24 Mac 2010

kerusi patah

kali ini kiasan guna kisah kerusi patah. kalau yang faham...maka fahamlah. yang tak faham, ada beberapa pilihan....1. biarkan ,biaq p. 2. buat-buat faham. 3. apa-apa ajelah. hahahaha

aku duduk di kerusi kayu. kerusi itu patah.
aku duduk di kerusi plastik. kerusi itu patah.
aku duduk di kerusi besi. kerusi itu patah.
aku duduk di kerusi aluminium. kerusi itu patah.
aku duduk di kerusi rotan. kerusi itu patah.
di manakah silapnya. apakah penyebabnya.
akukah yang terlebih bebanan sehingga tidak dapat ditampung oleh kerusi?
kerusikah yang kurang sempurna pembuatannya?
apabila 1,2,3,4 dan 5 semuanya patah. maka kesimpulan aku 6 juga patah?
apabila 1,2,3,4 dan 5 semuanya patah. maka aku percaya 6 akan patah.
apabila 1,2,3, 4 dan 5 semuanya patah. maka mengukuhkan kepercayaan aku. duduk di kerusi. kerusi patah.
dan itu membawa aku kepada.....untuk percaya pada kerusi adalah tidak selamat aku duduki.
dan itu membawa aku kepada.....untuk percaya kerusi bukanlah yang terbaik untuk aku berehat dan menghilangkan lelah setelah penat berdiri.
maka salahkah aku jika aku tidak percaya pada kerusi lagi...?

Dan apabila semua kerusi itu patah. salahkah jika aku beranggapan tiada kerusi yang tidak akan patah ? sebab kerusi batu belum aku jumpa untuk diduduki. huhuuhuhu gerimis hari ini aku elakkan dengan berlindung di bawah daun pisang. titis gerimis tetap membasahi hujung jari.

23 Mac 2010

Pertama dan terakhir kot!

Baru 4 hari tidak berblog. Haih rasa macam dah lama bebenor. Lama la juga, kalau nak dibandingkan macam dulu...hari-hari ada entri. Seminggu cuti. Macam-macam hal jadi. Banyak sangat, aku pendekkan cerita maka itu dia entri yang lepas pada 19 Mac tu. Nak dihurai...memang panjang!

Dan pengalaman yang paling-paling menggerunkan....masa drive ke Triang-Felda Bukit Mendi. Perghhhhhhhh tobat dah aku takkan pergi lagi dah ke sana. Bayangkan la....masuk karak highway pun masa tu dah 9 malam....driving pulak lagi nak masuk Felda tu. Aduh...panas jer muka, rasa macam takde darah dah kot kat muka masa tu. Nak pulak yang ada cuma aku, mama, kak long dan bujang kak long yang baru darjah 3. Adehhh...Tobat seyyyyyyyyyy!! Kami (aku+mama) dah terang2 tak tahu jalan tu macam tu, kak long boleh plak tak bagi tahu. Kalau tahu memang kami gerak pagi time matahari ada. Bila dah sampai tgh2 hutan tu...nak patah x boleh...dah jauh..nak terus pun jauh...tawakkal jer lah teruskan perjalanan. Elok sampai destinasi tengah-tengah malam...aku n mama terdiam duduk dalam kereta 15 minit kot sebelum masuk ke rumah. Syukur tak ada perkara buruk berlaku dalam perjalanan. Allahuakbar!! Pengalaman yang memang tak dapat nak dilupakan. Patutlah roomate aku masa kat maktab dulu, orang Triang, bila aku nak ikut dia balik kampung...dia kata..."tak payah"...aku dah paham sekarang. Huhuhuhu....Triang...itulah kot yang pertama dan terakhir. Tapi kalau tetiba tuhan jodohkan aku dengan orang Triang.....??? tak mau...tak mau...tak mau... tak tau nak habaq pa!

19 Mac 2010

adventure week

jumaat - zihah balik kg
sabtu - telco n post - ptg - idah
ahad - pindah kemas umah baru - ptg emmy + hana- mlm - mama
isnin - bank al-rajhi - sekolah - ptg -emmy + idah
selasa - tidur sg udang - bank rakyat - emmy - jusco bkt tinggi
rabu - bank rakyat + jusco bkt raja - triang
khamis - kuantan-klang-pristana
jumaat - pristana - klang -bayu perdana
sabtu - sg udang - spring cleaning -zihah nak balik- manja
ahad- zihah balik sg udang!!!

13 Mac 2010

Nilaikan sendiri....

Aku masih manusia. Masih ada jatuh bangun dalam diri. Masih ada jatuh bangun dalam hati. Dan hari ini, dadaku terasa berat yang amat. Sakitnya ngilu terasa. Hari ini, dadaku sebak menahan rasa. Tiba-tiba aku tidak tahu tujuan aku hidup. Tiba-tiba aku kesamaran tentang jalan-jalan yang aku titi.

Jika sebelum ini, semua yang aku buat....sebab ayah.
bangun pagi....sebab ayah.
masak n makan di rumah....sebab ayah.
buat itu....sebab ayah.
buat ini....sebab ayah.
nak buat apa-apa....aku tanya ayah.
nak buat apa-apa....aku rujuk ayah.
dan akibatnya sekarang,
bila ayah dah tak ada....aku rasa macam tak terurus pulak.
aku terasa macam hidup aku tunggang langgang.
sesuka hati nak buat itu bila, nak buat ini bila.
sesuka hati nak buat atau tidak.
Tiba-tiba rasa macam tak tahu macam mana nak hidup 'ok'.
Tiba-tiba rasa macam bodoh.

Kepada yang tidak suka membaca entri ini, tapi dah pun terbaca. Maaf kalau entri ini mengecewakan kalian.

Ramainya orang di kiri kanan depan dan belakang aku, tapi hakikatnya....aku tidak punya sesiapa.
eh,Ada....aku ada mama, fy dan mungkin juga p. tapi aku cuma menumpang teduh kasih. aku masih tetap asing untuk mereka semua. Dan baru beberapa hari seorang teman bertanya soalan,
"dan kamu bagaimana? bahagia?"........

waaaachaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....berhenti berimaginasi. kalau dilayan terus rasa hati, boleh mati. hidup masih perlu diteruskan. tukarkan mulai saat ini, hidup kerana tuhan. bukan hidup kerana manusia.

errrkkkkkkk...ini cerita rekaan atau betul2. kawan sejati mungkin akan tahu menilai kisah di atas. adakah ianya rekaan atau luahan hati yang dalam. satu perkara yang pasti dan bukan cerita rekaan saat ini ....

dada aku sakit! mengah macam lepas berlari! tengahari tadi sewaktu tidur-tidur ayam, tiba-tiba aku menjawab satu panggilan....

"ye saya....." aku sedikit menjerit.....errrrkkkk
aku terdengar suara ayah memanggil dan aku menyahutnya!

09 Mac 2010

kenapa mesti 'tanpa nama' ??

Herm....kan elok kalau memberi komen tanpa menyembunyikan identiti diri. Mengapa mesti 'tanpa nama' ? baling batu sembunyi tangan ?

Dan, apa salah tentang bahasa? Bahasa apa pun asalkan maksudnya sampai dan difahami tidak menjadi masalah rasanya. Bahasa melambangkan bangsa. itu benar tidak disangkal. Tapi bahasa kalau digunakan dengan 'tidak berbahasa' alangkah malunya. Tidak menyalahkan sesiapa.

cuma ungkapan...'love is a verb' tidak bermaksud untuk membelakangkan bahasa ibunda penulis di blog ini. Pada saya tiada salahnya apapun bahasa yang ingin diguna pakai selagi bahasa itu mampu difahami semua orang serta tidak disalah ertikan.

ops....ada juga yang menggunakan media ini untuk memperbaiki penggunaan bahasa2 tertentu sebagai cara untuk memperkembang kemahiran berbahasa. Jadi, di sini saya menerima apa pun bahasa, selagi ianya mampu untuk difahami oleh semua yang membaca. skop tinta semalam adalah di dalam ruang lingkup pengguna bahasa melayu (yang ada pelbagai loghat bahasanya), inggeris dan juga mungkin sedikit bahasa jawa ( sedikit sebanyak ramai juga melayu di malaysia susur keturunannya jawa). dan sekiranya bahasa jawa digunakan apakah agaknya si 'tanpa nama' akan membuat andaian saya mengagungkan bahasa rakyat Indonesia pula????

Islam itu juga luas dan dianuti juga oleh mereka yang bukan berbangsa dan berbahasa melayu.
sila besarkan skop pandangan. Dan islam juga menggalakkan kita untuk memperluaskan ilmu dan kemahiran diri. bukankah begitu?? Di akhirnya saya minta maaf kalau-kalau "PENDAPAT" saya ini menyinggung sesiapa.

saya anak melayu. bahasa utama saya bahasa melayu. bahasa-bahasa lain adalah ilmu kepada diri saya sebagai pendinding dalam era dunia yang semakin mencabar. dan 97% penggunaan bahasa di blog ini adalah bahasa melayu. 3% penggunaan bahasa-bahasa lain itu menjadi kesalahankah...wahai si tanpa nama???

p/s: minta maaf, komen dari mana-mana tanpa nama selepas ini tidak akan diterima. jadi kepada sesiapa yang ingin meninggalkan pesanan, pandangan, pendapat atau nasihat sila-sila la catatkan nama anda. saya hargai segala komen yang ditinggalkan. terima kasih kepada yang menyokong selama saya berada di media ini.


03 Mac 2010

Inang merindu

rindu-rindu sepanjang masa ,

rindu lagi bila tiada,

bila kasih di depan mata,

lidah kelu untuk berkata.



(teringat lagu nie, cari kat youtube tak jumpa pulak!)

01 Mac 2010

Apa dah jadi??

Tidak tahu kenapa dengan hari ini...
Punca apa gamaknya jadi macam ni?
Dari semalam asyik terlihat terjumpa mesej....
Takde semangat...
Malas...
Tidak bermaya...

Hah aku pun jadi berperasaan bagitu di 1 Mac 2010 ini..
Muhahahaha....

Itu yang jadi begini....
Melihat bulan, nampaknya bintang.
Melihat mawar, nampaknya orkid.
Melihat kancil, nampaknya kelisa.
Melihat cuaca mendung, bahang panas terasa.
Melihat milo, nescafe pulak rasanya!

Apa sudah jadi maaaaaa.......
Huhuhuhuu kahkahkah......

Hari ni meeting pusat sumber....huwaaaaaa
kompem sampai kul 2-3 baru habis nih!
Ingatkan pen biru rupa-rupanya pen merah.
Ingatkan duit seringgit, rupa-rupanya seposen jer!

Apa sudah jadi nie...
Adik dipanggil abang
Makcik dipanggil kakak

Hahahah pagi isnin tiba-tiba ada entri merapu kat blog TS...
Betul2 Hari Ini Dalam Sejarah! - 1/3/2010
Mungkin juga sudah tiba masanya aku kena pergi tempat2 yang menenangkan macam ni atau yang sewaktu dengannya.....

Esok.....2/3/2010
HAPPY BIRTHDAY TO EEEDA DAMAK!
patutlah tetiba semalam aku teringat nak makan cheesee cakeeeeeeeee!
yum...yum...