28 Oktober 2008

Pantun Lara

Buah langsat kuning mencelah,
Sayang senduduk berbunga pagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Hari panas mencucuk benang,
Benang menjahit baju kebaya;
Air jernih lubuknya tenang,
Jangan disangka tiada buaya.

Simpan sepatu jangan dibalut,
Simpan sahaja di dalam peti;
Bertanam tebu di bibir mulut,
Bertanam halia di dalam hati.

Anak yu mati terlentang,
Mati ditikam duri sembilang;
Pilu hati bukan kepalang,
Gunung tinggi menjadi padang.

.

25 Oktober 2008

~cuti berblog~




CUTI SAT DARI BERBLOG :
DOK PULUN WAT ASSIGNMENT AND
PREPARE FOR MY MID-TERM
EXAMINATION..huhuhuhu

Nanti lah insya'allah, selepas 10 Nov 2008 wat entry baru.....manyak nak entry nih....tapi x menyempat ler...
.

17 Oktober 2008

Klang.....sesaknya!




Beginilah keadaannya lalu lintas kat Klang sekarang ini. Dan khabarnya juga akan berterusan begini sehingga penghujung tahun.......tahun...tahun....2009. Huahuahua. Tu le pasalnya aku dah tak gemar nak turun bandar Klang lagi.Hala aku untuk membeli belah sekarang menghala ke kawasan Bukit Tinggi ataupun Pelabuhan Klang je.Nasib baik lah Giant, Tesco, malah Jusco pun ade kat Bukit Tinggi. Pelabuhan Klang....sekelompok bank semua ada. So dapatlah melarikan diri dari hiruk pikuk Bandar Klang buat waktu ini. Tapi kalau nak menghala ke Shah Alam tu kena juga lah meredah laluan yang ingin sangat dielakkan. Phening!

Gambar2 yang aku ambil ni sekitar jam 5 petang. Baru balik dari Shah Alam. Kak Noi yang drive, masa aku jadi penumpang ni la aku puas menekan punat kameraku.Hheheheheh. Temankan Kak Noi ke Quality Hotel, discuss mengenai Majlis Persaraan GB dan Jamuan Akhir Tahun sekolah aku yang akan di adakan 3 minggu lagi. Buat bayaran sekali lah kan....pastu singgah ke Nagoya mencari-cari kain ela untuk dijadikan door gift ...heheheh aku amik gambar konon nak tunjuk kat AJK yang lain....last2 singgah kat ke Klang terus terpikat satu design tu terus amik order, siap dah bayar deposit RM500!!! kuang kuang....aku xdelah amik gambonya....bukan nak buat surprise....tapi memang lupe.
Antara design pilihan kat Nagoya...


15 Oktober 2008

Gerko di Hari Raya


Jumlah tenaga pengajar 70+++, tapi kete yang ade pagi sabtu di hari raya...adakah ia membayangkan 70+++ tenaga pengajarnya...fikir2 lah sendiri....


maths club, tanda buku gerko, ahli olahraga...



ahli kelab maths yang hadir 10 org saja...huhuhuhu...yang ramai tu kelab sains daa...., pk2 yang cantik berbaju kurung bersantai dan memerhati di tingkat atas.....(pantau..pantau jgn x pantau), Cikgu nizam n pengikutnya....




Berkumpul di dataran perhimpunan, cikgu syazly n cikgu zainal berserta ahli kompang..





08 Oktober 2008

Mesej dari seorang yang bergelar teman

myspace layouts myspace layoutsmyspace layouts myspace layoutsmyspace layoutsmyspace layouts

Apabila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Apabila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Apabila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .."
myspace layouts myspace layoutsmyspace layouts myspace layoutsmyspace layoutsmyspace layouts

.

07 Oktober 2008

Riang Ria satu petang


Hai masih lagi salam lebaran untuk semua. Aku nak tunjuk muka sikitlah hari ini. saje jer melayan keboringan dan kebluran tahap gaban aku ni. Punya banyak aktiviti tapi aktiviti memblog tetap diteruskan. Assigment dah tengah2 malam nie stop arrr jap sambung sok subuh plak. Aku masih risau subjek Kajian ni...aduhai aku x tahu mana nak curi masa untuk cari bahan kat library or EPRD tu.....bila nak p....aku dah ngajar petang....nak g pagi tu rasa macam suntuk sangat. Dah la aku pandai sesangat jalan nak g nya. Phening...phening....namun suasana raya tu alhamdulillah ler masih berbaki lagi. Korang tengok jer la gambar2 yang aku snap petang selasa ni...aktiviti2 yang biasa kami buat sebelum balik. Dok bersantai2 dulu. Sepanjang Ramadhan memang aktiviti ni terhenti seketika almaklumlah masing2 nak balik cepat untuk persiapan juadah berbuka puasa n ditambah tak mahu tersangkut pada kesesakan lalu lintas....

La ni....Syawal dah mengganti tempat Ramadhan. Aktiviti berbalik kepada sediakala semula. Best betul bila dapat berkumpul semula setelah sekian lama x berjumpa. Cewwwaaahhhhh. Masing-masing tengah dok planning hujung minggu ni nak serang rumah sapa. Nak serbu ke mana...heheheh

K la now enjoy the picture ya...






06 Oktober 2008

Penggal akhir.....


Dah raya....tapi belum habis lagi. Dah jalan....tapi tak puas lagi. Hehehehehe rutin harian kembali seperti biasa. Selamat menjalankan tugas semula. Selamat menyambung kerja-kerja kita semua. Sekolah aku lagi 2 minggu dah nak final exam...so perlu segera habiskan topik supaya ade masa nak buat ulangkaji. Budak2 ni kena di'refresh' semula pelajaran2 yang dah lepas. Sempat ker nih....aduhhh....suasana raya masih ade ni payah sikit. Perbualan bebudak ni pun masih berbaur rayanya,kuih rayanya apatah lagi duit rayanya...kekekeke pepun kenalah teruskan belajar. Nasihatnya cikgu xleh lah layan sangat cerita2 raya nie. So cikgu-cikgi selamat mengajar semula. Para murid selamat belajar kembali. Exam dekat dah nie....nak turun kelas ker? nak naik kelas ker? Pikir2 ye anak2 sekalian!
.

05 Oktober 2008

Hari Raya kelima

Ya ampunnnnnn......lihatlah lenanya abang aku ni tidoq. heheheh sesubuh aku snap gambo dia lena diulit mimpi...mimpi sapa bang oiii.....awek shamelin ka....awek johor ka....awek melaka ka...????? heheheheh hanya diri dia je yang tahu. kan kan kan kakak2 ku sekalian.....kuikuikui....
Dalam kul 1200 abang aku nak balik....kete dia plak xleh nak start. Repair arrr sendiri2...bateri kong. Jumper xde....tapi dah dia pun pomen x bertauliah berjaya jugaklah hidup enjin kete....1230 abang pun gerak balik Pulau. Then kul 130 abang aku tu hantar mesej nih....

click to create your own

La....mati ker enjin. Aku ingatkan dah sampai Pulau dah. Aku jugak yang dia cari kan kan kan bang.....Ani gak yang abang mintak tolong kan....Kay arrr aku pun kuar kejap memberi sedikit pertolongan yang aku mampu....malam nanti abang ganti balik ek. Yela bang oiii. Ani jugak la kan??? kan??? heheheheh




Kat Port Klang ler ni.....berhampiran 7 eleven + McDonalds ...hehehheheh. Abang aku kata, "untung la Abang Sam , dapat bateri baru". Aku kata, "kete abang sam, abang bawak jalan sapa suh....ler nanti kelim je la ngan bang sam...x pun separuh2 ker....". Kan? Abang tanggung sorang mana boleh. hehehehhe. "Tu ler...abang pun pk nak separuh2 la ni..". kata abang aku tu balik. Heheheheh tula...Ani dah kata, moto elok2 xde rosak xnak bawak. Gatai nak bawak kete....kan dah kuar lebih budget.....kuikuikui..."Oh...perli abang la tu ek...perli...perli lah....xpe...". Abang aku kata lagi. Aku gelak jer la....

Siap semua. Kete pun dah pasang bateri baru. Abang tanya nak minum ker makan ker? Ermmm aku pk tak payah la....dah lepas2 raya ni , abang aku tu aku tahu sangat2 dah budget dia camner. Tu pun masa kat umah aku tadi cakap minggu depan nak g Johor. Boleh pulak ek...? Erm raya awek johor la tuh.....kuang kuang....(aku jerit nie...) Akak shamelin.....akak melaka.......abang ayol dah raya umah akak2 semua ker ????? Kahkahkahkah.....!!!!!Aku tak sabo tunggu sapa ler yang jadi juara. Hadiah utama....cincin kawin la kan? heheheh.

Dah settle semuanya...aku pun segera pulang ke rumah. Yelah ayah pun dok sorang2.Terus call abang...aikkk tak dapat??? Sah kompem la dia off nie. Tu ler susah hidup awek keliling pinggang nie tau kengkawan. Tapi x lama kendian mesej dari abang aku masuk.....



click to create your own

Ye iyelah....sapa lagi nak tolong abang kan??? Ani jugak kan kan kan?Tak kisah la abang oiii...selagi mampu aku tolong aku tolong. selagi daya aku x kedekut dan takkan khianat sedara sendiri...Insya'allah. Aku sayang keluarga aku. Thats d most important kan? SELAMAT RAYA SEMUA....

p/s : Lagu ni untuk abang ayoL...


Cuba - Faizal Tahir


Ha ini tamu aku malam raya kelima ni, Abang Atan n his wife Kak Ina. Deme dok menetap kat Kampung Idaman. Abang Atan ni abang sepupu aku gak la. Anak kepada wak Damiri aku. Meh tengok apa aktiviti abang atan bila saje datang umah aku nih.....


Hheehhehe tgk gambo kat atas tuh....nie la dia antara aktiviti walaupun bukan selalu tapi biasa yang dilakukan oleh abang ku yang sorang ini. Actually anak2 buah ayah ni memang biasa dah ngan aktiviti cenggini. selain bang atan, sepupu lain yang kadangkala melakukan aktiviti yang serupa ini ialah kak sue....hehheeh adik bang atan. Deme berdua ni memang rapat ngan ayah pun. Tu la x kisah tu. hehehehe . Bik June n Man Juli pun biasa gak buat aktiviti yang serupa ini. hehehehe. Sambil nyelam minum air gitu. Tak kisahlah asalkan hubungan kekeluargaan dapat dieratkan.




.