20 Disember 2010

Sampai bila..?

Penat. Adakah aku ditakdirkan untuk meminggirkan kepentingan diri sendiri semata-mata untuk kepentingan orang lain? Sampai bila......?

Mungkin salah aku juga, terbiasa begitu. Penuhi impian orang lain lebih penting daripada memenuhi impian diri sendiri. Once....menghimpit perasaan diri sendiri, mereka rasakah perasaan itu? Atau hakikatnya aku sendiri yang tanggung....mereka mambantukah?

Muhasabah dirimu Insan Biasa. Berbaloikah untuk mengenepikan impianmu?? Jangan lupa kebanyakannya apabila senang mereka akan mahu lebih senang. Apabila lapang mereka akan mahu lebih lapang. Dan apabila kamu tidak dapat memenuhi setelah kamu biasa memenuhi ianya akan menjadi salah kamu kembali.

"Arggghhh IB kamu salah! Bukankah kamu boleh memenuhi impianku kenapa tidak kali ini???"
Kerna mereka terlupa aku bukan ahli sihir yang mempunyai kuasa sakti. Kerana mereka lupa aku bukan wali yang dikurniakan kebolehan istimewa. Kerana mereka lupa, kudrat yang tuhan pinjamkan kepada aku cuma seketika. Kerana mereka lupa kelebihan yang tuhan pinjamkan kepada aku ada masanya tuhan hentikan seketika. Kerana mereka lupa , apapun yang ada pada aku Allah la pemilik mutlaknya!

Aku?

Cuma seorang INSAN BIASA yang menjadi perantara dengan izin-Nya juga.

Tiada ulasan: