25 November 2009

Salam Aidiladha

Selepas kebah dari demam.Aku menulis ini malam sebelum aku pergi ke rumah ibu saudara aku kat Jenjarum. Anyway sebenarnya aku nak ke sana petang Rabu. Tapi tak sempat. Pagi aku bantu kak yus dengan tesisnya. Tengahari Zetty call nak pulangkan laptop. Aku suh dia tinggalkan pada Haniff dan aku akan ke sekolah lepas zohor.Petang plan nak ke rumah kak zie sebelum aku terus ke Jenjarum, alih2 kak nani pulak call minta bantu perihal assigment dia. Bila nak hantar kak? esok.....! aduyaiiii...so aku singgah umah kak nani dulu. sekali selesai semua 830 malam.Bibik dah call....paman pesan jangan balik Jenjarum malam2 sebab aku sorang. So aku tukar plan,balik pagi2 esok jelah....kak zie aku sms jer cakap tak sempat nak singgah dan akan ke rumahnya kalau tak sabtu, hari ahad la kot. Malam Lela n Adam pulak singgah hantar CD muzik untuk K Sazila.Hah tiba-tiba semua orang memerlukan aku dan tiba-tiba jadual aku full satu hari. Terus hilang demam yang tinggal saki baki tu. Batuk je yang masih ada. Aku ni batuk kalau tak sebulan .....biasanya tak sah! Tapi aku harap batuk hilang sebelum exam aku bermula. Jika tidak....jenuh perit la menahan batuk dalam dewan peksa tu.huhuhuhuhu

Pagi semalam sekitar jam 2 lebih, aku dapat sms daripada Syahidah. Abah Syahidah sudah kembali keRahmatullah. Takziah aku ucapkan kepada Syahidah sekeluarga dan semoga roh abahnya bersemadi dengan tenang dan berada di kalangan orang2 yang beriman. Begitu juga untuk cikgu Zuhaimi yang telah kehilangan ayahnya pada malam 14hb November lepas. Yang pergi tetap pergi, kita yang masih di sini perlu teruskan kehidupan.Dan semoga Allah terus memberikan kita kekuatan dan katabahan dalam menjalani hidup dan masa depan.

Dan malam Aidiladha....buat pertama kalinya rumah aku akan sunyi. Salam Aidiladha untuk semua.Beratnya hati, hanya tuhan yang tahu.

5 ulasan:

ONE ZABA berkata...

kan dah den kobakan....
sesapa pun tak lupakan anis punya lah. cuma masa tak mengizinkan je.

apa pun anis...

selamat menyambut hari raya aidiladha. semoga hari raya ini menjadikan anis lebih tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.

kami pun nak balik kampung petang ni.

Pn Kartini berkata...

Salam:):)
Selamat Hari Raya Aidil Adha..
Moga selamat perjalanan dan bahagia sentiasa..:):)

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one.....
kalau x disebabkan asgment dan tesis tu...diaorang cari saya tak????:-)

kalau x disebabkan cd tu diaorang sampai tak ke rumah saya?

hehehe....
ikhlas...memberi tanpa meminta kembali. saya ada seseorang yang begitu. just once...dan saya bersyukur ade seorang dan seorang, kerana seorang dan seorang itu lebih baik dari tiada orang kan....

alhamdulillah saya kenal yang seorang dan seorang itu.


pn Kartini...
terima kasih. saya dah selamat pulang.

eeeda berkata...

Sudah menjadi fitrah manusia....
Bila senang lupa kawan....
Bila susah cari kawan....

Tapi harap2 kawan2 yg ada di sekeliling kita tak mcm tu...

~Insan Biasa~ berkata...

idah....

AKU HARAP SANGAT BEGITU!!!