05 Jun 2010

Aku rindu

Sesungguhnya aku tidak boleh dibiarkan sendiri. Kerana bersendiri maka rindu itu menjelma. Aku rindu untuk bersembang maya seperti dulu. Tapi keadaan kini telah mengubah rutin itu. Aku rindu untuk menulis meluah rasa. Tetapi situasi tidak membenarkan itu berlaku saban waktu macam dahulu.Bagaimana pula kalau rindu hadir sebelum tiba waktu yang sepatutnya? Ah itu melampau namanya!!!
Maaf jika ada yang berkecil hati.Aku dihubungi seseorang malam tadi. Yang pasti, tentu ada sesuatu telah terjadi maka baru aku dicari-cari. Nah! Benar sungguh telahan tadi. Sakitkah hati ini? Geram? Dua-dua mungkin juga. Dan wajarkah dia berasa hati...apabila dia tidak tersebut olehku untuk tersenarai sebagai adik?
"Aih...habis yang bercakap ni bukan adik akak ke?"
Aku persoalkan semula...
"Adik?Tak setahun tak sekali kamu tanya khabar akak...."
"Adik? Bila terdesak baru reti nak dail no tel...."
"Adik? Kak...call adik balik...."
"Adik? Kak...call adik jap......."
Macam tu ker? Dua tiga tahun senyap. Tiba-tiba bila sempit tahu pulak cari akak yang sorang ni.
Ada tanya khabar akak ni? Silap2 haribulan ayah yang dah jadi arwah ni pun kau tak tahu dik....macamne nak tahu...no tel takde yang tetap. Setiap kali kamu hubungi akak pun....no baru yang naik. Ha......adik ke?
Tapi.....akak dah masak dengan kamu. Kerana sememangnya itulah kamu! Maka jangan marah atau berkecil hati kalau nama kamu tidak tersebut sebagai seorang yang akak gelar adik. Tapi hakikatnya akak tak pernah lupa siapa kamu yang menggelarkan diri sebagai adik....Dan, bila kamu muncul tiba-tiba , akak jadi teringat rindu pada ramai orang....
Akak dah kahwin? Belum. Ishhh sedih la dengar. Akak tahu tak saya anak dah dua dah. Isteri saya sebaya akak.....
So?...erkkkk bercerita soal jodoh, aku teringat pulak pengalaman semalam. Berubat. Ah...tak sangka ada yang mengenakan aku rupanya. Semoga Allah akan membalasnya. La Tahzan. Aku tak tahu siapa dan mengapa dia tak puas hati dengan aku sehingga sanggup buat begitu. Sejahat-jahat aku, tak pernah aku mengenakan ilmu jahat pada orang lain walaupun aku sangat sakit hati pada orang itu!

Ah....itu urusan dia dengan tuhan. Oh ya...esok aku akan ke Melaka berkenalan dengan firdaus dan farhan. Dan jumpa dengan fadzley, adik yang dirindui....errkkk adik? ye ke....asyik kelentong akak dia jer ni. Tapi sedih sebab fahmy takde berkumpul sekali. :-( .....Fy, kalau kamu ada sama kan best! (At least leh gak tukar2 driving..heheh). Kesian plak Fy sorang2 makan burger je. Huhuhuhuhu

Anyway, congrates to Firdaus + Rin= Selamat Pengantin Baru untuk angah!
Ikhlas daripada Kak Nisah...Akak tak bawak hadiah la ngah, maaf sangat2. Tapi akak bawak doa, semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia dunia dan akhirat. Tq sebab bagi mak seorang lagi anak perempuan. Takdelah akak sorang2 ......

Tiada ulasan: