06 Mei 2008
cuti : jiwa kacau
17 April 2008
Owwwhhh....My next plan
1. Projek untuk 'update' my Galeri Wawasan.
2.Projek untuk wujudkan sudut PPSMI.
3.Projek untuk menghias kelas Amanah.
4.Projek untuk meng'improve' Bahasa Inggeris.
Galeri Wawasan
Projek ini dirancangkan untuk menambah berita-berita kejayaan sekolah di peringkat daerah, negeri dan negara yang telah dicapai oleh warga SKTP untuk 2 tahun yang terkini (2006-2007).Fuhh lama kan aku x update galeri aku tu. Jadi, tahun ni kena kerja lebih waktu la sikit. Rancangnya nak mula stick buat project ni masa cuti bulan 5 nanti. Insya'Allah. Lepas kenduri kahwin Laila kat Gerik (berangan nak pergi ni..hehehhe) dan kenduri Adam kat Jln Hassan (yang ni confirm la pergi, sebab dekat jer).Walaubagaimanapun, bahan-bahan yang nak ditambah tu aku dah minta tolong ajk-ajk galeri supaya mula kumpulnya sekarang. So, tugas aku masa cuti nanti leh terus buat.
Sudut PPSMI
Aku pening sikit memula nak cari sudut ni. But at last, dapat kerjasama dari cikgu yang sama kepala ngan aku untuk penuhkan ruang-ruang kosong yang ada kat sekolah tu. Aminnnnnnnn. Ade geng ni baru best buat kerja. Hahaha projek tu akan mula kami buat esok (pagi Jumaat 18 April). Sudut PPSMI ni part aku lah. Nanti aku nak mintak tolong ngan cikgu-cikgu PPSMI lain (specially cikgu tahap 1)tolong wat sama atau pun setidak-tidaknya bagi idea.Biar aku realisasikan idea diaorang tu.(hehhehe kunun). Idea aku, nak buat satu sudut khas tentang "SPELLING BEE"(lebih kepada istilah2 yang ada dalam M3/SN ler). Nantikan hasilnya,mana tau kot ade yang terluar biasa ke.Maklumlah kekadang aku ni idea datang last-last minute (selalunya camtu le).
Hias Kelas Amanah
Ha....yang satu ni memang dah lama dalam kepala tapi takde masa nak buat. Dari tahun lepas dah ada. Tahun lepas memang tiap pagi aku datang sekolah buat bahan. Hasilnya hanya dapat guna tahun ini. Tapi rasa macam tak cukup lagi je. So aku masih lagi kutip-kutip idea daripada anak-anak murid aku. Almaklumlah tahun ni dapat kelas pertama, so murid-murid aku tu memang banyak idea dan offer nak tolong beli + tolong buat.Seronok pulak, maklum la diaorang ni baru darjah 2 pun.Bersemangat aku nak hias kelas menjadi-jadi. Diaorang siap offer nak datang hari Sabtu. Hahahahha semangat kan?Wait-wait yea ......teacher tengah tunggu gaji. Hahahhaha.
Bahasa Inggeris
Diakui la memula dulu PPSMI di perkenalkan, aku rasa malas ade, leceh ada, sampaikan kalau aku x boleh dapat elaun sebab x ngajar dalam BI pun, aku x kisah!Janji leh guna BM masa ajar M3.
p/s : Takziah kepada Pn. Salmiah Abdul Hamid di atas kembalinya Ayahanda tercinta kerahmatullah pada pagi Selasa 15 April 2008. Sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.
13 April 2008
Book Fair 2008
Tahun ni pergi dengan Puteri plak. Tapi....emm punya le sesak manusia. Rimas gak lah. Berbekalkan semangat nak dapatkan buku "Kurik Kundi Merah Saga". aku redahkan aje. Sib baik dapat, kalau tidak penat jer lah aku bersesak sesak tu. Dalam pada mencari buku utama tu, aku terjumpa pulak buku siri panduan permainan tradisional kanak-kanak. Buku tu ade beberapa tajuk. Tapi aku tak lah ambil semua sebab buku tu takde dalam senarai buku yang hendak dibeli. Aku cuma ambil dua tajuk jer iaitu;
Best-best gak permainan-permainan dalam buku ni. Ada yang sesuai dimainkan secara kumpulan dan berpasangan. Tapi, aku lebih suka nak jadikan aktiviti tambahan yang mana boleh dimainkan dalam kumpulan yang besar.Satu buku ada 10 permainan, so ada 2 buku bermakna ada 20 permainan.Actually , aku nak jadikan beberapa permainan dalam buku ni untuk aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah (sebab aku kadang2 dah xde idea apa nak main masa kat padang). Heheheheh teringat balik zaman aku kecik-kecik dulu main konda kondi ngan abang-abang sepupu aku. Masa tu aku dok ngan diaorang bila bapak aku g kerja. Makcik pakcik aku lah yang jaga aku.
.: Buku utama yang aku cari :.
Buku ini yang aku cari-cari, aku jumpa kat booth Dewa Bahasa dan Pustaka. Hehehe buku pantun nie. Kumpulan pantun lisan melayu. aku ni kira klasik punya orang. Karya-karya klasik cam pantun ni memang aku suka. Bukan buat apa pun, saja buat santapan minda. Minda klasik gitu.hehehehe. Kalau masuk kete aku pun korang leh dengar lagu-lagu klasik. Sebab.......aku selalu on Klasik fm. Hahahahah. Tenang je.
Ada satu buku tu tajuk aku lupa le. tapi mengenai cara-cara nak snap gambar ngan kamera digital. Cara yang betul la kan.....supaya gambarnya jelas dan cantik menawan. Tapi bukan rezeki aku lah kot, not in my budget la plak...harga buku about rm119 after less 10% dapat lah around rm107. Tapi fulus ku tetap tak mengizinkan. Harapan terkubur lah untuk memiliki buku tu.......whuwaaawhuwaaa. "Everything happens have a reason" kan?.
Nie satu lagi buku yang aku beli.....Reaching for the Stars. Buku ni memang xde dalam list aku juga. Tapi tetiba plak la member baik aku si Linda mintak aku belikan buku ni. Rm20, sib baik masa dia sms tu, aku masih ade fulus. Actually kalau aku x beli buku ni for sure aku dah dapat dah buku yang aku cakap nak beli tu. Tapi mengenangkan yang minta tu kawan , maka aku dulukan hajat dia. Sambil2 membantu penjualan buku yang akan dapat membantu balu dan anak2 Allahyarham Sheikh Mustapha Shukor , dapat juga penuhi hajat kawan aku yang ingin memiliki buku ini. Kawan aku ni salah sorang peminat Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar Shukor. So aku belikanlah. Lagi plak dia sebelum ni x pernah mintak apa2 pun dari aku. Linda, hope you enjoy baca buku ni. Aku dah baca dah, memula ok. Dah belakang-belakang tu sedih plak story ni. I am glad I bought this book to fullfill your request.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie.Semoga rohnya dicucuri rahmat sentiasa.
Tahniah untuk Angkasawan negara kita Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie kerana kejayaan yang dikecapi dan semoga sentiasa tabah menghadapi kehilangan yang cukup besar dalam keluarga .
Malam Simfoni Kasih SMK Rantau Panjang
Kak Aziah. Mesej tu kata;
"esok malam free tak ?"
"emm...free rasanya, napa?"
bla....bla....bla.....
"ok yea? g ngan huda."
aku balas lagi;
"ok.tq 4 invite me"
"same2" balas kak Aziah. So....esoknya, pepagi bangun tido tu aku siap2 la gosok 2 pasang baju kurung. Sepasang untuk g ngajo ptg Jumaat and sepasang lagi tuk acara malam Sabtu tu. Heheheheh. But then, aku dapat lagi mesej daripada kak Aziah, huda ade hal n xdapat g. dia pesan lagi ; " nanti 2 kad jemputan akak bawak yea, pastu bawak le sapa2". Aku pun dok pikir sapa lah pulak nak di bawa ni?
Calon2 yang tetiba tersenarai dalam pala otak....Wana? erm......x jadilah....nanti kene amik cik wana , dinner sure lewat balik....x berani plak memalam buta balik sowang2 .Kg Kuantan sepi la jugak kalau dah tgh malam kan? cancel.
Puteri?....dah selalu bebeno kuar ngan put. Lagi pulak Sabtu ade planning nak g book fair 08 ngan Put (walaupun masa tu lum confirm jadi ke tak nak g ). Cancel gak lah.
Kak Sal ? ....Ha..Kak Salmiah. Kalau g memana function kan ke selalu ajak kak Sal....Specially time g wedding function. Hahahahha boleh lah....so aku pun bermesej2 ngan Kak Sal. Dapatlah partner sapa aku nak bawak. On that night, kak sal bwk anak dia yang selalu bebeno memalu gan sapa2 aje lah.....depan2 je maluya.....kat belakang2 siap petik munga nak bagi kat cikgu nicah! heheheheh. Sib baek Kak Sal on. Kalau tak on, aku dah standby dah nak call Kak Sazila!
<--.: Budak kecik cute ni la yang nak bagi cikgu nicah bunga :. -Tasya namanya-
Citer2 punya panjang ek....function apa nak g ni ek? actually saje je.....(nak bagi post panjang, bukan apa pun hehehhe). Aku dapat 2 kad jemputan g Malam Simfoni Kasih SMK Rantau Panjang. Suami Kak Aziah, Cikgu Mohamad ade lebih kad sponsor kat kak Aziah. So aku jadi insan terpilih ( sebab kak Aziah pilih aku ar...kuang..kuang...), and then, secara tak langsung Kak Sal pulak jadi insan terpilih tuk jadi teman aku malam tu. Best tak bila jadi insan terpilih?hehehhe
Kira orait gak la....saje2 nak bersantai2 kan.....bukan selalu dapat offer cenggini. Best ooooo.X bestnya, aku nampak 'uncle cu' aku pun ade hadir sama. But oleh kerana kami dok meja jauh sangat2 so, takdapat lah nak terjumpa. heheheh maklum lah....aku cuma tetamu jemputan free sitting jer. "Uncle cu" aku tu....dok meja VIP. hehehhe. Orang2 tertentu jer tau sapa 'uncle cu' aku tuh.....(korang senyap2 jer tau!)
Nanti aku masukkan image kad jemputan tu erk.....aku lupa plak mana aku letak kad tu. Anyway, have to stop writing now, walau pun manyak mende lagi nak tulis. Ade tuan putri ajak aku kuar plak...kul 1230 ni. Ok sambung kendian ok....adios!
08 April 2008
Peperiksaan vs Ujian Bulanan
Harap-harap semua murid akan dapat keputusan yang baik. Cumanya time ni akan hadapi kekurangan guru le, bukan apa.....gurunya pun kan pekse jugak. So, deme cuti tanpa rekod la. Nasib baik x cuti direct seminggu. Hehehehhe manalah tau ade yang buat......dengan alasan nak study. Kunun! Ops.....sorry ek kalau ade sesapa makan cili. Tapi alhamdulillah, SK teman ni, takde la cikgu yang buat macamtu. Kecuali yang ambil PJJ kat USM. Memang diaorang cuti seminggu. Kertas daiorang pun banyak kekadang sampai 10 paper tuh....x macam Oum 2-3 paper jer satu semester.
Whatever pun, selamat berjaya kepada semua warga SK yang sedang menjalani ujian bulanan ke2 ni, and kepada guru-guru yang sedang study hard untuk exam masing-masing. Good luck to
1. Me, myself
2. Kak Sazila
3. Kak Radziah
4. Qusyairi
5. Cikgu Ameer
6. Kak Linda
7. Kak Nani
8. Kak Julina
9. Kak Yus
1o. Kak Malina
11. dan yang tak tersebut namanya (sebab lupa le, x ingat sapa lagi yang PJJ nie.sowi...)
juga untuk geng-geng kat Oum yang still stay satu kelas dari tahun pertama sampai la ni
1. Elys
2. Alias
3. Zuraidi
4. Zul
5. Kak Nora
dan lagi untuk geng-geng yang baru join geng kitaorang (heheh ahli baru)
1. Kak Mar
2. Kak Siti Aminah
3. Kak Su
x lupa untuk member xmprm yang buat PJJ gak.
1. Idah
2. Ami
3. Syah
4. Ita
5. Kak Ira
6. Pyan
7. Abon
8. semua2 la yang buat PJJ
02 April 2008
Menjana Ummah Gemilang
Apa lagi. sehari sebelum tuh aku pun bertungkus lumus ler nak nyiapkan sepanduk aku. Untuk pengetahuan korang. Aku buat sendiri ni. sampai pitam2 aku dibuatnya. Leka punya pasal pukul 4 pagi baru leh landing atas katil kesayangan aku.Huhuhu. Tragis sungguh. Time aku tengah bersemagat tu le, segala keperluan yang diperlukan tertinggal kat opis .Arrrgghhhhhhhhhhh. Tambah pulak printer kat umah aku pun buat hal....Adooooi!!!!At last kertas warna warni aku guna je mana yang ade dalam laci bilik aku untuk buat hiasan gunting tampal. Then, tulisan Allah Muhammad tu aku potostet je la (sib baik printer aku 3 in 1, untuk potostet sib baik leh guna) yang lain2 decoration tu terpaksalah aku freehand jer..masa tu pk lantak le. Janji ade je.Boleh la juga.
.: Nielah hasil tangan aku. Amacam? :.
Oh ya, korang nampak tak bunga manggar tu. Weiiiii......walaupun kecik dan pendek-pendek...dekat 2 jam jugak aku nak 'menyetelkannya'. Ngantuknya belum datang lagi time tu. hehehhe but........2-3 hari selepas tu memang aku dilanda ngantuk tahap gaban. Gila-gila punya ngantuk! Whatever pun, hasil kerja aku tu berbaloi lah gak.....kuikui. Aku berjaya mengalahkan 6 kelas tahun 2 yang ade. Hahahahahhaha x sesio den berjago bersongkang mato.
.: Wajah-wajah tampan anak-anak terunaku :.
.: Wajah-wajah ayu anak-anak gadisku :..: Kamilah pemenang pertandingan perarakan tahun 2 ( sebelah tu teacher wana nak tumpang glamour ) :.
Congratulations Class !
07 Mac 2008
Pilihan Raya
Perang poster memang hebat, walaupun xlah sehebat pilihan raya yang lepas.UNDI! UNDI! JANGAN TAK MENGUNDI. Antara senario yang dapat saya rakam....
29 Januari 2008
The Mathematics of Love
MenaRiK UntuK di LihaT.....
Have Fun With Maths!
Ada banyak cara untuk menyelesaikan permasalahan dalam matematik.
08 Januari 2008
16 Disember 2007
04 November 2007
Malam 26 Oktober 2007 bersama ayahanda....
p/s : wana aku pinjam ek slide ko.....tu la sapa suh x pas koleksi gambar yang dapat pada malam tuh kat aku. Kan aku dah kena pinjam slide ko.....hehehhe
25 Oktober 2007
Kursus Aplikasi ICT : Fasa 3 di SK Sungai Udang

Alhamdulillah...akhirnya kami berjaya melaksanakan tugas memberi input kepada guru-guru mengenai aplikasi ICT dalam P&P. Semuanya berjalan dengan baik. Kerjasama yang diberikan oleh rakan setugas dan para peserta amat dihargai.
Semoga segala info yang kami beri ini dapat meningkatkan lagi kualiti P&P guru-guru di dalam kelas, tidak kisahlah sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Dan semoga para peserta yang terlibat dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang berkursus dapat digunakan pula untuk mengendalikan sesi yang akan datang.
Gambar-gambar sepanjang kursus di jalankan akan saya uploadkan kemudian. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan kursus pada kali ini. Terima kasih kepada kumpulan saya yang berada di makmal B, SK Sungai Udang;Cikgu Hilwana, Cikgu Aini, Cikgu Erwan dan Cikgu Nazrin. Tak lupa juga terima kasih kepada kumpulan yang berada di makmal A; Cikgu Zulfalizam,Cikgu Ibni, Cikgu Tony dan Cikgu Kalaiyarasi.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang;
Boleh kita berjumpa lagi.
Antara gambar yang saya janji nak upload....
(di upload pada 7/12/07)
.: Bersama Cikgu Aini dan ketua mentor yang berdedikasi Cikgu Erwan :.
.: Situasi -situasi di Makmal B SK Sungai Udang :.



.: Sesi pembentangan oleh para peserta :.


.: Tugasan terakhir para fasi...buat laporan :.


.: Minum petang sebelum pulang :.


03 Oktober 2007
Kursus Aplikasi ICT






Untuk berita lanjut APLIKASI ICT


