cari id yes guru sktp

24 Mac 2010

kerusi patah

kali ini kiasan guna kisah kerusi patah. kalau yang faham...maka fahamlah. yang tak faham, ada beberapa pilihan....1. biarkan ,biaq p. 2. buat-buat faham. 3. apa-apa ajelah. hahahaha

aku duduk di kerusi kayu. kerusi itu patah.
aku duduk di kerusi plastik. kerusi itu patah.
aku duduk di kerusi besi. kerusi itu patah.
aku duduk di kerusi aluminium. kerusi itu patah.
aku duduk di kerusi rotan. kerusi itu patah.
di manakah silapnya. apakah penyebabnya.
akukah yang terlebih bebanan sehingga tidak dapat ditampung oleh kerusi?
kerusikah yang kurang sempurna pembuatannya?
apabila 1,2,3,4 dan 5 semuanya patah. maka kesimpulan aku 6 juga patah?
apabila 1,2,3,4 dan 5 semuanya patah. maka aku percaya 6 akan patah.
apabila 1,2,3, 4 dan 5 semuanya patah. maka mengukuhkan kepercayaan aku. duduk di kerusi. kerusi patah.
dan itu membawa aku kepada.....untuk percaya pada kerusi adalah tidak selamat aku duduki.
dan itu membawa aku kepada.....untuk percaya kerusi bukanlah yang terbaik untuk aku berehat dan menghilangkan lelah setelah penat berdiri.
maka salahkah aku jika aku tidak percaya pada kerusi lagi...?

Dan apabila semua kerusi itu patah. salahkah jika aku beranggapan tiada kerusi yang tidak akan patah ? sebab kerusi batu belum aku jumpa untuk diduduki. huhuuhuhu gerimis hari ini aku elakkan dengan berlindung di bawah daun pisang. titis gerimis tetap membasahi hujung jari.

4 ulasan:

~Ikut Rentak Jari~ berkata...

ermmm...
membawa maksud yang mendalam amat , hanya penulis yang tahu maksud dr apa yang tersurat ...
ceria selalu...

ONE ZABA berkata...

mungkin wajar bawak tikar mengkuang pulak. boleh duduk bersimpuh atau bersila. apatah lagi berlunjur. silap silap terus baring.

Ticer Syah berkata...

tak semua kerusi kita duduk akan patah.. cuma belum berjumpa yang sesuai untuk diduduki, yg sesuai untuk ditumpangi, yang sesuai untuk dibebani.. huhu

atie berkata...

Salam Insan biasa,,,

Dok kat lantai aje lah kalau macam tu....