cari id yes guru sktp

07 April 2015

Ntah le..tak tau nak bagi tajuk!

Salam pagi Selasa. Ok memang aku bertujuan nak sapu sawang kat blog ni. Lama sangat terabai.
Hari ni nak story sikit  tentang camping ...bahasa,  melayunya...perkhemahan. Tahun ni alhamdulillah dapat berkhemah di luar. Macam best...macam tak best. Eh.....

Best sebab buat diluar. Terbuka jugalah minda apabila dapat berkhemah di luar sekolah.
Kenal tempat baru,udara baru, persekitaran baru dan yang penting pengalaman baru. Terutama untuk anak-anak SKTP. Errrrr ekceli untuk cikgu-cikgunya juga kot. Yelah selama hari asyik di sekolah . Dari pagi bawa ke petang. Dari hari ke sehari....sekolah...sekolah....sekolah.....Adoiii macam tak hargai sekolah pulak ye.....Silap tu! Jangan salah faham ye pembaca budiman.

Cuma sekali sekala dapat beraktiviti bersama anak-anak murid di luar kawasan sekolah....hmmmm rasa macam fresh! Camping....persekitaran hutan pulak tu. Woww oksigen banyak tu....tu yang jadi fresh tu. Harapkan cikgu nak pergi sendiri di hujung minggu?

Ate....kalau dah penuh dengan ladap....kelas tambahan....kursus....Hmmm ditambah pulak jemputan kenduri kahwin....kenduri cukur jambul....dan macam-macam jemputan lagi lah yang rata-ratanya berlangsung di hutan batu.....letih sis! So sudahnya hujung minggu selepas selesai segala aktivti tu maka dengan bangganya RUMAHKU adalah SYURGAKU.

Errrrrkkk...sehari je pun. Ada sebahagian tu sehari pun tak sampai. Esok dah dengar loceng semula. Rutin seorang cikgu!

Apa yang tak best? Biolah rahsia. Kita story yang best-best je! 


Agak-agak movie ni best tak? Nak tengok...tapi baik aku tak yah tengok kot. Takut-takut lepas ni aku tak nak balik jengka lagi. Muahahahaha.

Sapa dah tengok???


Tiada ulasan: