23 Mac 2010

Pertama dan terakhir kot!

Baru 4 hari tidak berblog. Haih rasa macam dah lama bebenor. Lama la juga, kalau nak dibandingkan macam dulu...hari-hari ada entri. Seminggu cuti. Macam-macam hal jadi. Banyak sangat, aku pendekkan cerita maka itu dia entri yang lepas pada 19 Mac tu. Nak dihurai...memang panjang!

Dan pengalaman yang paling-paling menggerunkan....masa drive ke Triang-Felda Bukit Mendi. Perghhhhhhhh tobat dah aku takkan pergi lagi dah ke sana. Bayangkan la....masuk karak highway pun masa tu dah 9 malam....driving pulak lagi nak masuk Felda tu. Aduh...panas jer muka, rasa macam takde darah dah kot kat muka masa tu. Nak pulak yang ada cuma aku, mama, kak long dan bujang kak long yang baru darjah 3. Adehhh...Tobat seyyyyyyyyyy!! Kami (aku+mama) dah terang2 tak tahu jalan tu macam tu, kak long boleh plak tak bagi tahu. Kalau tahu memang kami gerak pagi time matahari ada. Bila dah sampai tgh2 hutan tu...nak patah x boleh...dah jauh..nak terus pun jauh...tawakkal jer lah teruskan perjalanan. Elok sampai destinasi tengah-tengah malam...aku n mama terdiam duduk dalam kereta 15 minit kot sebelum masuk ke rumah. Syukur tak ada perkara buruk berlaku dalam perjalanan. Allahuakbar!! Pengalaman yang memang tak dapat nak dilupakan. Patutlah roomate aku masa kat maktab dulu, orang Triang, bila aku nak ikut dia balik kampung...dia kata..."tak payah"...aku dah paham sekarang. Huhuhuhu....Triang...itulah kot yang pertama dan terakhir. Tapi kalau tetiba tuhan jodohkan aku dengan orang Triang.....??? tak mau...tak mau...tak mau... tak tau nak habaq pa!

7 ulasan:

Unknown berkata...

Trianglah tempat rezeki ku...hehe jgn la serik...dtg lagi ye

Unknown berkata...

bukan itu sahaja wak anis
kita pun dah lama tak berurusan....

kangan lah pulak

ONE ZABA berkata...

terima je la kalau dah itu jodohnya.... bukannya hari hari nak jalan felda tu. lagipun bukan la duk takuk tu je kawasan tu. mesti bertambah maju nanti.

~Insan Biasa~ berkata...

tarantula:

ya Allah tarantula wei....aircon pun tak rasa masa tu...herm kalau kene pergi pun lagi....siang jer la kot. hehehe

~Insan Biasa~ berkata...

wak jinggo :

herm...mintak maaf banyak2 sebab kita dah lama tidak berurusan. lepas 2-3 bulan nie, mungkin saya akan makin sibuk....dan kemungkinan jarak akan bertambah jauh kot...apa2 pun sesekali jumpa...kita tetap kawan...

~Insan Biasa~ berkata...

cikgu one:

hehehe betullah tu cgu one. cumanya saya masih gamam dgn situasi kat triang tu....

Ticer Syah berkata...

anis,
citer ko mengingatkan aku pada masa aku p wang kelian.. first time aku pegi masa cuti bulan doblas.. pergh..serik seh..

jalan dia dasat mengalahkan cameron highland.. lepas aje pegi aku sakap.. ok this is the first and last..

hahaha

masing2 bz skang ni kan.. so kita layan yg terpenting aje..akkakaka.. weh..aku nk exam nih.. huahuahua..ko dah merdeka kan..huhu