cari id yes guru sktp

08 Oktober 2010

u.p.d.a.t.e : ruang hati

Ingin sangat menulis tetapi tiada apa perkara yang ingin dikongsi. Makanya meng-update- pengisian blog ini pagi ini secara suka-suka, tanpa ada 'isi pentingnya'. Terus-menerus dengan cerita-cerita 'pergolakan' hidup aku? Pastinya lama-kelamaan hanya akan mengundang kebosanan tetamu si tinta semalam. Lihat sahaja, komen semakin berkurangan saban hari. Ramai yang sudah leka dan akrab bersama laman yang bernama 'facebook'. Wah di sana....memang meriah. kan?

Penghujung tahun semakin menghampiri. Habisnya Oktober maka cukuplah setahun kepergian ayahanda meninggalkan aku sendiri. Dan November ini serasa aku akan bersendiri tanpa ditemani sesiapa. Maka rancanganku hanya untuk mengabdikan diri di rumah ini. Mungkin. Itupun selepas aku kembali dari Pulau Labuan. Insya'allah. Disember aku merancang untuk membuat persediaan untuk kelas sesi 2011. Aku akan ubah negatif 2010 supaya menjadi positif 2011. Mesti.

Fahmy dan Vienna, aku dah tak pasti apa dan bagaimana hubungan mereka. Aku dah malas nak masuk campur. Kabur. Biarkan. Kalau mereka memerlukan pendapat aku, aku pasti mereka tahu di mana dan bagaimana untuk menghubungi aku. Aku sentiasa ada untuk keduanya.

Fazdley dan Sheila, sesungguhnya aku tidak faham bagaimana sebenarnya mereka berkasih sayang. Dan aku juga kabur, nekadkah keputusan mereka itu. Sama. Kalau mereka mahu berkongsi pendapat aku. Mereka juga tahu di mana dan bagaimana untuk mencari aku. Aku tidak kemana-mana. Aku kekal di sini.

Mama? Semakin jauh dari aku semenjak hari itu. Aku tidak kisah. Aku sudah ada kehidupan aku sejak sebelum aku mengenalinya lagi. Aku sudah boleh berdiri di atas kakiku sendiri semasa aku mengenali mama. Dan, aku bahagia dengan kehidupanku dulu, dan kini. Aku sayang dan aku masih kekal dengan cara aku dulu dan kini. Sama sahaja. Aku sedang mengatur semula penghidupan aku yang sedikit kucar kacir semenjak ketiadaan ayah. Insya'allah. 2011 hidup aku akan lebih terancang dan teratur. Mudah-mudahan.

"Doa adalah permintaan hati. Kadang-kadang lidah tidak berjaya untuk memilih kata-kata bagi meluahkan setepat-tepatnya tentang permintaan hati. Maka, berdoalah daripada hati yang pasti dan mengerti akan apa yang kita pohonkan dalam doa-doa kita."

-reformat hatimu dalam 354 hari : ustaz cahaya-

Andai ada ruang di hatimu.....

Tiada ulasan: