28 Februari 2009

Aku Jatuh Cinta....ahaks!

TIGA.....Akhirnya...kini pasti ku merasai....hehehe. Inilah kasut yang aku tempah awal bulan hari tu. Huhuhuhu kasut bertali. Kalau boleh tak mahu tali tu...rasa leceh je kan. Tapi dah peraturan di sekolah begitu...maka.....ehemmm! Asalnya nak kasut sarung ngan design depan macam dalam gambar tu jugak. Tapi dah acuannya takde, terpaksalah tukar style tali. Acuan kasut sarung untuk saiz aku .... iaitu 3....ekekekkek tak ade! Whatever pun aku sangat suka kasut ini. Kasut pertama yang aku tempah . Masa tempah yang style sarung tu aku mintak warna hitam. Then , kali kedua mungkin sebab kecewa sikit kerana tak dapat kasut sarung tu....so tukar tali and warnanya aku biarkan puteri yang pilih. Warna apa put? Put pilihkanlah untuk akak! Dan warna yang korang lihat dalam gambar itulah warna pilihan Puteri. hehehhe TQ Put....lawa pulak pabila dah siap kasutnya. Akak pun dah jatuh cinta ngan kasut nih....erkkkk jatuh cinta???!
Bak bait lagu nyanyian Anita Sarawak....

"Akhirnya kini pasti
Ku merasai cinta nan suci

Bahagia pabila ku bersama

Sungguh indahnya

Hadir dirinya suatu kurnia

Daku gembira… auw !
"

Wakakakkak.....pasni berangan nak jatuh cinta dengan seseorang pulak la!
Gulpppp.....meroyan ke hapa aku nih???

Pengajaran yang aku pelajari. Aku nak kasut sarung tapi dapat kasut tali. Aku fikir aku akan seronok dapat kasut sarung. Ngeh..ngeh...dapat kasut tali dengan warna yang bukan pilihan aku...aku masih boleh rasa seronok. Tengok je kasut tu...rasanya lagi cantik kasut yang bukan menjadi pilihan utama aku. Rasanya aku lagi seronok dengan kasut ini.

Harapan yang ada dalam hati. Aku mahu dia tapi dia rupanya tidak ditakdirkan untuk aku. Aku fikir aku akan menjadi insan paling bahagia kalau dapat dia. Ngeh..ngeh...aku perlu redha dengan takdir yang aku akan dapat bukan dia. Aku perlu redha , yang aku akan lebih bahagia dengan orang yang bukan dia. Dan akan berganda-ganda bahagia dengan orang yang mungkin asalnya tidak menjadi pilihan utama aku suatu waktu dulu. Rasanya aku akan lagi seronok dengan ???? masih lagi tanda tanya! Hehehhee ntah.....manalah aku tahu!

Kisah aku dan kasut vs kisah aku dan cinta-perkaitannya....sama tapi tak serupa. Okey?

Sarat bermuat dari seberang,
Patah tiang kayu kelat;
Adakah kucing cintakan musang,
Ayam terbang tikus melompat.

27 Februari 2009

'Hari itu' .....Redahhhhhh



'Hari itu' datang lagi....kerana 'hari itu' aku dah mula jadi pengampu buku-buku. 'Hari itu' punya pasal, segala buku aku selongkar. Buku U untuk U. Buku S untuk S. U dan S sama-sama penting. Kesimpulan mudah, buku-buku itu penting. Hehehhehe U dan S stand for what ek??? Simple jer....

Pada aku,

U stand for Universiti - Aku dah mula taksub menjadi pengampu kepada buku-buku OUM aku. Ekekekek dengan dua sebab utama.
Satu : Peperiksaan Pertengahan Semester semakin menghampiri. 6 Mac....dekat dah tarikh tu kan? Aku perlu lakukan yang terbaik yang termampu aku lakukan untuk exam yang akan berlangsung selama satu jam aje....walaupun tempat peperiksaan tu mengambil masa 2 jam untuk pergi dan balik. Ekekekek lagi lama duk atas jalan raya daripada duk dalam dewan peksa. Untuk masa depan yang gemilang. Yok.....kita reedaaaahhhhh!
Dua : Assignment perlu dihantar seminggu selepas peperiksaan. Ada tiga paper woooo mau disiapkan. Maka mahu atau tidak, untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pelajar jarak jauh, kenalah jadi pengampu buku-buku yang penuh dengan pelbagai nombor dan simbol-simbol. Aiiiyakkkk manyak pining woooo. Tapi, untuk menaikkan atau sekurang-kurangnya untuk mengekalkan nilai CGPA yang sedia ada tu, Yok....kita reedaaaahhhhh! Opsssss....cik Anis , ingatan untuk dirimu- make sure redah anda ada arah tuju! Wakakakakaka....redah tak berarah kang jadi parah!

