cari id yes guru sktp

20 Oktober 2010

Marah? Sedih? Kecewa paling tepat!

Aku marah....ye aku marah. Rasa seperti tertipu. Lagi sekali dengan janji palsu. Marah dengan kebodohanku. Marah sangatkah aku?

Aku sedih....betul aku sedih. Saat dikhianati rasa percaya oleh orang yang aku letakkan kepercayaan. Sedih benarkah aku ?

Kecewa...paling tepat untuk menyata rasa ini. Kecewa dengan kepura-puraan yang dijelmakan seolah kebenaran. Kecewa dengan insan yang aku kasihi. Dan padahnya aku yang tanggung sendiri. Sedangkan dia? mewahnya perasaan. mewahnya dengan kemanisan kata-kata. Aku AMAT KECEWA! Hilang semua rasa percaya. Hilang semua rasa harapan. HANCUR!! Jangan kamu berdepan denganku sehingga kamu berjaya membuktikan kejayaanmu di depanku! Aku sudah tidak sanggup mengadap segala pembohongan kamu.

Dengarlah wahai ADIK. AKU SANGAT KECEWA TERHADAPMU!

Persoalannya, mengapakah aku sering dipertemukan dengan orang yang mengecewakan aku....

Tiada ulasan: