31 Oktober 2010

setahun sudahpun berlalu


30/10/10 maka setahun telah aku lalui menghadapi hidup ini tanpa insan tercinta disisi. Untuk kedua arwah ayahanda dan bonda serta saudara2 kandungku semoga roh kalian dicucuri rahmat.

27 Oktober 2010

Bahagia Derita

Untuk bujang sorang ni
hati aku
kesedihan di hari bahagia

Untuk si cantik manis ni
hati aku
insaf dalam kebahagiaan

25 Oktober 2010

Terima Kasih Allah

Aku sangat-sangat bersyukur pada Allah. Walaupun aku selalu diberi dugaan dan ujian, tapi tidak boleh untuk menafikan bahawa Allah juga selalu memperkenankan sesuatu yang aku niatkan dalam hati.

Aku pernah niat untuk dapat orang jauh suatu ketika dulu....
Allah penuhi dengan mempertemukan aku dengan orang Sandakan, Sabah.
Tapi mungkin tertulis dalam suratan dia bukan jodoh yang terbaik untuk aku, kami putus secara aman.

Aku pernah niat untuk belajar sekadar menambah pengalaman, keluar dari Klang....
Allah penuhi apabila aku diterima menyambung pelajaran ke OUM. Dan dari situ aku belajar untuk ke PJ, PWTC, UNITEN,UM,UIA...semua pengalaman tu tidak akan aku perolehi jika aku bukan student OUM. Percaya tak? Kalau aku kata aku sambung belajar semata-mata untuk pengalaman-pengalam kat atas tu? dan bukan kerana untuk kenaikan tangga gaji??

Aku pernah berangan nak bersiar-siar tengok tempat orang....
Allah penuhi bila tiba-tiba aku ada banyak trip ke sana- sini...dulu , zaman sekolah ..... aku tidak berpeluang langsung! Walau untuk menyertai rombongan sekolah!
Sekarang.....Pahang, Negeri Sembilan...dah semacam kampung halaman pulak...sebab antara negeri yang selalu aku kunjungi saban tahun.
Dan..impian nak berjalan jauh tercapai juga...aku sedang dalam perancangan untuk ke Pulau Labuan dan menghabiskan cuti aku di Penang + Kedah.
Dari awal tahun....sibuk teringin nak pergi Cameron Highlands, plan2 asyik xdapat tarikh yang sesuai. Tup-tup Put3 offer ikut rombongan sekolahnya trip ke CH.Walaupun balik hari dan x sempat nak jumpa cgu one zaba (maklumla ikut jadual org-kita ni sekadar menumpang- so tak berani nak janji2 jumpa sapa2-aku kurang selesa) . Cgu one nanti saya naik lagi ke atas....dengan eeeda damak...stay semalam, kita jumpa...ok?...Yang penting Allah penuhi lagi hajat aku. Sampai juga kat CH.

Dalam pos terdahulu aku pernah nyatakan betapa aku teringin sangat berjumpa dengan seseorang....Vienna Seisi kan?
Pernah aku pergi kepadanya, tapi Allah masih belum membenarkan aku bertemunya ketika itu.
Dan, aku dan v merancang untuk jumpa cuti disember ini, walaupun aku tahu dan sedar itu tidak mungkin berlaku kerana disember aku dah penuh. Aku berusaha untuk jumpa v November pulak....dah niat nak cari v gamble jer..redah jer...niat nak ajak emmy....walaupun sebenarnya aku tak berapa berani nak redah jalan KL....
Allah dengar aku......dan sekali lagi Allah penuhi hajat aku...
Apabila mama datang dan Vienna ada sekali! What a surprise......kan??
Akhirnya aku dapat juga jumpa face to face ngan V. Dan mama bisik kat aku tentang niat V nak peluk Islam. :-)(Inilah dia...Vienna Seisi....cute kan?)

Insya'allah .....mudah-mudahan Allah akan permudahkan segala urusan dan semoga Allah memberikan V sekeping hati yang kuat dan tabah.

Dan buat masa ini, aku berharap ......
ntah...aku tak tahu nak susun perkataan macam mana untuk kongsi harapan aku tu dengan u all...yang aku pasti, aku berharap macam tu kerana aku sayang sangat kat dia, kami satu keluarga sayang dia terutama V.
Tapi aku pasti Allah tahu...Allah faham...

Di penghujung coretan, sekali lagi .....TERIMA KASIH ALLAH...

20 Oktober 2010

Marah? Sedih? Kecewa paling tepat!

Aku marah....ye aku marah. Rasa seperti tertipu. Lagi sekali dengan janji palsu. Marah dengan kebodohanku. Marah sangatkah aku?

Aku sedih....betul aku sedih. Saat dikhianati rasa percaya oleh orang yang aku letakkan kepercayaan. Sedih benarkah aku ?

Kecewa...paling tepat untuk menyata rasa ini. Kecewa dengan kepura-puraan yang dijelmakan seolah kebenaran. Kecewa dengan insan yang aku kasihi. Dan padahnya aku yang tanggung sendiri. Sedangkan dia? mewahnya perasaan. mewahnya dengan kemanisan kata-kata. Aku AMAT KECEWA! Hilang semua rasa percaya. Hilang semua rasa harapan. HANCUR!! Jangan kamu berdepan denganku sehingga kamu berjaya membuktikan kejayaanmu di depanku! Aku sudah tidak sanggup mengadap segala pembohongan kamu.

Dengarlah wahai ADIK. AKU SANGAT KECEWA TERHADAPMU!

Persoalannya, mengapakah aku sering dipertemukan dengan orang yang mengecewakan aku....

19 Oktober 2010

KisaH paGi SelaSA

Ok semua!!! Ahah.....SelamAT paGi SelaSa....
TiBa-tiba pagi nie aku tersenyum lebaR pulak.....sebab jumpa kawan lama...terlalu lama di FB. ahaksss.....tak sangka lak leh jumpa balik....tq la kat kawan aku yang bagitau aku tentang kewujudan mamat sorang nie kat FB. Tambah sorang lagi kawan lama aku.
Bagus FB ni kalau betul aplikasinya. Penghubung sesama kita.Walllllaaaaaaa!!!!

14 Oktober 2010

Apabila ALLAH menduga lagi...



~Ayah.....tgklah apa 'samy' ni buat kite......(T_T)(T_T)(T_T)(T_T)(T_T)~


Terbaca apa yang tertulis di wall facebook Fahrin Ahmad nie....aku nak pinjam kata-kata tu,
kadang-kadang aku merasakan menjadi seseorang yang sekarang selepas kepergian ayah, dah banyak menghukum dan merampas hidup aku. Betul atau salah...tapi itulah yang aku rasai. Tapi aku percaya ALLAH ada sebab dan alasan meletakkan aku dalam situasi ini, Dia berhak menguji dan menduga..kerana hanya Dia yang tahu apa hikmah disebaliknya. Redha.

dan aku hanya dapat memohon untuk diberikan kekuatan iman, hati dan akal untuk mengharunginya.

* menyesalkah aku membuat pilihan tatkala aku tersilap pilih??

11 Oktober 2010

Jika Allah kata TIDAK...


Assalamualaikum,
Haihsh...Selamat Hari Isnin....

Boring...Bosan
Everything just not fine for yesterday...aduyai
Ingin hadiri majlis hari jadi anak kawan aku....tidak kesampaian
Hanya kerana sesat....sesat pemikiran
Ingin sangat berjumpa Vienna Seisi....pun tidak kesampaian
Hampir....
Tapi jika tuhan tidak mengizinkan...
Maka, redhalah kita sebagai hamba-Nya
Dan pasti Dia ada sebab mengapa Dia tidak membenarkan.

Tapi...aku memang teringin sangat nak jumpa Vienna Seisi
Ntah kenapa....

Dan apa aku rasa...agaknya ... macam-macam rasa
apabila .....eh.....syyyyyy!!!
Tidak boleh, tidak boleh.
Biarlah itu menjadi rahsia hati aku.
Dan aku percaya,
Apabila sampai masanya Allah membenarkan...
Maka aku tentu akan menjadi insan paling ..... 'speechless' kot.
Buat masa ni, mari kita tanam angan-angan dulu...
Manalah tahu aura angan-angan tu sampai kepada yang diangan-angankan
dan seterusnya menjadi realiti...
Wahhhh syukran ya habibi...
Eh.....
Eh.....
Fuhhhh.....

Hehehhe ~sekian untuk hari ini~
Teruskan berdoa wahai HATI.

08 Oktober 2010

u.p.d.a.t.e : ruang hati

Ingin sangat menulis tetapi tiada apa perkara yang ingin dikongsi. Makanya meng-update- pengisian blog ini pagi ini secara suka-suka, tanpa ada 'isi pentingnya'. Terus-menerus dengan cerita-cerita 'pergolakan' hidup aku? Pastinya lama-kelamaan hanya akan mengundang kebosanan tetamu si tinta semalam. Lihat sahaja, komen semakin berkurangan saban hari. Ramai yang sudah leka dan akrab bersama laman yang bernama 'facebook'. Wah di sana....memang meriah. kan?

Penghujung tahun semakin menghampiri. Habisnya Oktober maka cukuplah setahun kepergian ayahanda meninggalkan aku sendiri. Dan November ini serasa aku akan bersendiri tanpa ditemani sesiapa. Maka rancanganku hanya untuk mengabdikan diri di rumah ini. Mungkin. Itupun selepas aku kembali dari Pulau Labuan. Insya'allah. Disember aku merancang untuk membuat persediaan untuk kelas sesi 2011. Aku akan ubah negatif 2010 supaya menjadi positif 2011. Mesti.

Fahmy dan Vienna, aku dah tak pasti apa dan bagaimana hubungan mereka. Aku dah malas nak masuk campur. Kabur. Biarkan. Kalau mereka memerlukan pendapat aku, aku pasti mereka tahu di mana dan bagaimana untuk menghubungi aku. Aku sentiasa ada untuk keduanya.

Fazdley dan Sheila, sesungguhnya aku tidak faham bagaimana sebenarnya mereka berkasih sayang. Dan aku juga kabur, nekadkah keputusan mereka itu. Sama. Kalau mereka mahu berkongsi pendapat aku. Mereka juga tahu di mana dan bagaimana untuk mencari aku. Aku tidak kemana-mana. Aku kekal di sini.

Mama? Semakin jauh dari aku semenjak hari itu. Aku tidak kisah. Aku sudah ada kehidupan aku sejak sebelum aku mengenalinya lagi. Aku sudah boleh berdiri di atas kakiku sendiri semasa aku mengenali mama. Dan, aku bahagia dengan kehidupanku dulu, dan kini. Aku sayang dan aku masih kekal dengan cara aku dulu dan kini. Sama sahaja. Aku sedang mengatur semula penghidupan aku yang sedikit kucar kacir semenjak ketiadaan ayah. Insya'allah. 2011 hidup aku akan lebih terancang dan teratur. Mudah-mudahan.

"Doa adalah permintaan hati. Kadang-kadang lidah tidak berjaya untuk memilih kata-kata bagi meluahkan setepat-tepatnya tentang permintaan hati. Maka, berdoalah daripada hati yang pasti dan mengerti akan apa yang kita pohonkan dalam doa-doa kita."

-reformat hatimu dalam 354 hari : ustaz cahaya-

Andai ada ruang di hatimu.....

04 Oktober 2010

Dengarlah...

Ya Allah.....
Aku mohon berikanlah aku
Hati yang KUAT
Hati yang TABAH
Aku amat
memerlukannya
Saat ini!

Cerita satu satu


Selamat Datang Oktober.....

Dan tiba-tiba oktober disambut dalam kegundahan. Alamak.....macam anisah nak balik semula beremosi macam dulu-dulu la! Semua ini jadi bila orang yang paling aku benci muncul di fb aku. Arggghhhhhh aku sakit betul kalau tengok muka diaorang tu. Sungguh. Minta maaf sangat! Yang membaca ni , lepas ni tak perlu cari deme dalam fb aku kay....sebab aku dah sekat diaorang tu. Ah memang buat aku sakit sungguh.

Malam ni aku keseorangan. Zihah date ngan che abang dia. Maka tinggal ler aku. Dan aku tak pasti lagi larat ke tidak untuk sambung kerja esok hari. Badan aku lenguh2, tulang rasa bisa-bisa aje ni, kepala pulak berdenyut2. Nak tidur lelapkan mata pula payah. Dalam minda ada banyak benda. Ha...aku luahkan kat sini akhirnya.

Nak-nak pula asyik terdengor muzik syahdu. Senyap sunyi plak tu. Tetiba jadi sayu hati. Sedihnya bila insan yang dahulunya mahu berkongsi cerita, tiba-tiba jadi perahsia. Ntah kenapa. Asal aku tanya je.....takde pe...xde pe....itu je la jawabnya. Naik menyampah pulak! Mengada! Atau sengaja nak buat aku jeles ke hapa??? Ntah aku tak tahu.

Sedih jugak apabila dengar kawan tu nak tukar sana, kawan ni nak tukar sini. Aku masih dok terpacak kat sini. Nak tukar mana lagi....kat tempat aku ni dah semua lengkap. Kawan-kawan la yang bertukar ganti. Tak lama lagi, gamaknya aku akan hilang sorang lagi kawan. Tapi aku redha la, mungkin ini masanya dia pulak nak berbakti pada orang tuanya di kampung halaman. Biarlah dia pergi. Kalaulah aku boleh ikut.....ahaks...ahaks...(takyah berangan cik anis oiiiii) Lupakan sahaja niatmu itu. Adoiiiii. Tak bley ke???

Apa-apa hal call eh...apa-apa hal call eh...aku ke yang kena call?? Dia tak boleh call aku ke gamaknya. Dalam hal ni sapa yang ego ni? Aku ke dia? Aku takde apa masalah kot....satu je masalah aku kalau ada pun....sebab aku rindu. Tapi kalau call-call tak berangkat, tak berjawab. Sakit hati weiiii.....apatah agi kalau lepas tu tak reti nak return call. Macam kita pulak terhegeh-hegeh. Haish. Tambah kecik hati, kalau tanya dan bertanya, jawapan aku dapat macam yang di atas tulah.....xde apa-apa! Bengang tau! Kesimpulannya, baik aku tak payah call. kan..kan...

Herm....habis dah cerita satu satu aku untuk kali ini. Aku nak cuba lelapkan mata. Esok nak bangun awal. Banyak benda kena settle kan esok. AKU PENAT GILA. PENAT DALAM SEMUA PERKARA. RASA MACAM NAK GIVE UP DAH......

Owhhh...Aku rindu dia lagi tapi dia bukan milik aku.