S is stand for School...alah melayu cakap Sekolah. Ekekekeke. Kenapa ek kena jadi pengampu buku-buku sekolah? Simple jugak alasannya ,pun ada dua yang utama.
Satu : Dah kabo kan.....Ujian Prestasi dah abish. So secara rasminya next week, aku akan jadi guru praktikum semula di sekolah tempat aku bertugas. Dan guru bertuah yang akan menyelia dan membimbing...Puan Guru Besar yang pada aku sangatlah teliti orangnya. So mahu atau tidak aku kenalah jadi seteliti GB. Tujuannya untuk mengelakkan aku daripada menerima surat ulasan yang berjela-jela. Yeaaahhh Anis Boleh ! (kuikuikui mudah-mudahan!)
Dua : Selepas aku menanda semua kertas2 ujian prestasi murid-murid kelas aku. Aku tak tahu sebenarnya apa yang aku rasa. Sebel? Sedih? Aku rasa down seketika. Seluruh kelas gagal dalam ujian prestasi tersebut. (setakat hari ini untuk paper BM dan M3). Daripada 31 murid tu cuma 2 lulus untuk BM dan 1 lulus untuk M3 kedua2 paper lulus dengan gred C. Sangat besar tindakan yang perlu aku buat untuk meningkatkan bilangan murid lulus. Huuuhuhuhuhu . Aku nak buat apa ek???? So....teramatlah penting bagi aku untuk menjadi rapat dan lebih rapat sehingga menjadi pengampu buku-buku untuk budak-udak nie kan.....? Ah, reeeeeeeedaaaaaaaahhhhhhh!

"Hari itu"...kerananya aku reeedaaahhhh!

Rumah baru sudahlah siap,
Tapi dapurnya amat sempit;
Kuat burung kerana sayap,
Kuat ketam kerana sepit.

26 Februari 2009

Sandiwara Cinta Semusim


Bila debunga cinta
Gugur layu terkulai
Sepi menyelubungi
Hatiku yang kini melara
Pudar bersama masa
Cinta semusim kita
Yang tak bisa
Bertaut kembali

Telah aku menduga
Tiada indah mewangi
Hanya bersanding dikau
Berpura cinta dan berbudi
Bukan membalas cinta
Yang lahir dari hati
Mu yang suci
Cinta yang abadi

Oh tak ku menduga mengapa
Bisa terjadi sebegini
Ku fikir selama-lamanya
Ini cinta kita hati ke hati
Dimana janjimu katamu
Akulah milikmu abadi
Oh tak mungkin ini hanyalah
Semata-mata sandiwara

Jika itu kehendakmu
Mungkin nanti
Satu waktu
Kau kan kesal
Hingga ke akhir hayatmu

Dendangan Saleem-Iklim

22 Februari 2009

satu minggu yang "tired! sebel!"

Sepertinya minggu yang meletihkan. I'm tired! Sebel gitu....eh,eh...betul ke bahasa aku nih? belasah je ni. Hehhehehe.

1. Mesyuarat disiplin dah bermula. Bermakna akan ada mesyuarat-mesyuarat berkaitan akan menyusul. Huhuhuu....Ini pengalaman pertama terlibat secara langsung dalam disiplin sekolah. Kalau dulu apa-apa terus aku rujuk masalah disiplin pada guru disiplin. Bila dah diri sendiri jadi guru disiplin....
(errrkkk....layak ke saya?) Masih kurang keyakinan tentang itu.

2. Aktiviti disiplin yang pertama saya dan ajk disiplin yang lain kendali tahun 2009. Orientasi disiplin untuk murid-murid tahap 1. Rabu - tahun 1, Khamis - tahun 2, Jumaat - tahun 3. Masa peruntukkan 2 jam untuk setiap tahun. Huhuhuhu, setiap kami dapat 2 tajuk. Erkkkk...ini lagilah pengalaman pertama memberi taklimat kepada hampir 200 lebih murid pada setiap sesi. Mula-mula berpeluh jugaklah. heheheh Masuk hari ketiga, seronok plak....hehehe. Boleh pun bercakap.....ekekekke...Tq kepada otai2 guru disiplin yang "tunjuk ajarku sifu"...toce-toce. Otai-otai tersebut adalah........cikgu Syazly d leader, cikgu Zainal, ustaz Anwar (ni baru gak...kira dalam disiplin ni batch aku ler ni..hehehe), cikgu Malina and cikgu Zetty.

3. Aku siapkan jadual tugas kelas aku. Kalau kat kelas sebelah, cikgu dia buat kumbang. Kelas aku....aku buat rama-rama. Seronok . Sekali dah mula, tak reti nak benti. Nak siap masa tu gak. Tu dia....sedo2 siap kul 2.30 pagi. Apa taknya mula kul 10 malam. Sib baik ngajar sesi petang. Keapala dah start goyang2 kekekek. Sendiri cari pasal! Esok malamnya plak, aku buat senarai nama murid. Gambo kete...cute....almaklumlah...kelas hujung2 nie, kena ceria2 papan kenyataannya. Takkan akademik curut....maka fizikal kelas pun ikut curut....eh...takmo aku eaihhh!

3. Kepada cikgu-cikgu yang namanya di bawah seliaan guru besar, diharap dapat mula bersedia mulai sekarang! Gb akan masuk ke mana-mana kelas tanpa notis, terutama anak2 buah seliaan beliau! Huhuhuhu termasuk akulah tu. Tahun lepas aku dah senarai under Gb, tahun ini pun aku masih under Gb gak! Aishhhh....ngelat arrrr cikgu2 lain nie. Eh, tidak.....Gb akan masuk ke mana-mana kelas yang difikirkan sesuai untuk dilihat sesi p&pnya. Tiada pilih kasih. Harap maklum. Hehehhe , so start minggu selepas ujian prestasi minggu depan, semua jadi cikgu praktikum balik la. Hahahahha.

4. Assigment OUM, seminggu yang lalu...aku kata: oh, ada lagi sebulan! Pergh...seminggu telah berlalu...kini tinggai 3 minggu jek lagi. Assigment masih berpinor mata melihat, berputar otak memikir. Adehhhh. Menambah kepeningan kepalo den. Semua member yang aku ada pun sama aje keadaannya macam aku nie. Mano den nak cari member yang bersemangat buat assignment and siap 2 minggu awal nih? Tuluunnnnnn...ku kekurangan motivasi nih....hehehhehe. Seperti sumpahan tak terungkai....bersengkang mata lah gamaknya dihujung waktu.Aiseeeyyyy....What happen to you la Anissssss???

5. Ada ustazah call mintak tolong jadi fasilitator kem bestari solat (KBS) tahun 3 fasa 1. Keseluruhannya ada 4 fasa. Aturannya, mereka yang terlibat dengan KBS tak perlu terlibat dengan kegiatan ko-kurikulum sabtu depan....Uiks..itu macam aku sepatutnya tak boleh terlibat ngan KBS, coz...aku guru penasihat kelab Rukunegara. Selain aku, ustazah Aziah dan Ustaz Sabri juga. ustaz dan ustazah dah kompem2 terlibat ngan KBS. Kalau aku pun g, sapa nak jaga kelab Rukunegara? But kerana mereka amat memerlukan...aku akur la. Minggu ini KBS,minggu depan Ko-ko. So....sepertinya dua bulan aku tak berhujung minggu. Nasib baik kelas Oum takde dah bulan nie.

6. Today, aku g shah alam. Ingat tak post...saiz kasut tu? Huhuhuhu semalam ada miscall aku call balik...."oooo u ada tempah kasut ka? bila?" Bos telepon u arrr? U datang kedai aaaa ...may be kasut siap." Yeayyyyy! Ku sangka kasut siap....upe2nya kasut tak leh buat da.......WAAAAAAWAAAA baru berangan sok nak bergaya kasut baru! Kasut aku tak leh buat la....coz TAKDE ACUAN saiz yang aku tempah tuh! So....aku terpaksa terima hakikat aku sah-sah xde berjodohan dengan mana2 kasut sarung! Waaaaa....isk isk...So, aku buat tempahan kasut baru la....kasut sarung yang bertali belakang je la. Then, aku up +1 saiz kasut aku tu. Hari ini ahad.....okay Jumaat boleh siap. Kata nyonya tu. Okay....walaupun dalam hati ---kempunan aku!

7. Ayah......orang pening kepala la! "Panadol dah abis ke? "tanya ayah sambil2 rasa dahi aku. "Erm....makan la panadol....panas sikit je ni!" Hhuhuuuhu bebenonya aku TIRED! SEBEL!


8. Selingan ye selingan. Hehehe sewaktu kepanasan dan berhimpit-himpitan di tengah bandar Klang. Bersesak-sesak dengan pelbagai kenderaan. Aku sebagai driver si kancil...adehhhh lenguh dah kaki...tiba-tiba----"eh....ini Razak Mohaideen tu kan?" Aku dok leka drive nie, melilau la mata mencari empunya nama....kot ada tampal kat Iklaneka tepi jalan ka...seisi kete boleh la dok toleh kiri kanan. Aku? dalam keadaan yang sesak aku perlu fokus pada pemanduan. "Mana?"
La...sebelah kete aku jek.....aku hanya termampu melihat dengan lirikan mata je la coz tengah fokus memandu. Oit..oit amik aaa gambo! Alah saya tak bawak camera ler....kuikuikui....kalut plak cari kamera. Cam besa aku jadi penyelamat coz aku selalu ade kamera di sisi....klik!klik!....Kah kah kah......Kejo kak..kejo kak.....kat put...pergh....Mercedes Kompressor nie sesungguhnya dipandu oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen. Tak caya?....x sapa peduli! Ekekekek. Mata- mata yang berada di dalam kancil aku pasti tidak menafikannya. Sebab dorang yang jelas melihat...Ekekekek . Sorry Prof....we all semua terkezut lorrr...x dan nak lambai or bagi salam, walaupun Prof dah siap2 bukak cermin tingkap macam kami jugak.

p/s : Cari lokasi pengambaran ka? or cari pelakon tambahan? (hehehhe)

9. Selingan abish dah.......!!!!

Apa benda di tepi hutan,
Entah hantu entah syaitan;
Tak biasa ribut serta taufan,
Jangan berani belayar lautan.

18 Februari 2009

Kirana Anisa, Nur Anisah & Anisah

Kuikuikui...ini kisah rentetan dari kisah-kisah yang aku suka nak tengok coz ada 'bunyi' nama aku. Wakakakkaka...at least mereka-mereka yang menontonnya leh teringat kat aku ni. :-D. Aku amat jarang sekali ketinggalan untuk menonton drama ku milikmu tu...Malam tadi episod akhir. Happy ending yang sebak kat dada aku.huhuhuhuhu

Citra satu : Ku milikmu
Citra satu-Kirana Anisa .Watak gadis lurus bendul. Menyamar sebagai Kirana Suraya untuk menyelidik Iqbal. Terpaksa mengalah dengan Suraya dan sedar dirinya tidak layak disamping Iqbal. Dalam diam Kirana Anisa jatuh cinta pada Iqbal. Tapi tak mengaku dan menurut sahaja pada keadaan. Pelbagai dugaan dan ujian dan di akhir cerita, Iqbal sebenarnya lebih menyintai Kirana Anisa. Bukan kerana rupa paras tapi lebih kepada keikhlasan dan kejujuran serta kebaikan hati. Akhirnya Iqbal menjadi milik Kirana Anisa.

