08 April 2008

Peperiksaan vs Ujian Bulanan

.: Kertas soalan Oum yg dah selamat dijawab :.
Demam peperiksaan datang lagi...kali ini of course le untuk semua penuntut OUM seluruh Malaysia. Actually, mana-mana student PJJ tengah demam periksa kot. Itu pun kalau saya x silap lah. Mulai 6 April lepas saya dah mula menduduki peperiksaan. Whuwhu...Hari Ahad, dah kena pergi UM untuk periksa. Bangun awal pagi, tapi sib baek jalan lancar. Seronoknya memandu ke KL tanpa kesesakan.

Almaklumlah.......hari Ahad la katakan. Orag-orang semua cuti tak keje. Kami saja yang ade kat jalan raya pagi-pagi tu nak pegi pekse.
Tetapi.....jeng..jeng....jeng....
Jalan raya waktu pagi isnin, pergh...hehehe baru je nak mula traffic jem....belum lagi. Sebab aku kuar sesudah subuh. Kat Klang ni kalau hala ke KL adalah baik keluar sebelum 7.00 pagi. Kalau dak confirm sangkut punya.Specially week days tu.
Sentuh balik pasal peperiksaan, macam biasa lah......study last minute. Kat sekolah pesan kat anak didik study smart.tapi saya sendiri study hard, smart..'elek'. Setiap semester pun macam tu juga. Dah niat nak berubah, tapi tak berubah-ubah. Setiap semester pun macam tu juga la. Pejam celik dah sampai tahun ke-3 dah ni. Masih kat takuk yang sama. Dah macam kena sumpahan lak plak. Hehehehe. Takpe.....semester depan ni cuba lagi carik ubat sumpahan terlerai. Doa-doalah ye.
.: kertas soalan Ujian Bulanan kali ke-2 :.

Cikgunya demam pekse. Anak murid pun dok demam juga ni sebenarnya. Demam ujian bulanan. Sekolah saya ni sedang berlangsungnya Ujian bulanan kedua 2008. Bermula semalam, Isnin 7hb-Khamis 10hb. Untuk tahun 2, hari Rabu tu last day dah.

Harap-harap semua murid akan dapat keputusan yang baik. Cumanya time ni akan hadapi kekurangan guru le, bukan apa.....gurunya pun kan pekse jugak. So, deme cuti tanpa rekod la. Nasib baik x cuti direct seminggu. Hehehehhe manalah tau ade yang buat......dengan alasan nak study. Kunun! Ops.....sorry ek kalau ade sesapa makan cili. Tapi alhamdulillah, SK teman ni, takde la cikgu yang buat macamtu. Kecuali yang ambil PJJ kat USM. Memang diaorang cuti seminggu. Kertas daiorang pun banyak kekadang sampai 10 paper tuh....x macam Oum 2-3 paper jer satu semester.

Whatever pun, selamat berjaya kepada semua warga SK yang sedang menjalani ujian bulanan ke2 ni, and kepada guru-guru yang sedang study hard untuk exam masing-masing. Good luck to

1. Me, myself
2. Kak Sazila
3. Kak Radziah
4. Qusyairi
5. Cikgu Ameer
6. Kak Linda
7. Kak Nani
8. Kak Julina
9. Kak Yus
1o. Kak Malina
11. dan yang tak tersebut namanya (sebab lupa le, x ingat sapa lagi yang PJJ nie.sowi...)

juga untuk geng-geng kat Oum yang still stay satu kelas dari tahun pertama sampai la ni
1. Elys
2. Alias
3. Zuraidi
4. Zul
5. Kak Nora

dan lagi untuk geng-geng yang baru join geng kitaorang (heheh ahli baru)
1. Kak Mar
2. Kak Siti Aminah
3. Kak Su

x lupa untuk member xmprm yang buat PJJ gak.
1. Idah
2. Ami
3. Syah
4. Ita
5. Kak Ira
6. Pyan
7. Abon
8. semua2 la yang buat PJJ

Tiada ulasan: