cari id yes guru sktp

14 April 2011

Pantomin Hati

Aku perlu melepaskannya segera. Di sini! Atau titisan air mata ini mengalir di hadapan rakan sekerja. Aku terasa seperti hati ini yang pernah terluka kembali terhiris dan titisan darah hati itu mula basah kembali.
Temanku,
Aku minta maaf jika kali ini aku kurang menyokong mu. Namun aku mahu kau tahu kau masih lagi teman terbaik yang pernah aku miliki. Kau masih temanku yang aku sayangi. Kau masih lagi aku perlukan untuk menjalani hari-hari depanku.
Temanku,
Aku minta maaf cuma satu perkara ini aku tidak dapat untuk bersamamu. Untuk membenarkan tindakanmu. Namun doa ku sentiasa ada untuk kamu. Jika keputusanmu itu memberikan kebahagiaan untuk dirimu, mana mungkin aku akan menyekat kebahagiaan seorang teman yang aku kasihi? kan.... Dan untuk itu aku berharap keputusanmu itu tidak akan menghadiahkan rasa perit dan derita kepada hati mana-mana insan yang terlibat secara langsung dalam keputusan yang bakal kau tetapkan. Untuk jangka masa yang panjang. Ok Sayang?
Temanku,
Aku tidak akan berkecil hati sedikit pun jika kamu mengenepikan aku untuk turut serta dalam keputusanmu. Sebab , untuk hal-hal yang seangkatan ini aku akui aku tidak akan mampu untuk mengawal perasaan aku. Dan demi persahabatan kita adalah amat baik jika kita tidak bercerita tentang keputusanmu ini saat kita bersama. Aku tidak pernah akan tersenyum ikhlas mengenainya...ok?

2 ulasan:

eeeda berkata...

Aku tak salahkan kau kalau tak boleh terima keputusan aku...
Tapi temanku, aku nak kau tahu yang aku telalu mencintainya... aku pun tak tahu kenapa begitu berat dugaan yang terpaksa aku lalui...

Mencintai seorang lelaki yang aku sangat hormati..

IMANSHAH berkata...

urm semoga selamat semuanya