Citra dua : Menantu 3 rasa
Citra dua-Nur Anisah. Masih lagi watak seorang yang lurus bendul. Membantu majikannya Syafiq. Menyamar sebagai kekasih Syafiq selama sebulan dan tinggal bersama 3 orang ibu Syafiq. Nur Anisah juga serupa, di hadapkan dengan ujian dan dugaan sepanjang bersama ketiga-tiga ibu Syafiq. Kesabaran yang tinggi dalam melayan pelbagai kerenah si ibu, si emak dan si mama, membuatkan dalam diam Syafiq jadi jatuh hati pada Nur Anisah. Di akhir cerita, Syafiq berkeputusan melamar Nur Anisah untuk menjadi isterinya. Kira cinta tipu-tipu akhirnya jadi betul-betul. Hhehehe...Lagi kisah happy ending.

Persamaan besar dalam kedua-dua Citra - Kesabaran, Keikhlasan dan Kejujuran. Akhirnya dapat memenangi banyak hati.

Bagaimana pula kisah ~Insan Biasa~ yang satu ini ?

Citra tiga : Tinta semalam
Citra tiga-Anisah. Semoga ada kesabaran yang tinggi dalam menempuh hidup. Semoga keikhlasan sentiasa mendiami dalam hati. Semoga kejujuran menjadi teman dalam pergaulan. Semoga di akhir ceritanya juga berkesudahan Happy Ending persis citra Kirana Anisa dan Nur Anisah. Ada sesiapa yang mengenali Anisah ingin menulis Citra tiga? Hehehehhehe......Semoga segala yang "semoga" menjadi kenyataan.

Pokok rambutan tepi kolam,
Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselam nilam,
Cahaya melimpah dalam negeri.

16 Februari 2009

Sepasang mata ~Insan Biasa~

Ini sepasang mata milik seorang ~Insan Biasa~. Yang kanan ok. Yang kiri tak ok. HuhuhuuuIssskk.....sungguh tak selesa. Ada yang tidak kena dengan mata aku, dua tiga hari ini. Kelip mata terasa sakit. Gosok mata, lagi la rasa sakitnya. Kenapa pulak dengan mata kiri aku ni, gosok kuat bebeno ke? Aku kalau dah gatai mata...gosok tak hengat dunia. Wakakakkak. Aku belek-belek mata kiri aku. Tengok ....okay ja. Mata putih yang tak berapa nak putih, memang begitulah dia. Orang sakit mata, merah matanya.....kan? Nak kata ada ketumbit ke nak kuar...pun takde juga. Aku selak2 mata aku....oh, baru aku perasaan di situ merahnya...kalau tak selak memang tak nampak....oh mata kiriku.....aku pun tak tahu kenapa. Terasa macam berdouble je di bawah mata kiriku. Belum pergi tanya doktor lagi......

Orang mengail laut Melaka,
Dapat seekor ikan tenggiri;
Janganlah suka bermain mata,
Takut nanti jatuh ke hati.

14 Februari 2009

Akhirnya,surat yang kunanti..

Sudah dua minggu ni, aku asyik jeling2 kat peti surat umah aku. Aku tunggu sepucuk surat. Gelisah juga, sebab kawan-kawan lain masing-masing dah dapat surat tu. Aku je yang tak dapat-dapat. Sabtu lepas...Elys call..."nisah, kau dah dapat surat ke belum? Aku dah dapat!" Alelelele...."ha , ko dah dapat?" :-( aku lum la. Ko call diaorang ke?"
"Ha'ah , aku call....tapi xde tanya nama ke Ic ke.....and suh aku bersabar, esoknya surat sampai."
"Sampai bila tu?"
"Khamis".

So aku bermonolog dengan diri aku sendiri. Erm, okay...minggu depan surat aku kot. Aku akan tunggu seminggu ini. Kalau masih takde apa2 berita baru aku call and pergi ambil sendiri surat tu kat Putrajaya.So sejak itu, nak ke sekolah..jeling peti surat. Balik sekolah jengok peti surat. Masih tiada surat sampul kaler cekelat yang ditunggu. Setiap kali xde, aku akan kata takpe..esok ade...sampai lah dua minggu berlalu.

Hari ini sekolah ganti. Jumlah waktu mengajar 2 jam setengah je. Kelas aku, cuma ada 11 murid yang nak pandai, datang sekolah. Aktiviti bacaaan, aku ulang dan ulang minta mereka membaca suku kata yang tertera. Satu jam masa cikgu2 hari ini kemudiannya di ambil oleh si penjual kamus elektronik yang datang buat promosi kat sekolah. Satu jam akhir buat ujian diagnostik kat kelas Bersih. Kelas ni hampir semua hadir. So bolehlah buat test tuh.

Jam 4 petang kelas tamat, tamat awal kerana kelas mula seawal 12.00 tengahari. Kak Sal datang, ambil cd gambar2 sekitar hari kecemerlangan tahun sudah dari aku. Borak-borak sat...dalam jam 5 petang baru aku pulang ke rumah....rutin biasa, intai peti surat. Ada sampul kaler cekelat di tuju kan dengan nama aku....Ha...bismillah....dan AKHIRnya....kuikuikui surat aku dah sampai!......LEGA!

Surat kelulusan buat kajian di sekolah untuk melengkapkan pengajian aku kat oum aku dah terima.Tarikh surat 30 Januari 2009. Seterusnya surat susulan ke JPS pulak!....hehehhe amin...amin! Semoga semuanya lebih lancar selepas ini.


Kekati atas peti,
Anak terkukur tinggi terbang;
Dari pagi saya nanti,
Hari petang baru datang.

13 Februari 2009

Tujuh muslihat Lelaki

Menurut Gary Jackson, di dalam buku MARAH-MARAH SAYANG...ada ketika lelaki akan bertindak secara perlahan-lahan mengikut langkah-langkah yang mereka rasakan betul.

Pada ketika tertentu terutama jika hubungan sudah semakin genting mungkin lelaki akan membuat satu atau dua tindakan sahaja yang membawa ISYARAT hubungan musnah kepada perempuan.

Dan pada perempuan,satu atau dua tindakan yang dilakukan, ia cukup sebagai hukuman pancung bagi percintaan yang sudah terjalin sekian lama.

Satu...Komitmen sifar.
Waktu gila bayang, lelaki sanggup lakukan apa saja...walaupun permintaan yang tidak masuk akal. Tetapi jika hati sudah tawar,dia akan membuat gadis tertunggu-tunggu pada setiap kali janji temu.Sengaja membakar kesabaran. atau membatalkan pertemuan di saat akhir tanpa rasa bersalah, tanpa minta maaf. Seandai begini caranya nampak benar si lelaki sengaja memberi komitmen sifar. Petanda dia dah tak kuasa!
( ermmm...macam dah pernah jadi kat aku je nie....)

Dua....Muka macam ayam sakit.
Sebelum2 ni banyak gurauan,senyuman. La ni, kalau senyum macam dibuat2...atau lelaki akan beberapa kali menguap macamlah sudah mengantuk sangat. Isyarat hubungan hampir-hampir berakhir. Kaedah tunjuk muka sakit antara cara paling berhemah yang lelaki boleh lakukan untuk memutuskan hubungan. Kalau si gadis masih tak paham, lelaki akan melakukan cara lebih drastik seperti langkah tiga.
( ooooooo...patutlah muka monyok je. Mati2 ingatkan dia penat!)

Tiga....Kasih berkurang.
Kasih bersemi, makan pun nak sama2 tunggu si gadis. Hanya akan makan jika ditemani si gadis.Kasih menjauh, dah tahu si gadis mc tiga hari x bangun kerana demam pun, dia boleh buat2 tak tahu aja. Alasan, balik kampung dan kemudiannya terpaksa bekerja luar daerah. Jika dulu ke mana pergi pun si gadislah orang pertama diberitahu, tetapi sekarang tidak lagi. Malah mungkin si gadis hanya tahu setelah dia kembali! Maksud yang ingin disampaikan lelaki, faham-faham sendirilah!
( huhuhuhu....dah kena batang hidung, baru aku paham!)

Empat....Tiba-tiba pelupa.
Mekarnya cinta....setiap birthday, dialah yang pertama wish. Apa-apa perancangan dia juga lah tukang mengingatkan. Cinta layu....ada saja alasannya..sibuklah, tak sempat belilah, beli hadiah membazirlah. Eh, ye ke? lupa lah.....lelaki akan buat-buat lupa. Seribu satu alasan diberikan untuk memberi ISYARAT YANG SANGAT KERAS kepada gadis bahawa dia sudah bosan sebenarnya.
( nak nangis rasa bila dia cuma memberi alasan, terlupa!)

Lima....Takut berkahwin.
Inilah antara alasan si dia yang amat mengejutkan gadis. Sebelum ini beberapa kali lelaki memberi bayangan membina kehidupan berkeluarga bersama.Pernah bertanya berapa agak2 wang hantaran perlu disediakan. Dan amat membingungkan gadis, tiba-tiba lelaki seperti berdolak dalih. Apabila ditanya secara berdepan2, dengan selamba menjawab, dia sebenarnya tidak bersedia lagi. Konon2nya belum puas menikmati zaman solonya.
( aku- wawaaaaarrggh...awal tahun aku tanya dia, tau2 hujung tahun dah tunang ngan org lain!)

Enam....Asyik membangkang.
Segala-gala yang dibuat oleh gadis akan dibangkang oleh lelaki. Sesungguhnya, segala kasih sayang telah hilang. Segala kemanjaan yang dahulu dilihat terpancar pada wajah gadis berubah kebencian di mata lelaki. Hubungan yang retak hanya menunggu masa untuk lebur!
(ishhhh....aku semakin faham. Sekarang, dah lebur!)

Tujuh....Tubuh bagai berkata.
Kata orang kalau kita sayang seseorang akan terserlah pada wajah dan tindak tanduk. Semua tampak jernih dan bercahaya. Begitu jugalah sebaliknya. Biarpun bibir tidak melafazkannya, namun gerak geri kita tidak mampu membohongi orang yang memandang.Mata memandang sekilas. Berbicara boleh dibilang perkataan yang terzahir. Nampak tidak selesa dan risau. Bersembang tergagap-gagap.Suara mendatar.
(terimbas kat minda aku.....kak sazila pernah kata kat aku..."betullah, dulu akak tengok muka dia lain, apesal tadi muka dia macam tak bermaya je...?" sob sob sob....orang yang bukan awek dia pun leh perasan! )

Memanglah orang kata breaking up is hard to do! Lelaki adakalanya terlalu berdolak dalih. Apabila ditanya apakah mereka benar2 mahukan perpisahan itu, mereka katakan ia bukan kehendak dirinya! Cakap belit2 dan masalah yang satu tetap tidak selesai! Sebenarnya berterus terang dan memberitahu secara jujur adalah jalan penyelesaian yang terbaik.Biarpun pahit, namun ia lebih bagus daripada dua hati terus tersiksa.
(aku kata, lelaki sengaja begitu supaya perempuan akan berkeputusan memutuskan hubungan ....so kelak dia boleh kata "bukan abg yang putuskan hubungan tu....")

