cari id yes guru sktp

06 Julai 2010

Usah berkecil hati untuk perkara yang remeh. Biaq p la!!

Sangat tertarik hati dengan tajuk sebuah entri yang berbunyi begini ---> Teruskan senyuman. Usah berkecil hati untuk perkara remeh, kawanku. Aku jumpa entri ini di blog WATER LILI. Apabila diamati, kata-kata itu sebenarnya menyedarkan aku dengan situasi yang sedang aku alami sekarang. Huh...sungguh untuk apa kita berkecil hati kepada sebuah perkara yang remeh???? Sungguh buang masa dan menyeksakan diri sendiri. Aku terkesan dengan kata-kata yang ringkas itu. Daripada membuang masa menyeksakan hati sendiri adalah lebih baik buat sesuatu yang boleh mengembirakan hati. Lagi ada faedah....awet muda!
Kepada yang insan yang kita berkecil hati itu, abaikan sahaja. Buat-buat tak tahu. Buat-buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Lagipun bukan perkara yang terlalu besar untuk di pertikaikan. Kecil sahaja salah fahamnya. Kalu dia tidak boleh terima....biarlah. Seperti yang aku selalu pesan pada diri sendiri....yang penting, aku dah buat...aku dah cuba untuk buat yang terbaik yang termampu oleh diri sendiri. So i've done. Dia tak puas hati??? Dia patut suarakan. Dia patut beritahu apa yang betulnya...apa yang sepatutnya. So yessss....teruskan senyuman, usah berkecil hati lagi untuk perkara yang sebenarnya remah! Don't waste your time.
Masa yang ada ini sepatutnya kita guna sebaik mungkin untuk kelihatan lebih awet muda dan bahagia. Mana tahu mungkin masa yang tinggal untuk kita hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi. Semuanya adalah rahsia Allah! Akhirnya...apapun semoga Allah sentiasa melindungi aku.

2 ulasan:

ONE ZABA berkata...

tersangatlah betulnya....

a kl citizen berkata...

memang terkesan membaca entri water lily

teruskan tersenyum dan membiarkan perkara remeh berlalu