07 Februari 2009

Meh sini...cuba teka!


Kasut. Di sekolah aku, selepas 10 tahun aku berada di sini. Kini baru sibuk nak tukar style dalam berkasut nie. Kalau selama nie, kasut yang biasa kami guna adalah kasut bertumit yang tak tutup penuh. Kira kalau tak jari kaki yang terdedah...tumitlah yang terdedah. Kira kasut 'halal haram' kot....hehehe. Tapi sekarang dah ade emak. Semua dah tuko dah. Masing-masing diminta cari kasut yang menutup corak2 yang kelihatan kat tumit tu la. Aku susah hati tul. Sebab, rata-rata kedai kasut yang aku g yang ade saiz aku semuanya style 'halal haram' tu la. Nak cari yang tutup penuh....maaakkk aaaiii jenuh. Masuk je...kalau ade yang berkenan kat hari....amoi aaa bagi saya saiz paling kecik aaa....maka amoi tu pun ngan bersusah payah masuk stor...panjat tangga untuk dapatkan saiz paling kecik....kira the smallest size la....okay, awak cube...hampeh! size paling kecik '4' tu pun beso bila sarung kat kaki aku nie.....ampunnnnn! Aku sarung sedikit sebanyak....lebih kurang jadiklah macam gambar kat atas nu....hehhehe xdelah longgar cenggitu sekali . Tapi tetap longgar.

So...hari ini atas informasi dari seorang kawan aku g pkns shah alam...kawan tu kata kedai tu leh tempah kasut ikut saiz kaki...aku pun mencarilah kedai kasut Chali nie,kat tingkat 2. Jumpa. dan oleh kerana boleh tempah ikut kaki sendiri. Aku dengan seronoknya melihat2 style2 kasut yang ada...cuba tengok ukur kaki.....hahahahha korang cuba teka berapa saiz kaki aku nih? So uncle, bila boleh siap? Siap kasut uncle telepon awak la....apa nombor? Deposit 30 arrr...orait uncle, tq. Ok u all yang membaca.....meh la teka berapa saiz kasut yang aku tempah tu.....jawapan aku bagitau bila kasut tu dah siap kay! Hadiah....erm....apa ya....teka dulu! hehehhe.

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena;
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina.

11 ulasan:

ONE ZABA berkata...

buai laju-laju,
sampai cucur atap;
apa dalam baju,
malu nak cakap.

aku kira saiz ko tu lebih kecil daripada anak aku yang duk tingkatan 2 tetapi lebih besar daripada yang duk dlm darjah 2 tu kut.

Hazlin Nazri berkata...

size 7. ha..ha dapat hadiah...

Bapak berkata...

kalau size 4 pun longgar, mesti size kasut anis kecil dari tu, bapak teka 3. tul tak?

mohd nor a.k.a saintis berkata...

3 setengah

pusat berkata...

4 juga.. sebab special order... heheheh

SRISUFI berkata...

salam sis...

hehehehehe

jawapannya...saiz 4 .hehehe...mesti akak comey kan...

naz ilyn berkata...

salam...

rasanya saiz 4 dah kecil tu... kalau saiz tiga mesti orangnya kecil molek... betul tak

~Insan Biasa~ berkata...

hehehe...kita sama2 nantikan...sape yang kena.....

uncle kedai kasut lum call lagi le...ahaks!

Hazlin Nazri berkata...

cepatla call uncle kedai tu :)

Cik Nooriah bt Mamat berkata...

Boleh x u bg no.phone uncle tu sbb kaki sy pun sgt kecil ..call sy sng..0129670302 cok nooriah

~Insan Biasa~ berkata...

alahai cik nooriah..dah...berzaman x simpan dah no uncle tu...sekarang pakai kasut halal haram balik....bezanya dah berstoking je ......huhuhu

tapi...rasanya kedai kasut charlie tu masih wujud kat pkns shah alam tu..

cuba2 lah skodeng time2 nak menyopping raya nnt ye...