Tujuh fasa yang aku dah lalui...pergghhh pengalaman. Dan kini ia menjadi pengajaran dalam hidup. Untuk hidup seterusnya, kalau dah nampak fasa satu. Aku dah boleh siap2kan diri. Supaya tak perlu melalui fasa-fasa yang seterusnya!
Kepada yang sedang berkasih sayang....semoga kasih sayang itu sentiasa hangat , mekar dan sentiasa wangi walaupun ada-ada masanya ditiup angin kencang!

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi;
Cantik tidak setara mana,
Kasih tersangkut di dalam hati.

11 Februari 2009

Kami yang bernama Anis....hehe

"Cikgu....cikgu....saat nak keluar dari kelas hormat, sorang budak cute (aku panggil budak cute-di saat menulis ni nama dia x appear2 kat pala otak aku nie). Hehehe . Budak cute tu kata,
"cikgu, jomla pergi kelas kita sekarang...."..aisey, bukan aku taknak pergi...memang nak pergi tapi belum berkesempatan je.
"ha...tak bolehla sekarang. Cikgu baru abis meeting nie. Baru nak masuk kelas....kesian adik-adik awak kat hormat. Nanti cikgu datang yea.." hehehhe alasan supaya deme tak pikir aku takmo datang kelas diaorang. Semalam lagi aku dah dapat jemputan. Diaorang nak sambut birthday cikgu diaorang. Cikgu Zetty. Hehhee bila aku tanya Zetty, dia macam tak tau apa2 je. So aku diamkan aje la, tak nak rosakkan perancangan budak2 cute tu. Then, pas aku bagi kerja kat budak2 hormat. Aku pergi la kat kelas budak cute tadi. Heheheh actually naik tangga depan kelas aku tu je. Kelas diaorang atas kelas aku. Pergghhh...sampai2 deme betui punya party. Sape la punya idea nih ntah. Aku sampai,ni la cikgu2 yang dah mai, yang di jemput budak2 cute tu....Kek....huhuhuhu tu ha dah tinggal sepotong! Air? Abisla cikgu...tadi ade. Ekekekek majlis ringkas yang okey....
Cikgu Zetty. Hari ni pakai baju kaler cekelat. Ntah Nisah..aku memang tak tahu. Hehehhe....tu yang aku tanya ko semalam...OOOOOoooo ni kira ko bersubahat la ngan diaorang nie. Heheheh lagi sekali aku tegaskan bukan subahat, cuba takmo rosakkan plan deme nak buat ko kembang hati jek! Anyway...Hepi besday! Pssst...bila nak ade isi nih? kuikuikui.... banyak hadiah ko dapek yo....lum hari cikgu lagi tuh....wakakakaka

.: ini dia --> Besday teacher :.

Then......Anis! Ecemen....nama panggilan dia sama ngan nama aku plak ...budak nih. Cumanya dia ni berdaulat sikit kot., Coz nama budak baju kaler pengawas nih...Raja Anis. Hehehhe meh sini Cikgu Anis nak amik gambar awak. Alah.....cikgu, tak nak lah....tak mo...ekekekke aku petik jugak....klik..klik...tengok je la tersipu2 malu. Cikgu Nani yang sedang menikmati sepotong kek, menyampuk....cikgu tau kenapa Anis tak nak amik gambar....sebab takde gigi! Ekekekke lagi dak Anis nie tersipu2....Siapa Raja Anis yang pakai baju kurung biru nih?Ha...ni la pencetus idea nak buat party tuk Cikgu Zetty dia..... Thank you Anis! Hehehehhe tq kat Cikgu Anis plak coz buat n3 nih.....Kita sama2 ummmphhhh kan Anis! Wakakakakakka k......

Pic Cikgu Anis xde sebab dok leka klik gambo orang, lupa gambo sendirik. Bukan sebab takde gigi tau! Hahahahha So...inilah kami yang bernama Anis wish to Cikgu Zetty once again, HAPPY BIRTHDAY!

Layang-layang terbang melayang,
Marilah hinggap di pohon jati;
Sayang sayang kasihku sayang,
Kami bermohon sekeping hati.

10 Permata Idaman Lelaki

Mari kita nilai diri kita sendiri, apakah salah satu kriteria ini ada pada diri kita-seorang perempuan.

