cari id yes guru sktp

17 April 2011

Saya LUPA DIRI!

Kepenatan. Post ini niatnya ditulis semalam. Tapi hari ini baru berkesempatan. Meluah rasa kepada En. Tunang melalui telefon rasa tidak puas. Langsung saya balik ke rumah makcik saya di Jenjarom mengadu. Mengada-ngada ke saya pergi mengadu ni? Lantak la orang fikir apa. Janji saya dapat melegakan hati dan tidak pendam dihati hingga membawa kepada penyakit gila?? Chhoooiiiii!!!

Sok...sek...sok...sek...di dapur pengantin bersama dengan salah seorang ahli keluarganya. Just two of us. Menyediakan salad untuk hidangan pengantin. Tukang campurkan aje. Menoleh kiri kanan depan belakang sebelum memulakan bicara. Yelah orang kata cakap siang pandang-pandang eh?

"errkkk...kak..hari tu si polan bagitau kitaorang, lepas akak ada en. tunang akak dah LUPA DIRI...."
Gulp...gulp...aku telan air liur dulu. Mahu saja campuran salad tu aku campur garam dan kicap pekat! Bagi lebih rasa. Baru 1 bulan lebih aku bertunang dah dikata begitu. Kot lepas kahwin nanti apa pula ya? Bercerita dengan en. tunang responnya " herm...abang tahu dah sapa yang cakap tu...kenapa dia macam tu ye?"  Huhuhuu. Dugaan kot. Nak cemburu? Dia juga yang mahu saya bertunang dan mempunyai hubungan dengan en. tunang saya . Dan sekarang ada sahaja yang tidak kena dan memburuk-burukkan pua saya dan en. tunang saya. Kenapa?  Atau perlukah kami buat sidang akhbar dan hebah-hebahkan bahawasanya yang memperkenalkan kami hingga kami bertunang adalah hasil usaha dia dan silalah beri penghargaan dan penghormatan kepadanya. Dan kami wajib mengunjunginya setiap hari! Begitukah caranya baru dikatakan tidak LUPA DIRI?!

Saya seorang perempuan yang mempunyai kerjaya. Dan kerjaya saya itulah antara periuk nasi saya. Andai saya bekerja sambil lewa akan mewahkah rezeki untuk saya? Jika saya papa adakah dia akan menyara hidup saya?Saya pasti jawapan dia..."dah ada suami ...suamilah tanggung.." ...kesimppulannya tidak ada salahnya saya lebihkan en. tunang saya kerana dialah bakal suami saya yang akan menanggung saya kan? LUPA DIRI kah saya hanya kerana saya sudah tidak lepak-lepak, shopping-shopping, duduk-duduk bersembang kosong dan bermalam di rumahnya?

Separuh hari saya adalah untuk kerjaya saya. Separuh hari lagi adalah untuk menjaga rumah saya sendiri. Persiapan perkahwinan walaupun ramai yang membantu, tunjangnya adalah diri saya sendiri. Waktu bila saya keluar mencari barang-barang yang diperlukan untuk hari indah saya? Tentu sahaja pada waktu saya berada diluar waktu bertugas saya sehari2. Dan waktu bila pula saya menyiapkan barang-barang keperluan tersebut? Tentu sahaja pada waktu senggang saya malam hari. Ha...bila pula waktu yang saya guna untuk persiapan mengajar saya? Selain di sekolah pastinya waktu pagi sebelum saya ke sekolah. Itu pun masih tak siap-siap lagi kerana di selang selikan dengan aktiviti persiapan kahwin saya yang cuma berbaki 2 bulan setengah saja lagi! Cuba anda congak-congak.....masa saya untuk berlepak-lepak, bersembang kosong, hanya akan melambatkan lagi persiapan saya kan? Salahkah saya jika sekadar mengunjungi dia seminggu atau dua minggu sekali. LUPA DIRI kah saya????

Wow dengan dia...saya tidak akan LUPA DIRI. Takkan saya nak  LUPA... banyak cantik. Kecuali dia sengaja nak buat saya menyampah dan melupakan dia dan seterusnya melupakan HAK SAYA yang dia pinjam???? NO! Selagi hayat saya ada. Selagi hayat dan kudrat dia masih Allah anugerahkan padanya, selagi hayat dan kudrat bujang-bujangnya dipanjangkan Allah, jangan harap saya akan melupakan dan jangan harap saya akan menghalalkan! Tenung dan renung .....sayakah yang LUPA DIRI atau sengaja dia memutarkan cerita supaya nampak sayalah yang JAHAT dan mereka sekeluarga adalah yang MULIA? 

Yo.....apakah hutang dan budi yang dia beri pada saya sehingga saya dikatakan LUPA DIRI? Sila semak semula segala harta-harta yang kamu miliki sekarang datangnya dari mana??? Siapa manusia yang menjadi perantaranya??? WWahhhhh kalau saya senaraikan memang akan nampak saya yang bongkak dan berkira.....maka baru itu benar dikatakan LUPA DIRI. Nak saya ungkit ke???

3 ulasan:

IMANSHAH berkata...

wohoho, jagan lupa diri..jangan lupa Allah..sabo je lah ya

puteri berkata...

sayang anak tinggal2kan, sayang tuuut...pinjam2kan..sayang tuuut..manja2kan....akhirnya jangan sayang lagi

k sal berkata...

BENCI BENCI BENCI JAHATNYA MEREKA..... MEREKA-MEREKA YG LUPA ALLAH ITU ADA......JIKA BRPELUANG 1 HARI NANTI BERSEMUKA LAH DENGAN MEREKA-MEREKA ITU BAGI MELERAIKAN KEKUSUTAN AGAR BIAR TERLERAI TAPI MUNGKINKAH.....