cari id yes guru sktp

16 Februari 2009

Sepasang mata ~Insan Biasa~

Ini sepasang mata milik seorang ~Insan Biasa~. Yang kanan ok. Yang kiri tak ok. HuhuhuuuIssskk.....sungguh tak selesa. Ada yang tidak kena dengan mata aku, dua tiga hari ini. Kelip mata terasa sakit. Gosok mata, lagi la rasa sakitnya. Kenapa pulak dengan mata kiri aku ni, gosok kuat bebeno ke? Aku kalau dah gatai mata...gosok tak hengat dunia. Wakakakkak. Aku belek-belek mata kiri aku. Tengok ....okay ja. Mata putih yang tak berapa nak putih, memang begitulah dia. Orang sakit mata, merah matanya.....kan? Nak kata ada ketumbit ke nak kuar...pun takde juga. Aku selak2 mata aku....oh, baru aku perasaan di situ merahnya...kalau tak selak memang tak nampak....oh mata kiriku.....aku pun tak tahu kenapa. Terasa macam berdouble je di bawah mata kiriku. Belum pergi tanya doktor lagi......

Orang mengail laut Melaka,
Dapat seekor ikan tenggiri;
Janganlah suka bermain mata,
Takut nanti jatuh ke hati.

6 ulasan:

ONE ZABA berkata...

Apa guna pasang pelita,
Jika tidak dengan sumbunya;
Apa guna bermain mata,
Jika tidak dengan sungguhnya.

Lenggang lenguk di tengah kota,
Singgah Makan berulam bendi;
Manakan tidak merahnya mata,
Akibat mengintai orang mandi.

pusat berkata...

skodeng ek.... ekekeke

~Insan Biasa~ berkata...

wei..korang2 semua. Aku tak buat la koje2 camtu....huhuhuuhu...

-SRISUFI- berkata...

salam akak

sakit maata eh?
semoga cecepat sembuh

=)

take care akak

arryani berkata...

Ikan Tenggiri didalam pinggan
Untuk hidangan emak dan ayah
Tak boleh main mata sebarangan
Takut nanti, ada yang marah...

eeeda berkata...

Mungkin ko nak tengok sesuatu...yang istemewa kot....
yang mengembirakan