beraya ngan anak-anak wak siman yang menetap kat pulau tu jelah...kak tina n family, abang anjang n family, Iwan n wife, n tak ketinggalan bujang mata keranjang yang awek dia pasang 2-3 tu lerrr...abang ayol aku tuh.


2. Paman Punadi....aku panggil man iboh. Rumah man iboh ni la umah ibu (umah pusaka tinggalan tok naim ) Kat umah ni la juga aku menginap kalau duk semalam dua kat pulau tu. Tapi time ni man iboh dah tak sesihat dulu dah. Ada gaut...dah bertongkat kaki 4 dah cam ayah aku gak. Sib baik la anak-anak man iboh semuanya anak bujang teruna, lima orang semuanya. Yang bongsu perempuan ...Siti Isniza baru tingkatan 1. Niza ni masa kecik2nya dulu kalau aku balik kg, mana aku pergi mesti dia ikut. Tido pun ngan aku la jugak. Aku pun sorang2 jer orait la tu jadi member aku. hehe. Abang2 dia yg lain; kahir, jumrie,madi,rudie,n faizie.TQ kat faizie ni, coz pernah sekali ayah aku sakit,aku plak ade kursus...so faizie tolong jaga lagi pulak kebetulannya masa tu dia free.Tq yea dik.


3. Paman Jajuli....aku panggil man juli or pak su. Tu pun dah terlajak patah balik..harharhar tu la dia akibat kerap bebenornya balik kg. Ntah mana jalan dilalunya...main redah2 jer. Tapi dah Pulau kan...pusing2 jumpa balik. So kat sini jumpa la ngan adik2 sepupu aku...Lan, Eza n Kimi. Kat umah man juli barulah ayah nak makan nasi impit. Tgh2 makan tu....kuikuikui guru besar aku plak sampai....cikgu Sabtu lah sapa lagi. so raya sekali lah. Cikgu sabtu kata; "La...ko raya kat pulau ke?"...Aku kata, "aaa'aahhh...". Boleh lagi pulak dia tanya man Juli....Ni anak sedara ko ni Li? Anak jowo tapi ne orak reti ngomong jowo...kepinye toh..". Kuikuikui aku buat2 x dengor jer....Blah dari situ. hehehe


4. Wak Damiri....aku panggil wak miri. Sepi jer....dok berdua ngan wifenya wak comel. Dua2 wak aku ni dah tak sihat dah. so umah ni dah tak semeriah macam aku kecik2 dulu. Time nak balik jumpa ngan anak dia yang baru sampai...Kak Ros n husband,abang Husin. Depa dok kat pandamaran. Oh ya wak miri ni menetap kat Lorong Perajurit,Telok Gong.


Abesh dah.....aku balik umah pulak....tido sat, tepon aku munyi....Adik sepupu aku dak Yati call ckp diaorang tgh on the way, n suh aku siap2kan apa2 yang patut...hehehhe siap kuih raya je. Ni la diaorang yang datang berkunjung umah aku petang raya pertama;


1. Adik ayah aku ni...Bik Misnah n family. Diaorang dok kat Jenjarum, Kuala Langat. Tengoklah betapa bergayanya adik2 sepupuku ni semuanya ...Rina, Yati n Nizam. kat meja makan tu ayah diaorang la, man Rowi.

2. Keluarga kedua, ha...yang ni keluarga belah arwah mak aku. Keluarga wak manab, abang kepada arwah mak. Tapi gambar kat atas ni cuma ade anak sulung n bongsu jer. Yang berjambang tu...Lan namanya, dah berkeluarga dah anak sorang (baby nama muaz). Tudung hujau cermin mata tu adiknya yang bongsu. Siti Khairiah....tapi kitaorang biasa panggil siti/adik je (walaupun kalau ikut pangkat aku kena panggil dia Kakak) . Bini si Lan sebelah tu pun panggil aku kakak...walaupun yg sebenarnya aku yang kena panggil dia kakak....dengan diaorang ni umur aku tua, tapi pangkat aku muda oooooo pangkat adik. hehehehe. Pak ngah si Muaz, Ridzuan...dak Wan ni tiap kali raya umah aku jer...kompen amik bantal tido..walau pun hanya untuk 10 minit...huahuhahaha. Lagi satu , mak diaorangla yang bela aku masa aku kecik2 dulu... TQ wak teh....aku panggil wak teh, nama bebenor Manisah. Dekat2 ngan nama aku kan? tu sebab aku leh rasi wak teh yang jaga aku ...kot.... (aku ni masa kecik2 susah nak ikut orang)


3. Kay....tetamu seterusnya, dari Kuang. Paman Jumadi, yang ni adik ayah aku. aku panggil man Iju. Yang ni ramai sebenarnya , konvoi 3 kete. Gambar atas ni, man Iju sampai n bersama ngan anaknya yang ke-2. Single lagi adik sepupuku yang sorang ni. Amelia or aku panggil Lia. Budak kecik baju oren yang Lia dukung tu anak abang dia, aku lupa pulak nama budak kecik ni. heheheh. Tiga kete, kete satu...man iju la...ngan wife n 2 anak dara , Lia n Nor n . Nor ni baru tingkatan 1, Lia dah 28 dah. kete dua...Si Han n wife n baby no 2 deme. kete tiga....Awin n family. Ermmm su ngan yana beraya ngan husband masing2. orait la tu. kalau tak, tambah lagi 2 kete untuk 2 famili tu...penuh umah , x terlayan aku!

4. Ni pun kira sedara belah ayah gak lah....salah sorang anak wak miri. Abang Anang n famili. Dah malam dah masa ni about 830pm. Kira cepat jugaklah abang anang datang tahun ni, adik beradik dia yang lain x sampai lagi dia dah sampai. mungkin sebab raya kedua nak g Penang, umah nenek wife dia. Abang Anang ni dok kat Senawang n9. Yang lain semua dok Selangor, dia sorang dok luar. Ntah bila la aku nak sampai umah dia aku pun tak tahu. Tapi Insya'allah akan sampai juga la. Hhehehehe siap offer nak cari kan jodoh untuk aku ni....aku angguk tidak,geleng pun tidak....tapi, ade ker???

5. Last visitor, aku dah x teringat nak snap, dah kul 10.mlm pun masa tu, mata aku dah nak tutup. Alang n famili. Umah dekat je..seberang jalan. Anak kepada kakak sepupu aku. Kira alang ni anak sedara aku la kan? n anak-anak alang plak, cucu sedara aku.

OPs.....actually sebelum semua2 yang di atas tu sampai, tetamu pertama aku ialah abang sepupu aku, abang yem n wife dah sampai sebelum solat sunat aidilfitri lagi. Tiap2 tahun kompem abang yem la yang first sampai , masa matahari baru nak terbit. Abang yem nie anak wak amat, abang sulung kepada arwah mak aku. Arwah mak aku ni anak bongsu dalam family....tu arrr sebab sepupu2 aku belah arwah mak aku semuanya hampir2 baya ayah. Anak-anak diaorang semua baya2 aku....mana yang dah kawin n beranak pinak tu...dah sah2 la anak diaorang panggil aku nek unggal! Tapi aku muda lagi la weiiiiii...oleh itu ada gak yg panggil nenek muda.....hahahahahah.


Tiada ulasan: