06 April 2015

Macam dah tak seiring

Apa saja lah yang tidak seiring tu kan? Hehehe Maksud aku, tajuk blog ni. "Setiap hari ada peristiwa". Tetapi oleh kerana blog ni dah banyak sangat sawangnya , macam tak ada cerita dah. Sunyi sepi. Tu yang tak seiring tu. Bukan lain bab ye.
Oklah ...jom kita bangkit kembali agar tajuk blog seiring dengan peristiwa semasa. Insyaallah. heheheh .Entah iye ...entah tidak ni. Tak apa kita cuba.

Lately ni, tahun-tahun kebelakangan ini entahlah apa yang aku sibukkan sangat. Hingga banyak benda semua tertangguh. Itu tanda-tanda aku kena semak dan susun semula jadual hidup aku sehari-hari. Jadual sekolah cantik aku buat....(errkkk cantik ke?- kalau cantik takkan lah asyik dengar sorang cikgu tu akan mengeluh tiba hari khamis)......

"hai cikgu, seharian tak nampak. Ni baru nampak...."
"Saya penuh hari ni....letih...hari ni ada lapan waktu...."

Hello...aku dah dengar dialog tu saban hari...saban kali ...setiap khamis. Sudahnya malas nak tegur cikgu tu kalau hari khamis! Buat hati suram. Jauhkan.....

Kalau koranglah kan.....apa maksud cikgu tu? hehehhe kadang-kadang aku rasa dia nak bagitau aku lain kali buat jadual jangan bagi sampai lapan waktu! Well....aku cuma key in data dan syarat2 yang telah ditetapkan oleh pentadbir  ok. Kesimpulannya its not my false! Memang itulah dia bila dah generate jadual tu ikut ketetapan yang sudah diberi. Aku just key in dan generate ok. Then aku susun supaya penyusunan lebih sekata. Apa ingat aku yang tetapkan? 

Kalau rasa tak puas hati, aku dengan suka rela nak passing tugasan buat jadual sekolah kepada sesiapa yang mahu. Anyone? Huh...xde kan??? So...aku symp.....kita sama-sama symp. Full Stop.

Tetapkan saja dalam hati. Aku buat jadual yang terbaik setakat yang AKU MAMPU kerana Allah.Thats All! Adios.

Tiada ulasan: