28 April 2011

Fobia

 
Di alam pertunangan dan saya ada fobia tersendiri apabila berada di alam ini. Fobia nihhhh!!!!

20 April 2011

Saya juga?

Saya juga yang di cari......bukan ke saya ni dah LUPA DIRI. Tapi orang yang dah LUPA DIRI ni juga la tempat dilonggokkan masalah! Maaf. Saya LUPA DIRI. So rasanya saya tak ingat dan tak tahu macam mana nak membantu. Saya cuma ingat......ALLAH. Dan saya cuma tahu minta pada ALLAH untuk membuat penghakiman yang sewajarnya . Itu sahaja.

Saya LUPA DIRI. Tapi pada orang yang LUPA DIRI ni lah tempat mengadu nasib. Pada orang yang LUPA DIRI ni lah tempat mendapatkan jalan. Tapi minta maaf, sebab saya LUPA DIRI , maka jalan yang ada cuma jalan mati!

Maaf untuk n3 kali ini, jika Angah, Ann dan Ap membaca ini. Saya memang sangat-sangat berkecil hati dengan tuduhan-tuduhan sedemikian. Along? Hidup lagi ke? Berlagak! Sangat berlagak lagi bongkak! Pencuri, pendusta , penyamun! Ntah Iblis mana yang merasuk sanggup dia hidup dengan menipu . Herm.....banggalah sangat. Pelakon terhebat di pentas dunia. Kalah sam . Muahahahahaha! Saya tidak tahu apa akan jadi pada Along. Hidup berdiri ditemani sumpahan ramai orang. Aduhhhhh. Saya tak tahu nak 'padan muka' kan atau nak kesian!  Sorry la saya dah LUPA DIRI menulis n3 ini.Cabar saya? Baiklah.... tunggu seminggu dua lagi saya bertindak! AWAS!!

Menyesal pulak Sabtu lepas tak bertindak. Konon nak jaga air muka dia.....Haih poooodaaahhh!!!
Astagfirullahal'azim.......syuh syuh syuh.....jauhkan dia ni dari hati saya!!! .....syuh syuh syuh.....Istighfar banyak-banyak wahai hati.

Astagfirullahal'azim.....
Astagfirullahal'azim......
Astagfirullahal'azim......
Astagfirullahal'azim.....
Astagfirullahal'azim......
Astagfirullahal'azim......
Astagfirullahal'azim......


.

19 April 2011

Masihkah ada syurga ?

Keislamannya saya rasakan kerana jatuh cinta kepada manusia. Bukan jatuh cinta kepada Islam itu sendiri.
Kesanggupannya menukar pegangan hidup masih diragui. Semoga Tuhan akan terus memberikan cahaya Islam kepadanya. Siapalah saya untuk membuat suatu penilaian yang besar impaknya kelak kan? Huh saya gerun sekali membicarakan persoalan yang begini berat.

Namun terlintas juga difikiran ini, masihkah ada syurga jika dia sanggup mengenepikan keluarganya sendiri demi cinta kepada manusia lalu menukarkan agamanya hanya disebabkan cintanya itu. Masihkah ada syurga jika penderhakaan itu berlaku kepada ibu kandung dan ibu mertua? Bukankah kedua-dua ibu itu mempunyai taraf yang sama? Dikatakan Syurga di telapak kaki ibu kan? Okay...bagi seorang perempuan, setelah berkahwin maka suamilah syurganya. Persoalannya kini, mampukah suami yang dipilih itu memimpin ke jalan yang menuju syurga? Syurga duniawi mungkin.....bagaimana syurga ukhrawi? Jika dia jelas-jelas menderhakai ibu kandungnya sendiri?Kamu yakinkah dia mampu memimpin mu ke jalan syurga ukhrawi yang kekal abadi? Renungkan.

Duniaku sudah lengkap kini. Pastikah pengucapanmu itu??? Hanya dengan memiliki cinta manusia dan kamu membicarakan duniamu sudah lengkap? Bagaimana jika suatu hari kelak cinta manusia itu di tarik balik? Cinta manusia itu bukankah suatu perasaan yang juga dipinjamkan kepada kita? Setakat manakah cintamu itu jika tunjang cinta Illahi tiada dihatimu?

Allahuakbar. Semoga Allah melindungi saya daripada kemungkaran lidah dan hati. Masih lagi saya berdoa dan berharap  daripada Yang Berkuasa untuk membuat penghakiman dan balasan ke atas apa juga bentuk penganiayaan yang berlaku. Semoga  Allah terus memberikan saya sifat sabar dan redha yang berganda-ganda untuk menghadapi musang-musang yang berbulu ayam.

~bermenung seketika~

17 April 2011

Saya LUPA DIRI!

Kepenatan. Post ini niatnya ditulis semalam. Tapi hari ini baru berkesempatan. Meluah rasa kepada En. Tunang melalui telefon rasa tidak puas. Langsung saya balik ke rumah makcik saya di Jenjarom mengadu. Mengada-ngada ke saya pergi mengadu ni? Lantak la orang fikir apa. Janji saya dapat melegakan hati dan tidak pendam dihati hingga membawa kepada penyakit gila?? Chhoooiiiii!!!

Sok...sek...sok...sek...di dapur pengantin bersama dengan salah seorang ahli keluarganya. Just two of us. Menyediakan salad untuk hidangan pengantin. Tukang campurkan aje. Menoleh kiri kanan depan belakang sebelum memulakan bicara. Yelah orang kata cakap siang pandang-pandang eh?

"errkkk...kak..hari tu si polan bagitau kitaorang, lepas akak ada en. tunang akak dah LUPA DIRI...."
Gulp...gulp...aku telan air liur dulu. Mahu saja campuran salad tu aku campur garam dan kicap pekat! Bagi lebih rasa. Baru 1 bulan lebih aku bertunang dah dikata begitu. Kot lepas kahwin nanti apa pula ya? Bercerita dengan en. tunang responnya " herm...abang tahu dah sapa yang cakap tu...kenapa dia macam tu ye?"  Huhuhuu. Dugaan kot. Nak cemburu? Dia juga yang mahu saya bertunang dan mempunyai hubungan dengan en. tunang saya . Dan sekarang ada sahaja yang tidak kena dan memburuk-burukkan pua saya dan en. tunang saya. Kenapa?  Atau perlukah kami buat sidang akhbar dan hebah-hebahkan bahawasanya yang memperkenalkan kami hingga kami bertunang adalah hasil usaha dia dan silalah beri penghargaan dan penghormatan kepadanya. Dan kami wajib mengunjunginya setiap hari! Begitukah caranya baru dikatakan tidak LUPA DIRI?!

Saya seorang perempuan yang mempunyai kerjaya. Dan kerjaya saya itulah antara periuk nasi saya. Andai saya bekerja sambil lewa akan mewahkah rezeki untuk saya? Jika saya papa adakah dia akan menyara hidup saya?Saya pasti jawapan dia..."dah ada suami ...suamilah tanggung.." ...kesimppulannya tidak ada salahnya saya lebihkan en. tunang saya kerana dialah bakal suami saya yang akan menanggung saya kan? LUPA DIRI kah saya hanya kerana saya sudah tidak lepak-lepak, shopping-shopping, duduk-duduk bersembang kosong dan bermalam di rumahnya?

