25 Ogos 2015

Yang Mana Satu ?

Asam garam kehidupan. Itulah penyedap. Makna kehidupan pada anda?

Rasa jauh hati. RJH
Rasa suka hati. RSH
Rasa kecil hati. RKH

Pernah buat status KH di laman facebook.
Pelbagai telahan diterima bagi akronim KH.

KH
ada yang teka sebagai Kemahiran Hidup. Al makumlah dah kawan-kawan pun cikgukan...so KH pada cikgu-cikgu bermaksud Kemahiran Hidup.

Lain-lain tekaan. TIADA. Nampaknya kuiz teka-teka tidak mendapat sambutan.

Meh aku bagi jawapan....
Bagi aku yng berhati kecil ini.
KH bermaksud Kecil Hati.

So...mana satu pilihan korang

- Jauh tapi dekat
atau
- Dekat tapi jauh

???????
pada aku dekat tapi jauh ,itu lebih memilukan.

12 Ogos 2015

Pedas dan Manis.

Ada macam-macam perangai. Dalam banyak-banyak tu cuba-cubalah elakkan salah satu perangai ni iaitu merasa diri tu hebat sangat....bagus sangat....hingga nak pertikai perihal orang lain. Dan satu lagi perangai....cuba juga elak-elakkan sikap malas. Malas....memang ia akan datang sekali-sekala, tapi saat kemalasan itu datang, sila kontrol sikit. Jangan tunjuk sangat kemalasan tu.

Sebab? Boleh buat orang jadi menyampah!  Eh, macam aku ni bagus sangat .....ops, sorry kalau ada sesiapa yang terasa ( memang harap terasa), peringatan ini untuk diri aku juga (memang tengah terasa).

Rasa apa?

Manis ....aku suka air sirap yang dibancuh oleh Kak Su, pekerja kantin di sekolah aku.
Pedas .... aku suka bilis goreng campur cili bawang kentang yang dimasak oleh adik ipar aku.

Memang kaw-kaw!

Argghhh lapar plak.....ok 9 minit lagi boleh pergi kantin. (sikit lagi ni nak siap ni persiapan nota untuk pendidikan moral tahun 3)


Yesssszza lapar!

11 Ogos 2015

Merah.

Merah kot mata aku! Aduh k....kenapalah mengantuk gila-gila ni. Air mata sampai meleleh. Macam hujan lajunya. Tak boleh tahan. Camne ni...camne nih....

10 Ogos 2015

Antara cuti , jerawat dan Naufal.

Jumaat...Sabtu ... Ahad ...then, Isnin? Nak cuti.....Mc je la....Huh banyak suka suki dia....Ramai kot yang buat begitu walaupun tahu dah cuti bersambung begitu tidak dibenarkan. Kalau sekali sekala maybe okay! Betullah tu tak sihatnya.

Tapi kalau cuti bersambung-sambung-sambung-dan sambung lagi.....hingga orang lain boleh detect pola cuti tu ....agak2 orang percaya?? Herm....sendiri buat sendiri tanggung la.

Aduiiii, sendiri buat sendiri tanggung !  arrgghhhh sakit! pedih! padan muka.
Siapa suruh gatal tanggan tu dok kutil-kutil....pegang-pegang....picit-picit JERAWAT tu!  Hahahah so akibatnya tanggunglah sendiri.

Bak kata Nopal.....
"Teh...teh....kit...kit....", sambil dia tunjuk kat jerawat bawah bibir aku.
"haah.....sakit....".

Sakitnya ku di sini....di dalam hatiku....eh...
Stresss!!
Tapi Sya dah pesan dlm wish bday aku hari tu....Jangan stress-stress kak!
Okay sya...akak boleh dengar nasihat awak tu. Tapi untuk tidak stress macam agak sukar. Apatah lagi saat-saat Jepun memerintah! Eh....


"Nauufaaalllll.......I LOVE YOU".....
Naufal sambil sengeh...."hehehehe...." .Dan membalas....."yu...yu...yu..."
Hahahahaha....
Hilang stress jap!


07 Ogos 2015

Kisah Mia dan Jepun.

Wah...comelnya anak cikgu.
Amin....Alhamdulillah mudah-mudahan begitulah. (dalam hati kecil aku berkata-kata)

Cikgu....anak cikgu berapa?
Cuba awak tanya Mia?
Mia....mia ada abang tak?
Mia....mia ada kakak tak?
Adik?
Abang Mia darjah berapa?
Wei....Mia baru enam tahun! Mana dia tahu darjah-darjah ni.

Menderu-deru soalan.....Mia tersengih jer. Kah..kah...kah...

Ekekekek....( dalam hati kecil aku ketawa )

Cikgu...anak cikgu tiga! kan.....? kan....? kan....?
(Amin ...Alhamdulillah .Mudah-mudahan begitu)

Cikgu....anak cikgu panggil cikgu apa?
mama? mami? umi? ibu? mak?

Cuba awak tanya Mia?
Mia....mia panggil cikgu anisah apa?
Tadi Mia cakap...ibu la....
Arhhh bestnya .....mudah-mudahan begitulah. (dalam hati kecil aku berkata-kata)
Ibu tu panggilan untuk pengasuh adik-adik Mia ...hehehe

Cikgu.....Mia panggil cikgu apa?
Mak Teh....
Aik kenapa dia panggil Mak Teh?
Cuba awak tengok.....Mia putih melepak. Cikgu kan gelap sikit. Awak cuba fikir.
(ok soalan KBAT disitu)

Mati. Tiada sebarang penjelasan lanjut kenapa Mia panggil cikgu Mak Teh.
Mia jadi popular kejap dalam kelas 2 Bijak.
Mia diam je.
Mia suara macam takde. dengar tak dengar je apabila menjawab soalan yang datang menderu-deru.
Mia kaku.

Walhal kalau kat rumah.
Mia becok.
Mia membebel macam orang tua kalau dia dah kemas, adik2 datang buat sepah.
Mia ketawa mengilai kalau terlebih senang hati.

Cuma kalau dia sedih kena marah. Nangis sedu-sedu ditahan tak bagi orang dengar dia nangis.

Rasa nak terkucil pula.
Alamak Jepun datang tetiba.
Hancur harapan.

Mia datang baring sebelah sambil mengeja.
Tak heran tv dan kartun.
Adik-adik tidur. Hemmm patutlah mengendeng kat Mak Teh.
Mia penakut. Aduiiii......Mak Teh takut Jepun. Jepun adalah penghapus target harapan.

06 Ogos 2015

6 Ogos yang semakin dilupakan. Kopi dan Kemarau.

Datang lagi 6 Ogos, dan kali ini hadirnya pada hari Khamis. Alhamdulillah aku masih bernafas. Pagi ini aku bangun dengan azam baru. Nampak gayanya hanya aku dan Sang Pencipta saja yang tahu apa adanya hari ini. Yup aku semakin dilupakan.

Sambil minum kopi. Lama dah tak minum kopi ni. Lazat sekali. Nikmat merasai aku belum ditarik Allah. Terima Kasih Allah. Alhamdulillah. Have a happy day dear me! Nak bagi hadiah pada diri sendiri berupa barangan pun ...keadaan tak mengizinkan.

Arrghhhh. Kemarau melanda. Kering!


kesimpulan akhir

Hadiah untuk diri sendiri 
Selamat Hari Lahir admin TS!