Sebagai persediaan menghadapi hari-hari mendatang yang terpaksa aku tempuh dan hadapi sendiri.
Orang lain tidak akan faham.
Orang lain tidak akan pernah ambil peduli dengan sesungguhnya pun. Cukup sekadar ambil tahu saja.
Aku semakin mengerti kenapa Allah hidupkan aku sendirian hanya bertemankan seorang lelaki dalam hidup aku.
Dulu hidupku bertemankan ayah.
Kini hidupku bertemankan suami.
Itulah takdir semasa yang perlu aku terima.
Semoga aku terus tabah dalam didikan yang Maha-berkuasa lagi maha-Mengetahui.
1 ulasan:
You a strong person... Setiap kali rasa berseorangan yakinlah Dia sentiasa bersama kita.
Catat Ulasan