Separuh hari saya adalah untuk kerjaya saya. Separuh hari lagi adalah untuk menjaga rumah saya sendiri. Persiapan perkahwinan walaupun ramai yang membantu, tunjangnya adalah diri saya sendiri. Waktu bila saya keluar mencari barang-barang yang diperlukan untuk hari indah saya? Tentu sahaja pada waktu saya berada diluar waktu bertugas saya sehari2. Dan waktu bila pula saya menyiapkan barang-barang keperluan tersebut? Tentu sahaja pada waktu senggang saya malam hari. Ha...bila pula waktu yang saya guna untuk persiapan mengajar saya? Selain di sekolah pastinya waktu pagi sebelum saya ke sekolah. Itu pun masih tak siap-siap lagi kerana di selang selikan dengan aktiviti persiapan kahwin saya yang cuma berbaki 2 bulan setengah saja lagi! Cuba anda congak-congak.....masa saya untuk berlepak-lepak, bersembang kosong, hanya akan melambatkan lagi persiapan saya kan? Salahkah saya jika sekadar mengunjungi dia seminggu atau dua minggu sekali. LUPA DIRI kah saya????

Wow dengan dia...saya tidak akan LUPA DIRI. Takkan saya nak  LUPA... banyak cantik. Kecuali dia sengaja nak buat saya menyampah dan melupakan dia dan seterusnya melupakan HAK SAYA yang dia pinjam???? NO! Selagi hayat saya ada. Selagi hayat dan kudrat dia masih Allah anugerahkan padanya, selagi hayat dan kudrat bujang-bujangnya dipanjangkan Allah, jangan harap saya akan melupakan dan jangan harap saya akan menghalalkan! Tenung dan renung .....sayakah yang LUPA DIRI atau sengaja dia memutarkan cerita supaya nampak sayalah yang JAHAT dan mereka sekeluarga adalah yang MULIA? 

Yo.....apakah hutang dan budi yang dia beri pada saya sehingga saya dikatakan LUPA DIRI? Sila semak semula segala harta-harta yang kamu miliki sekarang datangnya dari mana??? Siapa manusia yang menjadi perantaranya??? WWahhhhh kalau saya senaraikan memang akan nampak saya yang bongkak dan berkira.....maka baru itu benar dikatakan LUPA DIRI. Nak saya ungkit ke???

16 April 2011

Jahatkan saya ni...

 SELAMAT PENGANTIN BARU untuk ADIKku..Fahmy


Macam dah tak mampu kot nak menahan rasa....
Tengok...tengok...
  • Kebaya Songket
  • Tradisional Jawa
  • Persalinan Tun Teja
  • Gaun Malam
  • Cantik Pelamin Raja Sehari
  • Acara menitik Inai
  • 2 Hari 1 Malam
  • Hantaran 7 berbalas 9
Sendiri kiralah berapa belanjanya......kurang daripada 10K?  Takdenya....mahu lebeh.
Ada pulak erkkkk......Takpe....Aku serah pada yang Berkuasa untuk membuat penghakiman!
Hishhhh.....Jahat kan saya...??? Tapi kalau u all tahu siatuasi saya.....tentu u all tidak akan salahkan saya yang nampak macam Jahat dalam penulisan kali ini! Setakat janji - janji nak beri semula milik saya, selepas majlis.....saya tidak pegang pada janji itu. Sebab ....boleh percaya ke? Maaf.....Kepercayaan itu telah HILANG! LENYAP!

So peringatan kepada mereka-mereka yang di luar sana, jaga baik-baik kalau saya beri kepercayaan saya kepada kalian. Sekali sahaja kepercayaan itu di salah gunakan dan direntap....maka anda TIDAK AKAN memiliki kembali kepercayaan yang telah HILANG itu.Awas!!! Peringatan ini adalah peringatan yang SERIUS dan BENAR. Inilah saya!

Kehadiran saya sekadar untuk ........ apa ek??? Mungkin untuk mengelak daripada diri saya menjadi bahan bualan sebagai
'tidak sudi'.....
'sengaja tak datang sebab.....dot...dot...dot'....
(sebab saya pernah dikatakan 'tergila-gilakan'....) oh tolonglah......saya tidak mahu fitnah itu berulang lagi. Malang sekali kerana En. Tunang tidak menemani saya untuk berada di majlis ini. Pada saya adanya dia maka dia seperti penyelamat keadaan. Tapi rupanya tuhan mahu saya menghadapinya sendiri. Perrghhhh lebih malang lagi, senyum saya pada malam ini adalah TIDAK IKHLAS. Dan saya rasa orang yang telah kehilangan rasa percaya daripada saya dapat mengenali senyuman saya itu.  Ha...memang saya mahu dia tahu.

Nampak KAYA tapi sebenarnya TIDAK ADA APA-APA.
Orang yang tidak tahu pasti tergamam dengan kehebatan dan kemewahan yang ditonjolkan. Kasihan. Tipah Tertipu.
Tengok.....Tengok......Jahatkan saya?? Mood saya memang tidak berapa baik sejak April ini. Minta maaf kali ini anda melihat diri saya dalam side yang Tidak Baik. Side yang BURUK. Bolehkah anda menerima baik buruk diri saya? Boleh? Terima kasih kerana menerimanya dan saya kira bolehlah masukkan anda dalam friendlist saya. Tidak Boleh? Keputusan milik anda. Saya tidak akan memaksa anda untuk menerima saya.

Saya lebih teruja dan sejuk hati setelah berjumpa dan berkenalan dengan seseorang dalam majlis ini.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cute kan.....ahli baru
Tiba dengan selamat di dunia pada 8.4.2011 (Jumaat)
Nasib baik Adam ade...sejuk sikit hati nenek ni yang panas bila tengok muka poyo 
Pak Long & Pak Cu Adam kat bawah tu....
Kesian Mak Adam baru seminggu bersalinkan Adam dah kena jalan jauh
Esok Adam dah kene balik Melaka.
Besar esok jadi budak dengar kata ya Adam.
Jadi anak yang tidak susahkan orang tua ya Adam.
Jadi Abang Long yang boleh dicontohi adik-adik Adam kelak ya.
Jangan ikut perangai Pak Long!

14 April 2011

Pantomin Hati

Aku perlu melepaskannya segera. Di sini! Atau titisan air mata ini mengalir di hadapan rakan sekerja. Aku terasa seperti hati ini yang pernah terluka kembali terhiris dan titisan darah hati itu mula basah kembali.
Temanku,
Aku minta maaf jika kali ini aku kurang menyokong mu. Namun aku mahu kau tahu kau masih lagi teman terbaik yang pernah aku miliki. Kau masih temanku yang aku sayangi. Kau masih lagi aku perlukan untuk menjalani hari-hari depanku.
Temanku,
Aku minta maaf cuma satu perkara ini aku tidak dapat untuk bersamamu. Untuk membenarkan tindakanmu. Namun doa ku sentiasa ada untuk kamu. Jika keputusanmu itu memberikan kebahagiaan untuk dirimu, mana mungkin aku akan menyekat kebahagiaan seorang teman yang aku kasihi? kan.... Dan untuk itu aku berharap keputusanmu itu tidak akan menghadiahkan rasa perit dan derita kepada hati mana-mana insan yang terlibat secara langsung dalam keputusan yang bakal kau tetapkan. Untuk jangka masa yang panjang. Ok Sayang?
Temanku,
Aku tidak akan berkecil hati sedikit pun jika kamu mengenepikan aku untuk turut serta dalam keputusanmu. Sebab , untuk hal-hal yang seangkatan ini aku akui aku tidak akan mampu untuk mengawal perasaan aku. Dan demi persahabatan kita adalah amat baik jika kita tidak bercerita tentang keputusanmu ini saat kita bersama. Aku tidak pernah akan tersenyum ikhlas mengenainya...ok?

