cari id yes guru sktp

02 September 2010

sukarnya hidup

Sukarnya hidup. Dan ianya menjadi benar2 sukar apabila pemikiran itu kekal di minda. Masih sendiri tapi keputusan yang perlu dibuat seperti dah berkeluarga. Selalu musim-musim perayaan begini pasangan suami isteri akan bertegang leher ...mana nak raya? kampung saya? kampung awak? haaaa.....aku fikir aku akan mengalami situasi begitu lama lagi...hermm...dan ntah bila.... hanya Dia yang tahu masanya.
Tapi siapa sangka, sejurus ayah tiada, aku sudah pun mengalami situasi yang seakan sama. Seakan aja...sebab memang tak sama. lagu musafir di aldilfitri hanya sebahagian je yang terkena dengan diri aku. Musafir memang musafir tapi semua orang berebut suruh aku beraya dengan mereka di pagi raya. Semua orang ambil peduli. Sampai ada yang merajuk pun....maaflah memang aku tak akan beraya di Pulau. Hati ini masih keras. Aku lebih aman jauh dari Pulau di pagi raya tu. Balik Jenjarom...orang Jenjarom tanya jugak. Ajak beraya sana. Tu belum ke Kuang, Sungai Buloh or Sungai Tengi.

Sedangkan di sini...di Klang, mama dah awal2 plan...raya satu begini, raya dua di sana, raya tiga di situ...malam raya buat ini buat itu. Walhal rutin biasa aku, malam raya dah tak lepak di dapur. Malam rayalah hias ruang tamu. Gubah bunga. Dan kemas apa2 yang patut. Dah rehat dah malam raya. So pagi raya xlah mata lebam or siang raya pertama xlah dok terbongkang layan mata ngantuks! Ada sesiapa tanya aku nak yang macam mana? Ada sesiapa tanya atau beri aku peluang buat keputusan sendiri? aku tahu....semua orang buat macam tu supaya aku tak rasa keseorangan pagi2 raya. Tapi kalau jadi rebutan sana sini pun, aku start jadi blur...konpius...serba salah semua ada.

Dan ada baik kot kalau aku sorang2 diri malam raya di rumah sendiri. Relaks2....sambil tengok drama raya Rosyam Noor...errkkk ada ke? Dan ada baik kot kalau aku sorang2 diri malam raya di rumah sendiri sambil menunggu kepulangan ayah, ibu dan adik-beradik yang lain...walaupun aku tak dapat lihat kehadiran mereka malam tu. Tapi at least masa mereka pulang, rumah terang dan aku ada di sana. Sembahyang raya di mukim sendiri dan sesudah itu baru memulakan langkah ke mana harus membawa diri.

Tapi.....aku tak tahu macam mana nak bagitahu semua orang. Susahlah....tu la..sapa kata tunggal tu senang???? Tapi memandangkan keadaan aku sekarang ni...kalau ada suami lagi senang kot....raya mana? ikut laki la....habis cerita! xde sapa2 leh tarik2 aku lagi...rebut2 suh raya ngan deme (ngeh..ngeh..ngeh..)errrkk..hidup tidaklah sesukar mana, yang paling sukar adalah saat membuat pilihan dalam hidup.
Bukan di mana2.....sama ada Pulau, Banting, Sg Buloh , Telok Gong ataupun Bayu Mas
tapi....
Aku rasa nak beraya di Sg Udang la.....!
Di Lorong Ahmad Borhan Naim....!!!!!

Tiada ulasan: