20 Julai 2010

Apa yang kamu beri , kamu akan dapat kembali...INGAT!!

Yang di sayang-sayang itulah racun. Tapi masih dikasihi. Yang dikasih-kasih itulah luka. Tapi masih dirindui. Yang di rindu-rindu itulah duri. Tapi masih di ingati. Haih.... kesabaran untuk menghadapi semuanya. Dugaan demi dugaan. Ibaratnya aku dah tak tertahan. Tapi mahu tidak mahu masih perlu diteruskan kerana itulah tuntutan. Kalau di fikir-fikir maka akan sakit kepala. Kalau di tenung-tenung boleh jadi akan kena sakit jantung. Maka tak perlu di fikir tak perlu di tenung melampau-lampau, cukup sekadarnya sahaja. Sesudah itu biarkan, jangan di layan. Always remember...what u give u get back.

Kalau kamu menyakiti orang tidak mustahil suatu hari nanti kamu disakiti.
Kalau kamu mengecewakan orang tidak mustahil suatu hari nanti kamu akan dikecewakan.
Kalau kamu tidak jujur maka tidak juga mustahil orang akan tidak jujur dengan kamu.
Kalau kamu mempermain-mainkan orang tidak mustahil suatu hari nanti kamu dipermainkan orang.
Kalau kamu mengabaikan tanggungjawabmu kepada orang lain tidak mustahil juga orang lain akan mengabaikan tanggungjawabnya kepada kamu.

Dan tidak semestinya balasan yang kamu terima itu adalah daripada orang yang sama yang kamu perlakukan sesuatu kepadanya. Melepaskan batuk di tangga. Begitukah caranya? Setiap yang di dunia adalah yatim piatu...kalaupun bukan sekarang..pasti suatu masa nanti. Aku masih bermohon kepada Allah agar sentiasa menyelamatkan aku daripada sifat yang akan membuatkan orang lain kecewa terhadapku. So sebenarnya kalau kita mahu yang baik-baik berlaku pada kita....semuanya berpunca dari diri kita sendiri kan??? Kita yang pilih untuk menerima hidup yang bagaimana. untuk mendapat hidup yang bagaimana. Akarnya adalah diri kita sendiri. Kamu akar yang mana? yang o.k atau yang k.o??

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu peringatan yg sangat baik dan berguna.....

salam berbloging