17 Disember 2009

Bersederhana dalam 'hidup'

Akhirnya.....berjaya juga reunion yang aku,idah dan shahful rizal rancangkan. sebagai permulaan cuma ada 8 orang yang hadir. Walaupun sedikit, tetapi meriah. hahaha. Aku ucapkan terima kasih banyak kepada yang sudi meluangkan waktu untuk menghadiri reunion yang serba ringkas ini.

8 orang berkumpul maka ada 8 cerita, 8 kisah. Macam-macam cerita , macam-macam kisah apabila berkumpulnya 8 insan setelah 10 tahun terpisah. Actually jarak jer yang memisahkan. Berita sentiasa ada. Adanya blog, adanya facebook...jauh mana pun tetap dekat. Betul tak? Malah kalau dulu tak berapa nak kenal...kerana fb kita boleh kenal kembali.Malah...bertambah erat. Hehehe...dan segala miscomunication yang pernah berlaku dulu pun boleh dibetulkan semula. Sekarang......mana2 pergi kita rupanya masih ada yang kenal. Masih ada yang ingat. Masih ada yang sayang.

Antara yang hadir : dari kiri
Norliza (Rembau), Fadhillah Hanom (Batu Pahat), Anisah (Klang), Faridah (Sg Buloh), Azly Faisal (Bota), Yusmaliza (Taiping), Aslinda (Segamat) dan Shahful Rizal dari Sentul (tiada dalam gambar).

Harap-harap reunion akan datang akan lebih ramai yang menghadiri,lebih meriah,lebih happening! I Love U All - xmprm.

So....tak perlulah kusutkan fikiran dengan perkara-perkara yang menimbulkan kesedihan. Rupanya banyak lagi perkara-perkara yang mengembirakan ada di sekeliling kita. Dan kita yang memilih......mahu pilih kesedihan,kemurungan atau kegembiraan atau keceriaan. anyway....pertemuan semula ini sangat menyenangkan. Ada syarat.....aku letak pada diri sendiri. Dah senang, bersuka-ria....jangan sampai lupa diri. Sebab apabila kita lupa diri, pasti ada yang akan ambil kesempatan. Hoh....bahaya tu. Pendek kata....apa2 perkara pun....BERSEDERHANA lah....jangan berlebih-lebihan.

6 ulasan:

CITY® berkata...

salam anis,

tahniah,
anda mampu pilih kegembiraan dari kesedihan
betul betul betul
kita sendiri yg tentukan
mahu hepy atau mahu sedih

teruskan
walau ada syarat2 yg kita letakkan
janji ianya memenuhi keselesan diri

take care anis

Ticer Syah berkata...

beb..gambar tu ada 7 orang je..mana lagi sorang? sapa dia? hehe..

Guru berkata...

assalammualaikum anis

betul apa yang anis tulis tu...
alhamdulillah,
sinar keriangan menyinggah di hati anis sekarang...

eeeda berkata...

Jangan biarkan dirimu diselubungi kesedihan...
Kegembiraan yang kita cari dan kita sendiri juga yg tentukan tahap kegembiraan berkenaan spy tak melampaui batas...

Shah tak ada dlm gambar tu...

ONE ZABA berkata...

salam ma'al hijrah , anis. moga hijrah ini memberi lebih keberkatan dan kesejahteraan untuk kita semua.

Hazlin Nazri berkata...

Salam,
Semoga hadirnya sinar baru 1431 Hijrah, menghijrahkan kita ke arah yang lebih baik...