cari id yes guru sktp

28 September 2010

Aku sedang bersedia

Melihat tajuk entri di atas...bersedia apa ya? Herm...aku sedang bersedia. Bersedia untuk kehilangan lagi. Dan aku sedang belajar untuk terus redha dengan ketentuan Allah. Dan keredhaan itu pastinya tulus kerana kehilangan itu datangnya mungkin daripada diri ini yang berterusan diam membisu.

Suatu waktu dan ketika, aku gembira sementara dengan hadirnya saat aku kehilangan. Maka aku redha kerana hadirnya memberikan aku sedikit senyuman. Ada waktunya, saat aku kesulitan dia hadir menemankan. Dan ada ketikanya saat dia kesulitan, aku berada di sisinya. Dia simpan rahsia aku dan aku juga simpan rahsianya. Dan sehingga kini adakah rahsia itu masih tersimpan. Aku kurang pasti. Tapi aku sangat-sangat merindui detik perkongsian aksara-aksara yang darinya terbina perkataan dan ayat-ayat sehingga menjadi sebuah kisah. Sungguh. Hanya ada kita. Ntahkan aku saja yang masih mengimbas detik itu.

Sudah begitu lama. Sangat lama. Kita tidak duduk berdua dan bersembang bertukar rahsia sehingga lewat pagi, sambil minum kopi. Bertukar cerita. Kisah semalam dan kisah hari ini. Hari ini, kita sama-sama berahsia sesama kita. Makanya rindu itu terus berbisik. Hanya kerana satu salah faham, terpadam semua kemesraan. Mengapa harus begitu ketentuannya? Atau ianya sekadar menjadi penyebab untuk menjadi titik noktah antara kita? Aku tak pasti. Tapi kebarangkalian itu masih ada.

Dan saat aku semakin menyayangi, kejadian yang semakin menjarakkan kita mendekati. Ntah akan adakah lagi peluang untuk kita duduk bersama, sudah tiada dalam pemikiran. Namun untuk memadamkan wajahmu daripada pandangan , bukanlah sesuatu yang mudah bagi diri ini. Hampir setiap hari aku tatapi walau di mana aku berada. Jadi, bagaimanakah mungkin wajah itu akan lerai dari penglihatan??

Tapi, memang silap aku....arghhh silap akukah itu? Kerana.....aku tak pernah bersuara. Kerana....aku tak pernah berkata-kata. Sepertinya aku mengulangi semula perkara yang sama seperti yang pernah aku lakukan 10 tahun dulu. Ya 10 tahun sudah...aku bisu dan aku diam terus. Aku kehilangan. Kemudian, aku ubah....aku buka mulut, aku guna perkataan-perkataan yang aku dah belajar selama aku hidup. Aku tak bisu lagi. aku tidak berdiam diri lagi. Aku berkata-kata. Tapi masih lagi ketentuan Allah, aku tetap kehilangan. Tapi aku terima ketentuan itu dengan lapang dada....dan balasannya, aku tidak kehilangan sepenuhnya. Kenapalah aku tidak belajar daripada situasi yang kedua itu ye. Dan kenapa agaknya, selepas 10 tahun itu, aku memilih semula untuk menjadi bisu dan terus diam???? Walhal aku tahu jika aku terus diam membisu, aku akan kehilangan. Mungkinkah kerana aku terlalu merendah diri. Siapalah aku padanya. Dan aku sangat menyedari tentang penerimaannya terhadap diri ini. Aku redha dan aku terima.Senyum bibirku menerimanya. Maka mungkin juga kerana itulah aku tetapkan hati untuk terus diam.

Segalanya terperosok dalam hati. Fuhhhh kuatnya hati aku menahan rasa. aku senyum sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung. Ya Allah ....semoga Engkau terus memberikan aku kekuatan. Mendengarkan bait-bait lagu "Di saat aku mencintaimu"...benar-benar menyentuh hati kecil ini.
Saban waktu.....RINDU ITU TERUS BERBISIK.

2 ulasan:

eeeda berkata...

Semua orang takut akan kehilangan... tapi jika kehilangan itu memberikan kebahagiaan buat dirimu... aku rasa kau tak perlu menyesal.

imanshah berkata...

banyak bersabar