
15 Disember 2008
Ole-ole daripada KB

14 Disember 2008
Puisi Indah
Bukan juga api pelita
13 Disember 2008
Teman baik & Jantung hati
Actually, ziarah eeeda kali ini ziarah berhajat. Berhajat menambahkan ilmu dalam dunia blog. Hehehe aku la insan terpilih untuk menjadi pembimbingnya. Terima kasih yea teman kerana menghargai kebolehanku yang tidak seberapa ini. Sikit-sikit tu pandailah, bolehlah....tidaklah sehebat pakar-pakar blogger yang lebih berpengetahuan.
Okaylah, Eeeda ni sebenarnya baru sahaja 'merdeka'...exam OUMnya tamat semalam. Itu yang berkobar-kobar terus ke Klang, nak buat laman rumah yang baru..penuh kehijauan dibuatnya. Boleh saja melihat laman baru rumahnya di sini. Ada juga ilmu-ilmu mendekorasi koleksi gambar yang dipelajari semalam. Sebab dalam jangkaan aku Eeeda akan sampai tengahari, aku masak la sikit-sikit untuk menjamu eeeda dengan makan tengahari.
Antara menu simple yang aku sediakan, ikan pari masak asam pedas, sayur campur dan telur dadar. Tu..ada gambar, untuk hiasan post kali ini hehehehe. Jam 12.30 dah siap semua. Tapi kerana gila nak berblog...kami hanya menjamahnya sekitar jam 3.00 petang! Wakakakakkkkak.
Selesai, sambung berblog lagi sehingga lewat petang kami ke pasar malam pula. Tiada gambar, sebab lupa lah pula nak membawa kamera. Hp pun tinggal!....Dah tu sambung lagi. Jam 10.30 malam barulah berehat laptop aku nih. Jam 11.00 eeeda balik ke Sg Buloh. Ajak tidur di rumah aku dia menolak. Katanya ada banyak perkara yang perlu dilakukan pada hari ini. So cukup 12 jam aku menghabiskan masa bersama teman baik aku,eeeda dan jantung hati aku, ftec laptop. Hheheheh gilor!!!
11 Disember 2008
Hari Keputeraan Sultan Selangor

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJIBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJD.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,D.K.(Perlis).,D.K.(NegeriSembilan).,D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah.
Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 24 Disember 1945. Pada September 1960 ketika Baginda berusia 15 tahun, Baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor. Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli sebagai Raja Muda ke 8 telah diadakan pada tahun 1970 di Istana Alam Shah.
Baginda telah dikurniakan dengan dua orang Puteri iaitu Y.A.M Tengku Zerafina dan Y.A.M Tengku Zatashah, dan seorang Putera, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor.
Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Muda, Kuala Lumpur dan St.John Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959. Pada tahun 1960, Baginda melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 dan meneruskan pelajaran Baginda di England hingga ke tahun 1968. Pada tahun yang sama Baginda kembali ke tanah air dan berkhidmat di dalam Pentadbiran Kerajaan di mana perkhidmatan pertama Baginda di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Baginda juga pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur yang membolehkan Baginda memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang begitu kuas di dalam bidang pentadbiran.
Baginda telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja pada 23 Februari hingga 20 September 1969 semasa Paduka Ayahanda Baginda berangkat ke England. Baginda telah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor dari masa ke semasa, dari tahun 1972 hingga tahun 1997. Pada 24 April 1999, Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor sekali lagi apabila Paduka Ayahanda Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11.
Baginda telah membuat beberapa lawatan rasmi ke Daerah-daerah untuk melihat pembangunan dan juga masalah-masalah setempat yang dihadapi oleh rakyat Baginda dan beramah mesra dengan mereka. Baginda juga telah beberapa kali merasmikan Mesyuarat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1972, 1974, 1989, 1997, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004 dan 2005.
Baginda telah dianugerahkan Darjah Kerabat (Yang Amat Dihormati) Selangor pada tahun 1973 dan Darjah Kebesaran Pertama, Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada tahun 1975. Baginda juga telah dianugerahkan Darjah-Darjah Kerabat dari Negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Kedah.
Baginda adalah pemegang pertama Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang Baginda zahirkan pada tahun 2002. Baginda telah dianugerahkan Darjah Kebesaran-Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Pertabalan dan Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 8 Mac 2003.
Dalam bidang ketenteraan, Baginda telah ditauliahkan sebagai Mejar Kehormat Tentera Darat (Wataniah) Malaysia pada tahun 1974 dan Komander Kehormat Sukarelawan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia.
Baginda amat berminat di dalam aktiviti sukan termasuk sukan lasak seperti mendaki gunung, memandu kereta antik jarak jauh dan belayar mengelilingi dunia dengan kapal S.Y.JUGRA. Baginda mendapat pengiktirafan sebagai Putera Inspirasi dan banyak lagi pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Baginda berkaitan dengan "maritime". Baginda dilantik sebagai Penaung kepada Persatuan-Persatuan Sukan dan Seni.
Hobi Baginda adalah membaca, belayar, fotografi, mengumpul setem serta sampul surat Hari Pertama, mengumpul "vintage cars" dan mengumpul senjata tradisi orang-orang Melayu. Pada 9 November 1998, Baginda telah berjaya melancarkan buku pertama Baginda iaitu "Peking to Paris". Pada tahun 1976, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Member Of The Philatelic Society" di Malaysia. Yayasan Antarabangsa Rotary telah menganugerahkan "Paul Harris Fellow" kepada Baginda. Pada tahun 1998, Baginda telah menerima anugerah tertinggi dari Persatuan Pengakap Malaysia iaitu "Pingat Semangat Padi". Pada tahun 1989, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Life Commodore" oleh Pelayaran Diraja Selangor "Royal Selangor Yacht Club". Baginda berminat di dalam bidang seni dan telah mengumpul banyak lukisan-lukisan tempatan dan Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Galeri Shah Alam pada tahun 1991. Pada tahun yang sama juga Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan. Pada 11 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Fellow of The Chartered Institute Of Transport". Pada 25 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Pro Canselor" UiTM dan pada 31 Mac 2001, Baginda telah dianugerahkan Darjah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam. Pada 1 April 2002 Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Putra Malaysia.
Pencapaian tertinggi di dalam kegiatan sukan lasak ialah apabila nama Baginda telah terukir di dalam "Malaysia Book of Records" sebagai "The First To Sail Around The World" dan "The First To Complete Peking-Paris Motor Challenge"pada tahun 1998.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah seorang insan yang peka di dalam perkembangan semasa. Baginda selalu memberi idea yang bernas di dalam mengatasi masalah-masalah kemanusiaan. Di dalam bidang agama pula Baginda sering bertitah di masjid-masjid menasihatkan rakyat jelata agar benar-benar mengikut ajaran Islam dengan penuh keyakinan. Baginda adalah seorang Raja yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kemajuan rakyat Baginda dalam semua bidang termasuklah ekonomi, sosial dan alam sekitar.
p/s: Aku amik petikan ni dari sini.
10 Disember 2008
Persediaan belanjawan 2009
Saja ke sekolah pagi tadi. Nak photocopy slip gaji september. Slip aku yang asal dah msplace dah. Tu ar pasal , nak jadi penyebab aku g sekolah. Kalau tidak mungkin 30/12/08 tu baru nak jejak kaki.kekekekek. Aku sampai pejabat kosong je. Yang ada, Ila, Pn. Tee dan Kak Jun. Ita, cuti bersalin....dapat baby boy last friday. Tahniah ye Ita. Dua dah anaknya. Huhuhuu Ita ni dulu satu sekolah menengah ngan aku nih. Tak sangka leh satu tempat keje ngan dia.....cuma jawatan je lain. hehehehe. Kak Yan ngan Nora...cuti satu minggu. Cuti Raya Haji ler....maklumlah dua2 tu orang pantai timur kan....balik raya kat Terengganu le. Kak Jesmani plak...amik cuti sebulan. Pergggghhh kumpul cuti amik sebulan terus ...nak cuti sesama cikgu cikgi gak hahahahah.So aku ni jenis kalau dah ke sekolah x reti nak duk 5-10 minit jer....kompem berjam jadiknya walaupun niat asal nak kejap je. Ntahla nape leh jadi macam tu. Tak tahu plak aku. Aku sampai sekolah 1030. Kuar pagar sekolah 1150. Buat apa??? erm...tu ar asalnya cuma nak salinan slip gaji september jer...but at last, aku tgk surat2 yang berlambak. borak2 ngan Ila, makan kuih....Pn Nor Rizan bawak. Belek itu belek ini. Tgk pic kat atas tu...ha there our buku ringkasan mengajar untuk tahun depan. Colour purple plak. Hehehehe cantik plaknya aku nengok. Dah colour favourite aku, memang lah nampak cantik di mata ku...kuikuikui. And of course aku tgk sekali yuran sekolah untuk tahun depan sekali.
Oleh kerana tahun depan jawatanku tetap sebagai guru tahun 2 (aku dah pegang jawatan ni lama dah. 2009 adalah tahun ke-10). So aku senaraikan tahun 2 je la yea.
Tahun 2
Yuran sekolah = RM30.50
Bayaran Pakaian Sukan ( tidak wajib )
Itu bab yuran sekolah.....hehehhe nak balik tu Ila bagi kat aku jadual pembayaran gaji 2009 plak . hehhehe uiks....cepatnya dia dapat salinan tu kan....almaklumlah, gaji.
Jan - 19.01.09 - Isnin
So....u all selamat mengira dan membuat budget. ahahhahaha
Oh ya....hari dapat tahu juga Cikgu Kamal dapat bertukar ke Kuala Selangor, SJKC....tambah sorang lagi yang keluar dari Sktp nih....huhuuhuhuhu. Antara yang dapat bertukar
1. En. Kamal Bahrin Jemahadi - Kuala Selangor
2. En. Muhammad Sahizan Samion - Melaka
3. Pn. Noor Sazila Md Desa - Sarawak
4. Pn. Naida Nganro - Sabah
5. Pn. Raja Rosnah Raja Zainan - Kapar
6. Pn. Koh - Kuala Lumpur
7.
8.
yang kosong-kosong tu aku lupa lah pulak.....huhhuhuhuu tu belum masuk cikgu2 yang buat rayuan pertukaran lagi tu...huuuwaaaaa.
.
Lumrah kehidupan
p/s : mula nak emo bila dah xde wat pe2 nih!arrgghhhhh.
.
08 Disember 2008
Saat Aidiladha tiba
Aku buat pagi tadi ni. Leh la buat makan untuk satu hari. hehehehhe I made it yesterday. Kegemaran ayah. Buat semalam buh dalam peti ais. Sedap makan sejuk2. Sejuk tekak.... Ha yang ni, aku beli je kat pasar...kuikuikui KD kegemaran ayah juga. Tat Nanas tu mine...:-DBuat kudap-kudapan di petang raya.
.: Lontong :.
.: Bubur Sum Sum :.
.: Kuih Denderam & Tat Nanas :.
TQ Keluarga Bahagia
07 Disember 2008
Kawan baru,kad dan duit raya


Lebaran lagi..Aidiladha
Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua rakan-rakan sekalian. p/s : gambar rumah tu gambar hiasan semata2 , bukan rumah den yea...hehehehe.
Kad kuning nie daripada kak yong linda....TQ VERY2 MUCH KAK YONG yea......SLMT HARI RAYA.

.
.
05 Disember 2008
Leka hingga Luka
Kelmarin aku macam biasa membersihkan dapur. Sapu, lap siap mop lantai hampir setiap hari. Sambil-sambil tu bagi keluar peluh nak fit konon-kononnya. Selesai di dapur, berali
h ke bilik, ruang tamu dan ruang tengah. Memang berpeluh. Usai segalanya, saat membersihkan diri lah pula. Rumah dah cantik bersih,kalau tuan rumah sebaliknya..uhhh tak sesuailah. Sementara tunggu masa untuk jadi chef pula....aku luangkan waktu membaca buku yang dah ku beli beberapa hari yang lalu, tapi tak abis-abis lagiku membacanya...kalau novel cinta paling lama pun 2 hari dah katam.heheheh boleh pulak ek?Bum, sebab keletihan aku membaca dengan bertemankan bantal di kepala. Tu la pasal tak abis-abis membacanya kot.Bantal jadi teman. Tetiba terlihat ada kesan darah di helaian buku yang ku baca....ada darah? Em...aku cari-cari rupanya darah tu dari jari hantu tangan kanan aku. Baru lah nak terasa pedihnya. Dah macam-macam kerja dibuat, waktu santai baru perasan...Leka benar buat kerjanya.Hehehehhe. Ntah dari mana dapat lukanya aku pun tak tau...tau-tau berdarah je. Sikit je la. So aku pun x heran biarkan saja ia kering sendiri. Tanpa di letak minyak gamat mahupun di balut kain atau dililit handyplus.
Semalam, aku ulangi rutin kelmarin. Dapurku tetap ku pastikan bersih. Maklumlah jika tidak mak Tie dan mak Mut pasti datang menziarah. heheheh Usai segalanya, Jari telunjuk tangan yang sama pula rasa berdenyut-denyut. Aku lihat. Ada luka lagi, kali ini lebih dalam dan pedih. Denyut sakitnya sampai satu hari. Tapi masih aku biarkan seperti semalam. Mungkin kerana luka kecil. Tapi sakitnya boleh tahan juga. Merungut juga lah dalam hati. Lepas adu jugalah ke telinga ayah.
Dua kali luka di jari tanpa disedari. Leka hingga Luka. Itu fizikal kita. Sedar atau tidak sebenarnya hati kita juga pernah mengalami situasi begitu. Leka hingga Luka. Kita sering ketawa,walhal hati muram durja. Kita kata tak ada apa-apa, sebaliknya hati derita. Pernah? Tak kiralah siapa yang melukai...kekadang tanpa kita sedari.Mungkin keluarga sendiri,anak,isteri,suami, kawan dan sahabat taulan. Tapi kerana dah terlalu biasa maka kita tak ambil kisah pun. Walaupun sebenarnya kita dah terluka...walau untuk sesaat.
