cari id yes guru sktp

09 Mac 2010

kenapa mesti 'tanpa nama' ??

Herm....kan elok kalau memberi komen tanpa menyembunyikan identiti diri. Mengapa mesti 'tanpa nama' ? baling batu sembunyi tangan ?

Dan, apa salah tentang bahasa? Bahasa apa pun asalkan maksudnya sampai dan difahami tidak menjadi masalah rasanya. Bahasa melambangkan bangsa. itu benar tidak disangkal. Tapi bahasa kalau digunakan dengan 'tidak berbahasa' alangkah malunya. Tidak menyalahkan sesiapa.

cuma ungkapan...'love is a verb' tidak bermaksud untuk membelakangkan bahasa ibunda penulis di blog ini. Pada saya tiada salahnya apapun bahasa yang ingin diguna pakai selagi bahasa itu mampu difahami semua orang serta tidak disalah ertikan.

ops....ada juga yang menggunakan media ini untuk memperbaiki penggunaan bahasa2 tertentu sebagai cara untuk memperkembang kemahiran berbahasa. Jadi, di sini saya menerima apa pun bahasa, selagi ianya mampu untuk difahami oleh semua yang membaca. skop tinta semalam adalah di dalam ruang lingkup pengguna bahasa melayu (yang ada pelbagai loghat bahasanya), inggeris dan juga mungkin sedikit bahasa jawa ( sedikit sebanyak ramai juga melayu di malaysia susur keturunannya jawa). dan sekiranya bahasa jawa digunakan apakah agaknya si 'tanpa nama' akan membuat andaian saya mengagungkan bahasa rakyat Indonesia pula????

Islam itu juga luas dan dianuti juga oleh mereka yang bukan berbangsa dan berbahasa melayu.
sila besarkan skop pandangan. Dan islam juga menggalakkan kita untuk memperluaskan ilmu dan kemahiran diri. bukankah begitu?? Di akhirnya saya minta maaf kalau-kalau "PENDAPAT" saya ini menyinggung sesiapa.

saya anak melayu. bahasa utama saya bahasa melayu. bahasa-bahasa lain adalah ilmu kepada diri saya sebagai pendinding dalam era dunia yang semakin mencabar. dan 97% penggunaan bahasa di blog ini adalah bahasa melayu. 3% penggunaan bahasa-bahasa lain itu menjadi kesalahankah...wahai si tanpa nama???

p/s: minta maaf, komen dari mana-mana tanpa nama selepas ini tidak akan diterima. jadi kepada sesiapa yang ingin meninggalkan pesanan, pandangan, pendapat atau nasihat sila-sila la catatkan nama anda. saya hargai segala komen yang ditinggalkan. terima kasih kepada yang menyokong selama saya berada di media ini.


4 ulasan:

fazemy berkata...

Blog kita sukati kita la kan. klw ada org komen kita guna bahasa broken..ckp pada mereka..ini bukan buku teks sekolah kebangsaan yer.

Ala..biar jelah komen dari mana2 ano tu...kdg berguna gak komen mereka.

ONE ZABA berkata...

tapi rasanya "tanpa nama" tu pun banyak kesalahan penggunaan bahasa melayunya . ejaan pun tunggang langgang.

mesti orang ni suka tengok kuman di seberang laut. gajah terkangkang depan mata buat tau tau je.

~ CeguLinn~ berkata...

salamm..

Kita memang tidak akan dapat memenuhi keinginan semua pihak ... jadi teruskan siapa kita seadanya ..

jadikan jer komen tersebut komen positif, agak2 tak ley terima buat dek jerk ... kita adalah kita , yang punya cara kita sendiri ..

Ticer Syah berkata...

anis.. biasalah si tanpa nama ni..kunun nak betulkan hang..tapi haram..akakkakaka.. sabo la ye.. aku pon biasa digodam ngan si tanpa nama ni..

bg aku tanpa nama ni takde teloq ja.. tu je akunye anggapan..

maaf ye tanpa nama kalo ko kecik ati..sbb aku pon kecik ati nengok orang kuang ajo kat blog kawan2 aku ni.. kalo bagus sangat..letak le link blog ko tu, leh kitaorang p serbu lak..nengok tahap mana bahasa ko yang indah dan puitis tuh..cissss