03 April 2011

Kisah cinta hujung minggu

Aku boring hujung minggu ni. Zihah balik kampung. Emmy pulak ada event birthday party anak buah dia. Aku jugak la terkontang-kanting . Duduk salah. Baring salah. Tidur salah. Nonton pun x kena. Haih! Warrghhhh boring bersebab beb.....sebab cancel temujanji ngan abang sayang. Frust tul. Hilang mood hujung minggu aku. Dah lah semua geng xde ni. Totally free tau hari nie. hikhikhik....

Sayang aku tu yang buat janji then dia jugak yang cancelkan. Tu la......bangun lambat lagi! Orang dah bangkitkan kul 10 tadi. Dah pesan bangun terus.....x ikut nape??? Kan dah lajak !!! Eeeeeeee frust tau. Kena tunggu 2 minggu lagi plak.  Abang nie.....

Tapi (nak  tenang-tenangkan hati sendiri).....aku redha la jugak. Get ready jugak untuk pembatalan itew sebenarnya. Coz sayang aku tu baru habis kerja shif malam. Kalau malam dah berjaga sampai pagi. Maka alwajibulngunnah la siang dia bayar qada' tidur je kan...kan.... tapi tu la camne nak ubah satu sikap aku ni....kalau dah tetap kata tibe2 kata batal, tak jadi, terlupa.....susah nak terima. Tu rasa nak marah pun ye....nak-nak kalau aku memang sangat-sangat suka dengan perkara yang dijanjikan tu.

Aku tengah semangat ni nak tunjuk nak cerita benda-benda yang aku dah siapkan......tetiba cancel?? Salah ke kalau mood aku tetiba out? kan...kan...Kalau aku g kuar ni ...utk lepaskan rasa hati...kompem itu aku nak makan...ini aku nak makan.....itu nak beli...ini nak beli.....haiyaaaa......istighfar beb! ngeh...ngeh.....actually menulis dan luah kat blog ni pun boleh dah cool down aku punya hot !! eerkkk...salah satu sebab kenapa aku tulis blog! Smile again! Hehehehehe....TQ Tinta Semalam! Macam-macam cerita hati ada!  Smile...smile.....and laugh! LOL....I mad with you dear but I still love you la Sayang. Hehehhee.

opssss....ada owang pm kat fb ajak jenjalan. layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!! sian plak minah tu dah banyak kali try pujuk aku (nak tebus rasa kebersalahan lalu kot! )ngehngehngeh. Outzzzzzz ya!

Cissss hancussss.....tak sampai beberapa minit....nak kuar ngan minah yang pm kat fb pun dibatalkan!!!! memang tak best kalau buat deal dengan minah ni! bueeekkkk.....hampeh tul. Buat bunga telur aku lagi bagus lah......

Gigih


Gigih. Ye perkataan itu perlu sentiasa ada selama 3 bulan ini. Untuk menyiapkan ini.Seribu dua ratus batang!




Dan untuk itu aku memerlukan batang lidi ini seribu dua ratus batang.

Bunga putih 1200 x 3 = 3600 kuntum.
Satu box begini banyaknya.

Dan aku ada ini.... tiga box .huhhuhuhu jenuh nak melilit kan?

Manik hijau ini juga 1200 x 3 = 3600
(erkkk penjodoh bilangan yang sesuai....batangkah??)
kantoi cgu BM. hihihi

Dan kain organza pulak 3 set setiap batang ,
so 1200 x 3 = 3600 set ikatan organza ini.

Daun  3 helai x 1200 = 3600 helai diperlukan.

Reben satu batang memerlukan 2 ikat reben hijau dan 2 ikat reben putih. bermakna 4 set reben sebatang.
Maka aku memerlukan 1200 x 4 = 4800 set ikatan reben.
Perrghhh....

Reben hiasan beserta juraian manik 1200 set la kan....

Dan sudah semestinya dawai serta pelilit perlu dan wajib ada secukupnya.

Adoiiii......sekarang yang sudah siap....cuma  84  batang je daripada 1200 batang yang diperlukan!
Any Volunteer????? hahahha GIGIH ya harus GIGIH!