30 Jun 2010
Sayang
My new picture with my new family. Aduyai....aku suka sangat dengan gambar baru nie. Akhirnya dapat juga gambar bekeluarga. Huhuhuhuhu....walaupun tak cukup ahlinya, tapi.....bolehlah. Hello guys....i love u. Terima kasih kerana sudi jadi sebahagian dalam hidupku.
Ayah....Ani dah tamat mengaji....Mama Zie n Famy masih ada teman Ani. Sekarang Farhan ada sama. Epy pun....Kak Sal pun ada. Idah sentiasa sedia tolong Ani. Diaorang selalu ada dekat dengan anak ayah. Jadinya, mereka semua inilah keluarga anak ayah sekarang. Ani sayang semuanya.
Lagu nyanyian RAzzi Rahman ~KERANA~ Khas untuk mereka yang sentiasa menemaniku ....
Kehadiran mu
Bagaikan pelangi pagi
Yang mewarnai hati ini
Kelembutan mu
Mencorakkan hidup ini
Kerana kasih mu abadi
(bridge)
Hebatnya cinta
Hingga akhirnya
Sampai ke tua
Kita ber'sama'...
(korus)
Kerana ku tak mahu
Terus hidup tanpa mu
Kerana ku tak mampu
Bernafas tanpa mu
Kerana ku tak mahu
Rindukan pelukan mu
Kerana tak mampu ku
Berjauh dengan mu
29 Jun 2010
Heart Broken???
Patah hati....selepas 6 bulan kepergian ayahanda, aku dihiburkan. Tapi beberapa hari yang lalu, tiba-tiba aku termenangis semula. Kemesraan itu menjadi dingin.Kemesraan itu seakan hilang. Aku bawa diri. Aku bawa hati. Sedar diri...aku ini siapa. Tapi terasa benar kesedihan itu. Amat terasa. Dan kini salah faham telah terurai. Kesal kerana kemesraan dulu tiada lagi. Ntah siapa yang menjarakkan....Ntah apa yang menjarakkan. Mungkin juga aku. Kerna hati ini benar-benar terusik!Dan hari itu , aku sendirian. Sepi. Pilu. Menanganinya ... terasa nak menjamah kek. Dan inilah dia caranya aku menolak sepi. menolak pilu. Nyum....Nyum...setengah aku makan sorang! Muahahaha....dasyat woooo kalau aku selalu sepi + pilu....alamakkkkk!!!
24 Jun 2010
Untuk Fahmy
Aku berkeputusan, untuk kembali menjalani hidup sebagaimana aku jalani hidup seperti arwah ayah masih ada. Adakah nanti ada hati-hati yang terluka dengan keputusan ini. Aku minta maaf. Ia juga sebenarnya mungkin untuk kebaikan kita bersama. Aku tiada niat untuk memutuskan. Cuma aku berkeputusan begitu supaya aku tidak lupa, siapa diri aku sebenarnya.Dan juga untuk menjaga tiap langkah perbuatan. Risau juga kala terlajak perbuatan yang boleh menimbulkan sengketa. Maka sebelum berlanjutan, aku bermohon untuk berpatah kepada kehidupan dulu yang sudah mulai aku tinggalkan.
Fy...akak masih ingat janji akak pada Fy tentang mama. Apapun yang berlaku akak tak akan lupa janji yang satu itu. Selagi Allah pinjamkan kudrat kepada akak, Insya'allah. Tapi sekiranya Allah menariknya kembali, harap Fy dapat maafkan akak k.
Fy mahu insan yang bernama Anisah ini menjadi kakak Fy. Ok...dipenuhi. Tapi akak belum biasa ada adik2 lelaki besar2 dah semuanya. So mana2 yang tak betul tu haraf dimaafkan. Akak dah biasa sendiri. Bukan senang kalau tiba-tiba ada adik-adik yang perlukan perhatian. Minta maaf kalau akak tak dapat memenuhi kriteria seorang kakak yang Fy mahukan. I am very-very sorry dear! But I already try my best! U all always in my heart...
Saat yang paling menyakitkan....adalah apabila orang yang kita sayang tidak lagi mempedulikan apa yang kita buat!
23 Jun 2010
Abstrak sebuah hati
Tiba-tiba aku rasa tidak senang hati. Tiba-tiba fikiran negatif dan murung itu datang lagi. Aku sudah kehabisan. Kehabisan dalam banyak perkara. Dan aku tidak pasti apakah segala yang aku lakukan itu benar? ataupun hanya akan memberikan aku satu lagi dugaan besar untuk aku hadapi pada masa hadapan. Saat aku menulis ini sepertinya hati sedang menangis tanpa tercurah titisan air mata secara zahirnya.
Pengaduan. No body kecuali Dia. Hanya Dia yang tahu siapa aku....Dia yang faham apa yang sedang berlaku , apa yang sedang aku lalui...Dia yang mengerti apa yang aku rasa....Dia yang pasti apa yang aku miliki....tapi Dia yang mengetahui segala-galanya tentang aku, yang sering aku lupa. Maafkan aku Tuhan.
Mewahnya aku dilihat kalian.
Senangnya aku dilihat kalian.
Bahagianya aku dipandangan kalian.
Cerianya aku dipenglihatan kalian.
Tapi...
Kemiskinan aku kalian sisihkan.
Kesusahan aku kalian ketepikan.
Derita aku kalian pejamkan.
Kecewa aku kalian diamkan.
Kenapa....
Aku tidak sepatutnya berkata begini...
Mengapa aku sering di uji...
Sepertinya aku sudah tidak mampu untuk menghadapi
Tuntutan hidup memaksa aku untuk terus lalui..
TUHAN.....KU MOHON LINDUNGI AKU!

11 Jun 2010
Bahagia dalam.....******
05 Jun 2010
Aku rindu
Sesungguhnya aku tidak boleh dibiarkan sendiri. Kerana bersendiri maka rindu itu menjelma. Aku rindu untuk bersembang maya seperti dulu. Tapi keadaan kini telah mengubah rutin itu. Aku rindu untuk menulis meluah rasa. Tetapi situasi tidak membenarkan itu berlaku saban waktu macam dahulu.Bagaimana pula kalau rindu hadir sebelum tiba waktu yang sepatutnya? Ah itu melampau namanya!!!
Maaf jika ada yang berkecil hati.Aku dihubungi seseorang malam tadi. Yang pasti, tentu ada sesuatu telah terjadi maka baru aku dicari-cari. Nah! Benar sungguh telahan tadi. Sakitkah hati ini? Geram? Dua-dua mungkin juga. Dan wajarkah dia berasa hati...apabila dia tidak tersebut olehku untuk tersenarai sebagai adik?
"Aih...habis yang bercakap ni bukan adik akak ke?"
Aku persoalkan semula...
"Adik?Tak setahun tak sekali kamu tanya khabar akak...."
"Adik? Bila terdesak baru reti nak dail no tel...."
"Adik? Kak...call adik balik...."
"Adik? Kak...call adik jap......."
Macam tu ker? Dua tiga tahun senyap. Tiba-tiba bila sempit tahu pulak cari akak yang sorang ni.
Ada tanya khabar akak ni? Silap2 haribulan ayah yang dah jadi arwah ni pun kau tak tahu dik....macamne nak tahu...no tel takde yang tetap. Setiap kali kamu hubungi akak pun....no baru yang naik. Ha......adik ke?
Tapi.....akak dah masak dengan kamu. Kerana sememangnya itulah kamu! Maka jangan marah atau berkecil hati kalau nama kamu tidak tersebut sebagai seorang yang akak gelar adik. Tapi hakikatnya akak tak pernah lupa siapa kamu yang menggelarkan diri sebagai adik....Dan, bila kamu muncul tiba-tiba , akak jadi teringat rindu pada ramai orang....
Akak dah kahwin? Belum. Ishhh sedih la dengar. Akak tahu tak saya anak dah dua dah. Isteri saya sebaya akak.....
So?...erkkkk bercerita soal jodoh, aku teringat pulak pengalaman semalam. Berubat. Ah...tak sangka ada yang mengenakan aku rupanya. Semoga Allah akan membalasnya. La Tahzan. Aku tak tahu siapa dan mengapa dia tak puas hati dengan aku sehingga sanggup buat begitu. Sejahat-jahat aku, tak pernah aku mengenakan ilmu jahat pada orang lain walaupun aku sangat sakit hati pada orang itu!
Ah....itu urusan dia dengan tuhan. Oh ya...esok aku akan ke Melaka berkenalan dengan firdaus dan farhan. Dan jumpa dengan fadzley, adik yang dirindui....errkkk adik? ye ke....asyik kelentong akak dia jer ni. Tapi sedih sebab fahmy takde berkumpul sekali. :-( .....Fy, kalau kamu ada sama kan best! (At least leh gak tukar2 driving..heheh). Kesian plak Fy sorang2 makan burger je. Huhuhuhuhu
Anyway, congrates to Firdaus + Rin= Selamat Pengantin Baru untuk angah!
Ikhlas daripada Kak Nisah...Akak tak bawak hadiah la ngah, maaf sangat2. Tapi akak bawak doa, semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia dunia dan akhirat. Tq sebab bagi mak seorang lagi anak perempuan. Takdelah akak sorang2 ......

Langgan:
Catatan (Atom)