Manusia , insan biasa memang selalu leka hingga luka tanpa disedari. Namun tiada apa yang kita buat agar tidak dilukai lagi. Walhal kita boleh buat sesuatu, kita ada akal, kita ada mulut...tuhan dah beri. Tapi kita tak berapa nak hargai. Atau mungkin tak tahu bagaimana nak buat supaya ia berfungsi? Atau tak tahu bagaimana dan dari mana datangnya luka? dari diri kita sendiri atau dari 'sesuatu' yang membuatkan kita luka? p/s : kalau sesuatu itu sudah tersurat dalam takdir kita...suatu saat pasti kita perlu lalui juga.
.
.
Kancil buat hal lagi
Aku : Qusy, ko kat ner? kg ke?
Qusy : Ha'ah kat kg. nape?
Aku : Aku lock kete ngan alarm. alarm problem ni.
Qusy : Ko pi tuka alarm kete ko. Pas2 mesti elok punya.
Aku : Ek? kalau bukan pasal bateri alarm. Ada sebab lain tak yang boleh menyebabkan situasi ni?
Qusy : Alarm ko rosak. tapi bateri alarm ko je kot.
Aku : Nanti aku try.
Aku pun pegi la jalan kaki g cari and beli bateri alarm kancil aku tu. Sempat juga la singgah badurun beli majalah dan lauk pauk sekali. Sebab dah xde mood nak masak serta penyakit M dah menyerang.hehehehhe. Jalan kaki je tu.
Aku : Oit, aku dah tuko bateri. tapi xde perubahan pun?
Qusy : Alarm ko rosak. So cabut speaker alarm kat depan. Dkt enjin. N cabut fius alarm.
Aku : hahahahah masalah utamanya aku x tahu n x kenal item2 tu semua! but anyway...tq 4 all the nasihat.
Aku try tanya ustaz anuar plak yang ada guna kancil la kan. Tanya dia kat mana semua2 item2 tu. Tau ustaz jawab pe? hehehehe
Ustaz : buka bonet. terus nampak speaker tu.fius kancil bawah stereng kalau tak silap.
Aku : Ha, ustaz tahu, meh la tolong akak...
Ustaz : cabut bateri skrang. buat je tak meletup la.tgk fius kat bawah tu.kotak kat stereng. cabut ja.
p/s : nak tanya pendapat pembaca. sorang budak memang x kenal buah2an tempatan.kita suruh budak yang belum dikenalkan mana satu dokong mana satu langsat....supaya dia amik dokong. dua2 buah bercampur aduk dalam satu bakul. ada pulak tersesat buah ciku dan mata kucing 5-6 biji. agak2 buah apa yang dicapai?
hehehehhehe
.
04 Disember 2008
Warna-warna pelangi
Tu la...orang sambung belajar ikut sama sambung belajar. Eh...bagus apa, seperti yang aku dengar slot pagi daripada Ustazah Salbiah Omar...kita kena cemburu dengan hal-hal kebaikan. Kira betullah tu kan....orang lain sambung belajar, aku pun sambung belajar jugaklah. Cuma yang tak betulnya cara kita menghadapi sesuatu masalah sehingga mempengaruhi pembelajaran yang sedang berlangsung itu jer....iye salah aku juga. Mana tidak terlampau mengikut perasaan hampa kecewa. Tapi ...aku kan cuma manusia biasa tentulah ada silap salah. Aku guru, guru juga insan biasa....aku cukup tak puas hati kalau ada manusia-manusia yang berpendapat...eh cikgu mana boleh buat salah?...eeeee panas jer....
Disember dah sampai. Sikit hari lagi Januari 2009 pula. Okay aku nak mula langkah. Langkah mencari warna-warna pelangi yang terselindung disebalik kehampaan.

Aku renung,aku tenung
Aku nampak air mata
Aku lihat muram durja
Aku pandang kelam duka
Aku toleh di sana
Aku dengar gelak tawa
Aku nampak sinar cahaya
Aku lihat ada pintu bahagia
Aku fikir aku amati
Kenapa aku di sini
Kenapa mesti kaku berdiri
Di tempat yang mati
Okay aku berkeputusan
Akan mula bergerak
Akan membuat langkah
Mendekati cahaya berwarna
Yang terang
Yang cantik
Yang berseri
Yang wangi
Cahaya yang penuh warna warni
Ya...warna warna indah pelangi
Ada banyak pintu lain untukku jejaki
Tak perlu tercegat di pintu yang terkunci
.
02 Disember 2008
Aleeee.....lamanya.
.