Permata 10 : Boleh bersendiri
  • tidak memerlukan kehadiran kekasih 24 jam.
  • mampu menyelesaikan masalah walaupun penuh rintangan serta tidak bergantung harap pada lelaki.
  • mampu bergembira dan melalui kehidupan dengan TENANG ketika berjauhan daripada kekasih dengan hati masih merinduinya
Permata 9 : Bijaksana
  • perempuan yang bijak tidak membosankan lelaki
  • lelaki yang JUJUR mampu mencari keikhlasan hati kekasihnya melalui sinar mata yang terpancar.
  • Jika hubungan yang terjalin berasaskan harta benda, perempuan tidak mampu menyorokkan perasaan lahapnya pada pandangan mata.
Permata 8 : Sensual
  • lelaki sudah tentu memilih perempuan yang mampu membuat dia 'turn on'.
  • sensual seseorang perempuan mampu tercetus dengan lenggok berbicara atau manja gelaknya.
  • perempuan harus mencari di mana letaknya sensual diri dan menggilapnya supaya menjadi lebih BERHARGA di mata lelaki.
Permata 7 : Cantik
  • cantik tidak semestinya pandai bergaya.
  • tampak manis, menyenangkan dan tentunya bersih.
  • perempuan yang hebat mesti tahu mencari titik keseimbangan antara kebersihan dan kecantikan.
Permata 6 : Saling menghormati
  • menghormati, menyayangi dan menerima kekurangan pasangan sebelum mengagumi kelebihan yang ada padanya.
  • walaupun tidak bersetuju dengan pendapatnya si dia, masih mampu mendengar, berbincang dan menghormati pendiriannya.
  • bukan sifat kekasih yang baik untuk membentak-bentak apalagi mengherdik lelaki kesayangannya.
Permata 5 : Dorong kekasih menjadi lelaki sebenar
  • perempuan budiman akan SENTIASA memberi perangsang dan semangat kepada kekasihnya untuk terus memajukan diri dari segala sudut.
Permata 4 : Kurangkan mengkritik
  • "There is nothing worse than a nag! A great girlfriend knows this and chooses her battles wisely. She knows when to speak up and when to let it slide"
  • kenbanyakan lelaki tidak cekap untuk menangkis segala leteran perempuan apalagi untuk berhujah mematahkan serangan perempuan. Jadi kalau bercita-cita untuk menyerlahkan satu kualiti diri yang hebat di mata lelaki, kurangkanlah teguran yang sentiasa berbaur negatif.
Permata 3 : Selesa mesra bersama keluarga dan teman
  • kekasih yang baik akan berusaha mengenali, mengecam dan menghafal nama setiap orang yang disayangi oleh pasangannya.
Permata 2 : Saling mencintai
  • harus ikhlas, LUHUR dan suci.
  • kalau cinta lahir disebabkan HARTA atau pangkat, hangatnya mungkin sekadar suam-suam kuku.
  • kekasih yang hebat tidak akan berusaha keras mengubah beberapa sikap buruk yang mungkin ada pada pasangan.
  • seandainya perubahan perlu dilakukan, ia pasti diatur secara berperingkat-peringkat.
Permata 1 : Menjadikan dia lelaki HEBAT.
  • jadikan dia lelaki hebat, sempurna dan penuh rasa bangga.
  • menghangatkan hubungan dengan dorongan positif, kata semangat dan perangsang agar dia mampu maju dalam bidang yang diceburi.

Jika kita-perempuan- memiliki lima daripada ciri yang tersebut di atas, maka kita sebenarnya seorang perempuan yang DITUNGGU-TUNGGU.

Masam-masam Manis : Ragam dara tika bercinta
Masih lagi tulisan LILY HASLINA NASIR.

So......apa kata korang-korang LELAKI? Benarkah?
Pyan, Saintis and Mr Pusat ? ni kira perempuan budiman la kan....korang pernah tanya. So aku dah langsai hutang ngan korang yea....Hehehehe....

Ingin lihat n3 lalu : lelaki budiman & lelaki budiman 2

Keledek dan sagu dimasak pengat,
Hidangan istana kesukaan raja;
Adik lembut membakar semangat,
Membuat abang terasa teruja.

07 Februari 2009

Meh sini...cuba teka!


Kasut. Di sekolah aku, selepas 10 tahun aku berada di sini. Kini baru sibuk nak tukar style dalam berkasut nie. Kalau selama nie, kasut yang biasa kami guna adalah kasut bertumit yang tak tutup penuh. Kira kalau tak jari kaki yang terdedah...tumitlah yang terdedah. Kira kasut 'halal haram' kot....hehehe. Tapi sekarang dah ade emak. Semua dah tuko dah. Masing-masing diminta cari kasut yang menutup corak2 yang kelihatan kat tumit tu la. Aku susah hati tul. Sebab, rata-rata kedai kasut yang aku g yang ade saiz aku semuanya style 'halal haram' tu la. Nak cari yang tutup penuh....maaakkk aaaiii jenuh. Masuk je...kalau ade yang berkenan kat hari....amoi aaa bagi saya saiz paling kecik aaa....maka amoi tu pun ngan bersusah payah masuk stor...panjat tangga untuk dapatkan saiz paling kecik....kira the smallest size la....okay, awak cube...hampeh! size paling kecik '4' tu pun beso bila sarung kat kaki aku nie.....ampunnnnn! Aku sarung sedikit sebanyak....lebih kurang jadiklah macam gambar kat atas nu....hehhehe xdelah longgar cenggitu sekali . Tapi tetap longgar.

So...hari ini atas informasi dari seorang kawan aku g pkns shah alam...kawan tu kata kedai tu leh tempah kasut ikut saiz kaki...aku pun mencarilah kedai kasut Chali nie,kat tingkat 2. Jumpa. dan oleh kerana boleh tempah ikut kaki sendiri. Aku dengan seronoknya melihat2 style2 kasut yang ada...cuba tengok ukur kaki.....hahahahha korang cuba teka berapa saiz kaki aku nih? So uncle, bila boleh siap? Siap kasut uncle telepon awak la....apa nombor? Deposit 30 arrr...orait uncle, tq. Ok u all yang membaca.....meh la teka berapa saiz kasut yang aku tempah tu.....jawapan aku bagitau bila kasut tu dah siap kay! Hadiah....erm....apa ya....teka dulu! hehehhe.

