cari id yes guru sktp

03 April 2011

Gigih


Gigih. Ye perkataan itu perlu sentiasa ada selama 3 bulan ini. Untuk menyiapkan ini.Seribu dua ratus batang!




Dan untuk itu aku memerlukan batang lidi ini seribu dua ratus batang.

Bunga putih 1200 x 3 = 3600 kuntum.
Satu box begini banyaknya.

Dan aku ada ini.... tiga box .huhhuhuhu jenuh nak melilit kan?

Manik hijau ini juga 1200 x 3 = 3600
(erkkk penjodoh bilangan yang sesuai....batangkah??)
kantoi cgu BM. hihihi

Dan kain organza pulak 3 set setiap batang ,
so 1200 x 3 = 3600 set ikatan organza ini.

Daun  3 helai x 1200 = 3600 helai diperlukan.

Reben satu batang memerlukan 2 ikat reben hijau dan 2 ikat reben putih. bermakna 4 set reben sebatang.
Maka aku memerlukan 1200 x 4 = 4800 set ikatan reben.
Perrghhh....

Reben hiasan beserta juraian manik 1200 set la kan....

Dan sudah semestinya dawai serta pelilit perlu dan wajib ada secukupnya.

Adoiiii......sekarang yang sudah siap....cuma  84  batang je daripada 1200 batang yang diperlukan!
Any Volunteer????? hahahha GIGIH ya harus GIGIH!



Tiada ulasan: