cari id yes guru sktp

27 Julai 2010

Aku dan @@@@@ ???


Hidup ni memang banyak risikonya. Hidup ni memang banyak pilihan. Dan kalau direnung aku jadi takut. Kalau difikir aku jadi gerun. Kita tentu pernah membaca ayat ini, " manusia sering terumpu hanya pada satu-satu pintu sehingga terlupa sebenarnya ada banyak lagi pintu di kiri dan kanan pintu yang kita pegun"...."kuman di seberang laut kita nampak, tapi gajah depan mata...?".perghhhh puncanya satu..kita leka.

Aku sendiri...adakah sedang leka pada satu2 perkara sehingga terlupa akan perkara2 lain? Mungkin juga.Sebab hanya melihat fokus pada yang 'itu' sahaja, pada yang 'seorang' itu sahaja. Yang ada di sia-siakan. Contoh..? dari pengalaman aku la, bila di pandang imbas peristiwa yang telah lalu. Aku ni suka leka pada kepedihan yang dialami walhal bukannya aku tidak pernah rasa kabahagiaan. Tapi aku abaikan. Pernah setia pada insan yang menyakitkan jiwa, walhal ada juga yang sudi nak beri hati suci pada aku. Tapi aku tutup hati.

Huh....tu la masalahnya terlalu leka dengan satu-satu situasi sehingga mengabaikan situasi-situasi lain yang tak patut kita abaikan. Pelik...tapi benar. Waima sekarang ni pun, adakah aku sedang pegun??? hermmm...ntah la. Aku sendiri tak pasti. Yang menariknya bukan aku seorang macam ni....hampir semua orang aku rasa. Cuma kita yang tak sedar. Tak nak mengaku? Takpe....orang yang sedang leka memang tidak akan mengaku dia sedang leka.

Hahaha satu yang pasti....ramai kenalan aku sedang leka ber'facebook'.
Dan aku rasa aku sedang leka bukan sahaja fb tapi juga leka pada @@@@@ ...herm,malu nak cakap. Shhhhhhhhh....dan aku sedang cuba untuk tidak terlalu leka pada @@@@@ sebab kalau aku leka pada @@@@@ aku yang akan sakit hati, aku yang akan makan hati, aku yang akan 'mengong'. Fuhhhh minta dijauhkan. Semoga tuhan sentiasa melindungi hati aku dari segala yang melekakan. Aminnnn. Itulah sebabnya kenapa aku tetapkan rumahku syurgaku. Supaya aku tak terlampau leka pada @@@@@. Ahakssss!!! Uiksss tapi rasa-rasa aku masih leka lah, cumanya aku sedar apa yang aku lekakan! Aku leka sorang2....Camne ni...????? Kahkahkah...aku dah bengong ker???Oh tuhan....

4 ulasan:

- jinggo - berkata...

manusia sering terumpu hanya pada satu-satu pintu sehingga terlupa sebenarnya ada banyak lagi pintu di kiri dan kanan pintu yang kita pegun...............

saya suka ayat ni

~Insan Biasa~ berkata...

herm..itulah kenyataannya wak....dan saya tak malu nak mengaku saya pun sama gak..selalu pegun pada satu pintu aje...huhuhu

ONE ZABA berkata...

paling lega kalau nampak pintu tandas time perut mulas.

~Insan Biasa~ berkata...

hahahaha...pintu temuduga?