cari id yes guru sktp

15 Mei 2011

Ini baru betul.... kisah Hari Guru yang bakal tiba

Minggu yang agak sibuk saya kira. Hari Jumaat guru-guru di sekolah saya sudah memulakan persiapan untuk menyambut hari istimewa kami yang bergelar 'cikgu'! Kali ini saya ditugaskan untuk menyiapkan backdrop. Dan saya sangat beruntung berada di bawah Ustazah Aziah! Heheheh sebab beliau seorang yang sungguh kreatif dan sangat best apabila bekerja dibawah seliaan beliau. Chewwahhhh....boleh dapat hadiah hari guru tak k Aziah? dan kepada beliau juga saya pertanggungjawabkan untuk menyiapkan barang-barang hantaran kahwin saya merangkap dekorasi meja makan adab2 nanti.

Ok berbalik kisah hari guru. Oleh kerana masa yang sudah singkat kerja-kerja xdpt nak siapkan pada hari Jumaat. Maka....di sambung ke hari Sabtu. Huhuhuhu tapi saya tak dapat nak tolong hari Sabtu tu...coz saya menemankan en. tunang menghadiri majlis kahwin sepupunya di KKB. Dan itulah masanya pun yang boleh saya curi untuk pra perkenalan dengan adik-beradik dan saudara mara en. tunang yang sempat dan dapat saya jumpa. Hehehehe....:-).

Maka hari Ahad saya kenalah tolong apa yang tak siap untuk persiapan Hari Guru tu. Dan kebetulan backdrop pun x sempat diaorang nak siapkan hari Sabtu tu.Latihan nyanyian k Malina dah jalankan pada hari Khamis lagi....latihan wajib tiap tahun....dengar dan nyanyi lagu tema. Dan supaya senang nak dengar saya pasang lagu tema hari guru " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" sebagai lagu latar blog saya. U all boleh dengar tak? Hahahaha kalau yang sedang baca entry ni adalah seorang cikgu...jom nyanyi sama!

 Opsss....hadiah untuk hari guru pun baru hari ni saya cari. Tiap-tiap tahun ada acara tukar2 hadiah dengan rakan guru. Dan siap cabut nama sapa.....surprise!!!! Nah cikgu...selamat hari guru! Hadiah saya tak seberapa....harap2 cikgu boleh terima. Saya dapat daripada cikgu sapa ye......???? hehehehe.



Tak sabar pulak nak tunggu hari esok. To all Malaysian's teachers.......
SELAMAT HARI GURU, CIKGU!


6 ulasan:

arboqskii berkata...

selamat hari guru

nyanyisunyi berkata...

teringat2 zaman jadi cikgu dulu..sebab akak guru perempuan dn paling muda (18tahun)masa tu banyaklah hadiah akak dpt...Selamat Hari Guru buat semua guru..

~Insan Biasa~ berkata...

arboqskii....terima kasih dan selamat hari guru untuk kamu juga.

~Insan Biasa~ berkata...

nyanyisunyi....hehehe best kan dapat banyak hadiah....comel2 je semua. Saya dah puas dah dapat hadiah....tapi betullah hadiah paling best ialah apabila anak murid dapat result yang baik!kan?

IMANSHAH berkata...

Selamat hari guru bakal pengantin

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih banyak2 cikgu iman yang berdedikasi!...statement iman buat i malu jek la....hihihihi