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena;
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina.

06 Februari 2009

Kira-kira...berkira, hati resah.


Aku ni cikgu matematik. Bolehlah ajar anak-anak murid mengira. Kira nombor, tambah,tolak, bahagi...terutama yang ada dalam sukatan matematik tahun 2 tu la kan. Supaya tak salah guna duit. Kelas aku tu jenuh juga. Lepas 79...berapa? tambah 1 aje....Jenuh la deme memerah otak. Macam susah bebenor 80 tu nak appear...heheheh siap pegang2 kepala ni. Kejap...kejap cikgu...apa ye tadik? Aku tunggu je. Seronok, sebab deme bersungguh nak jawab. (gayanya la). Macam2 jawapan aku dapat...20, 30, 40.....takde yang bagi jawapan yang sepatutnya. Aiyya...budak2 nie...kira satu2 pun tak lepas nie.....Last2 aku bagi je jawapan....80 lah...Ha, tu la saya nak cakap tadi. Cehh....Oit tu aku dah suka-suka hati guna BM je....kalau BI langsung ntah camne. Itu bab kira-kira.

Berkira? Baru pagi semalam dalam segmen apa-apa aje : topik siapa lebih berkira, lelaki atau perempuan? Umum. Pada aku tak kira lelaki atau perempuan ....sama aje. Kalau dah jenis berkira tu memang tak boleh lebih tak boleh kurang. Kat mana-mana pun ade manusia cenggini. Kalau dalam situasi kerja aku di sekolah, boleh pulak pilih-pilih nak buat ke tak nak ke. Aku nak buat yang ni, yang tu aku tak nak. 'Aku' nak begini. 'Aku' tak kira (eh ye ke tak kira) ...keputusan 'aku' camtu gak! Suara-suara 'sedikit sumbang'. Siap bagi panduan...kalau nak bagi dia kerja mesti yang begini begitu. Jika tidak out of service! Uiks....besar tul demand! Boleh ek macam tu. Bila aku jumpa manusia spesis ni, aku sendiri pun mulalah nak berkira jugak! Ishh...susah kalau ada manusia yang terlampau berkira nih! Tak boleh bagi kerja lebih sikit....bising! 'Bingit' telinga n minda kalau dilayan. Apa-apa ajelah!

Ntah kenapa dua tiga hari ni, memang aku resah. Mungkin banyak benda dalam kepala otak kot. Macam-macam ada. Eeeee. Pagi tadi, sewaktu nak ke kedai. Lalu di depan beranda rumah. Ternampak macam kelibat benda hitam melintas di belakang aku. Perasan aku macam ekor kucing je. Memang rumah aku ni banyak kucing-kucing berkeliaran. Ada seekor kucing hitam tu, memang suka lepak dan lalu lalang. Aku toleh. Ya Allah....ular rupanya. Betul melintas kat belakang aku. Rasanya aku melintas depan ular tu dulu. Kedudukannya memang dekat sangat. Tu la leka...berjalan bukan tengok apa yang ada di depan, tapi dok leka sms. Alhamdulillah, aku tak pijak ular tu...kalau tak kompem kena patuk. Bukan kecik ular tu...besar jugak. Tak tahulah mana datangnya ular tu....dah lama bertahun aku tak terserempak ular di rumah. Eeee seram plak! Ntah ular sesat ke...ular "samaran" ke....eeeeaiiii resah....resah...

Terbang burung berkawan-kawan,
Hinggap mari tepi sempadan;
Ayam togel kalau dilawan,
Sia-sia ilmu di badan.

03 Februari 2009

Aku mahu senyuman itu...

Lama sudah tidak menulis di sini...eh..eh...lama ker? Aku rasa macam dah lama. No idea. Kosong pulak kamus perbendaharaan kata. Menyebabkan tiada ayat-ayat yang terbina. Menyibukkan diri mengumpul segala aura positif dalam diri. Tapi tulah...aura negatif yang sedikit tersangat la mudahnya mengalahkan yang positif tu. Lihat senyuman budak kecik nie. Rasanya dah setahun lebih aku tidak menerbitkan senyuman seikhlas itu. But, hakikatnya aku sedang belajar untuk menerbitkan senyuman begitu tanpa memerlukan sebab-sebab yang tertentu. Ermmmm boleh ke? boleh tak?

Ntah kenapa, sepi yang menemani hari ini, hati aku tiba-tiba resah kembali. Hem...masih belum habis menuntut ilmu cara menghadapi realiti hidup yang sebenar. Masih mencari sinar. Aku sedang menyibukkan diri memenuhi impian baru. Semoga kesibukkan itu membuatkan aku sedikit alpa tentang kedukaan hati. Bukan untuk lari terus dari kesakitan itu, cuma menjarakkan. Agar sakitnya tidak terlalu memeritkan. Aku sedang meneruskan perjalanan hidup yang masih bersisa. Aku sedang bangun dari jatuhku. Aku sedang melihat pelangi yang ingin aku capai. Aku mahu senyuman itu di wajahku...

Cik Amat mengail ikan,
Dapat seekor ikan tenggiri;
Selamat tinggal saya ucapkan,
Pergilah duka senyum diganti.